Jumaat, 30 November 2012

KESEMPATAN...



Minta maaflah Syitah..
K.ida curi foto ni ..
sekeping ni je yang ada pun
kenangan indah di Langkawi

sekarang ni aku pun malas nak berposing
sejak berpindah ke KMP
banyak perkara dan citarasa aku sudah berubah
entahlah ye
sungai lagikan berubah
inikan pulak manusia

tapi foto ni amat bermakna buat aku
gaya mek ros..bagai mek ros yang dulu
gaya hajar..hajar yang dulu
dan gaya aku..bagai yang dulu...
tapi kembang semangkuk je muka aku
badan apatah lagi...hehehehe

sejak hari Isnin aku tak sihat
sampailah ke hari ini
badan sakit
perut sakit
batuk tak berhenti
dah ambil ubat di langkawi
sambung ubat lagi di sini
mc dah dua hari
macam kena sambung lagi ni
sakit segala ceruk badan...
apapun aku bersyukur
kerana dalam sakit
tugasku terlaksana dengan baik

aku masih mengambil ruang untuk menulis
kerana....
entah esok berkesempatan atau tidak...
doakan aku ye...


Selasa, 20 November 2012

Astaghfirullah...

Pagi ni aku bangun dengan rasa sebal di hati..entah apa yang tak kena lagi....

Sambil menyapu rumah FB online...sambil tengok status rakan-rakan..Macam-macam..ada yang memperjuangkan Gaza..ada yang memperjuangkan PAS..ada yang memperjuangkan hak sendiri..perasaan sendiri..dan aku LIKE sana dan sini...

Pun masih ada yang tak kena...letih nak mengawal perasaan sendiri ini...yang kadang-kadang tak tentu hujung pangkal...tak kena je di mana-mana. Terus fikir sampai siap satu rumah aku sapu..

Sampailah Deeha menelefon sekejap tadi. Suara sedikit ceria...Mummy..tadi ok..tak tau nak cakap macamana leganya perasaan aku...satu-satunya paper yang dikatakan ok...Add Math paper 1 setelah 4 paper berlalu dengan pelbagai masalah. Entahlah macamana petang ni. Diharapkan juga membawa seribu harapan dan sinaran buat Deeha..aminnn.

Aku kembali ke laptop...sambil replay zikir Hafiz Hamidon..Astaghfirullah..sayu-sesayunya hatiku ini. Terimbau komen rakan-rakan FB yang mengisahkan anak-anak yang gagal..anak-anak yang berjaya..dalam UPSR..suka dukanya menghadapi dugaan tuhan yang disalurkan melalui anak-anak ini...

Aku sendiri ada banyak pengalaman...pelbagai citarasa..manis masam pedas pahit semua ada. Anak-anak ada kekuatannya yang tersendiri. Janganlah bimbang wahai ibu dan bapa muda semua. Aku pernah menangis kesedihan bersama-sama anakku Akak kerana gelincir B dalam matapelajaran Sains.pun kini percaya atau tidak Akak sedang meneruskan pengajian dalam bidang Biologi di peringkat ijazah.. alangkah agungnya kuasa tuhan..Malah aku pernah menangis kegembiraan tidak terkata kerana Deeha dan Sipau yang sangat sederhana tahap kemampuan mereka... tidak dijangka pula mencapai straight As..begitu juga tangisanku kerana  anakku Haziq telah berjaya tahap demi tahap dalam peperiksaannya.

Dalam kejayaan dan kekecewaan pasti ada hikmah di sebaliknya. Anak-anak umpama rencah dalam kehidupan..terlebih di sini kurang di sana... sudah menjadi adat. Yang penting doakan mereka supaya berjaya. Aku pun senantiasa mendoakan mereka dengan rasa rendah diri. Pohon ampuni dosa-dosaku saban waktu..pohon ampuni dosa-dosa mereka..anak-anakku. 

Dan..paling penting..wahai sahabat-sahabatku sekalian...ampunilah dosa-dosa mereka terhadap kita..yang mana jelas kelihatan mahupun tersembunyi..kerana bagiku..itulah kunci doa yang paling mustajab buat anak-anak... yang lahir dari rahim kita ini...setelah 9 bulan terbuai lena dalam kandungan kita ini...wallahualam...astaghfirullahhalazim..


Ahad, 18 November 2012

..tidak ramai merasa..

Mereka..yang tersangat kurindui...

Baru sahaja habis membaca blog Ummi. Herm..macam-macam perasaan ada...seronok ada...sedih ada..kesal pun ada..entah ye..begitulah adanya.

Seronok  terasa kerana terlaksana juga tugas kawan-kawan akrabku yang susah senang bersama dulunya. Tiga vanue telah berubah rupa...walaupun aku tahu..mereka menggunakan sumber yang ada sahaja..kecuali backdropnya...satu kejayaan. Alhamdulillah..berguna juga nursery jenuh diperjuangkan dahulu..kalau tidak penat juga cari sumber. Dan aku paling suka tengok astaka..warna terang dan menarik...sangat-sangat mengalukan peserta dan hadirin yang hadir...tahniah buat semua..Thanx to Ummi..selalu update hal kolej..dan aku dapat banyak info tentangnya...

Sedih pula kerana teringat kisah dulu...Kawan-kawan yang telah ditinggalkan pergi...sangat sakit rasanya meninggalkan. Apapun itulah dugaan tuhan..rezeki aku bukan di situ..di tempat lain...dan rupanya di tempat lain pun tugas aku memang seiras saja..malah lagi penat kerana tidak lagi berteman macam dulu...banyak keputusan terpaksa dibuat sendiri..tidak ada kawan nak dibawa berbincang..aku harung je...jangan tak buat..dan terpaksa berpuas hati dengan apa yang terdaya.

Kesal pun ada kerana aku tidak cuba meluangkan masa bersama-sama menyaksikan kerja-kerja persiapan...aku minta maaf sangat-sangat kawan-kawan. Bukan tak mahu pergi...bukan nak menyombong...tapi...setelah ditapis dan difikir-fikirkan eloklah aku tak pergi. Suamiku dah ada di sana. kami sama-sama orang luar. Mungkin tak manis dipandang sesetengah orang. Hati orang kita pun tak tahu...dan sebenarnya hadirnya suamiku di sana juga sedikit membimbangkan aku.   Aku .rasa mengelakkan diri adalah lebih selamat. Takut aku terover acting lagiii...kadang-kadang kita lupa...kita ni siapa sebenarnya...aku harap kawan-kawan faham kedudukan aku...

Ditambah pula...anak-anak aku semuanya berada di rumah. Aku fikir baiklah aku meluangkan masa yang sedikit ini bersama-sama mereka. Kalau masa berseorangan aku merindui...mengapa mereka ada.. aku pulak pergi meninggalkan. Inilah masa untuk aku memasak..mengemas..bermesra...dan paling penting berleter..dah lama tak meluahkan perasaan..dan..Akak dan angah pun dah balik ke UMT n INTEC kelmarin. Hermmm...penat aku..urus sendiri sampai ke malam. Suami pun dah tak peduli..aku ni selamat tidaknya memandu malam..asalkan dia dapat ikut serta malam mesra tu..entahlah..kadang-kadang rasa kecik hati pun ada..tapi bak kata orang.. buat letih merajuk hati...siapa nak peduli...

Inilah suratan dunia buat aku. Bukan nak mengeluh..cuma nak luahkan apa yang dirasa. Sekurang-kurangnya berkurangan beban di hati. Apapun segala halangan dan cabaran harus diharungi juga...sekadar rasa yang tidak ramai merasa...wallahualam..

Ahad, 4 November 2012

DOAKU UNTUK DEEHA...



betapa lemahnya hati seorang ibu sepertiku
sayu sesayu-sayunya...

Deeha akan menduduki  SPM mulai esok
entah mengapa..hatiku kerap kecut dan takut
setiap kali Deeha nak menghadapi peperiksaan
sedangkan ianya sama sahaja dengan adik beradik yang lain

sejarahnya ada
mungkin tiada ada yang tahu
setiap kali peperiksaan besar
penyakit asmanya datang menyerang
dua hari yang lalu pun
sudah  meminta dibelikan pil asma
katanya..tak tau la ibu...adik rasa adik macam penat jer...
berdetak jantung hati mendengar
dan telah aku bekali ubatnya petang kelmarin..

mungkin tak siapa tahu
setiap kali aku memeluknya
terasa bagai memeluk dia sewaktu kecil
yang terus-terusan sakit dan sakit
dengan tubuh yang kurus dan kecil

yang ada padaku hanyalah harapan
semoga kesihatannya dipelihara allah
semoga lorong fikirannya terbuka luas
semoga hatinya cekal
jangan takut-takut menghadapi cabaran ini
cabaran masa depan yang mahu tidak mahu harus ditempuhi

anakku Deeha..
semoga dikau kuat dengan iringan doaku
semoga dikau kuat dengan sentuhan dan pelukanku sejak dilahirkan
semoga dikau kuat dengan dugaan-dugaan besar yang pernah kau lalui
semoga doaku ini dimakbulkan Allah...yang telah menciptakanmu untukku...
amin... amin.. yarabbalalamin..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...