Isnin, 22 Julai 2013

calit...

Lewat beberapa minggu ini aku asyik bermimpi mengembara...ke pergunungan entah di mana. Bertemu ramai orang yang lama tak jumpa..letih mengejar dan mencari..hilang pulak entah ke mana..

Tidur begini membuat badan letih dan fikiran celaru selalu. Entah apa yang sebenarnya bersarang di lubuk hati aku ni hanya Allah yang tahu. Sangat lelahnya menghadapi hari-hari mendatang..tetapi terpaksa diharungi juga...buat sekarang ni aku selalu buat pekak dan tuli dalam banyak perkara. Tak terfikirkan satu-satu...

Bulan ramadhan ni...alhamdulillah ada Akak jadi peneman.. Nak berbuka..bersahur dan teman bergaduh dan ketawa. Tahan telinga je la dengar celoteh Akak. Ada masanya dia buat manja ala budak-budak kecik..tak cukup manja semasa kecilnya kot. Umur dah 21 tahun..tapi perangai ala budak-budak sekolah rendah lagi. Nak diapakan...

Entah kenapa ada sesuatu yang kuharapkan. Cuma aku cuma berdaya berdoa dan berdoa. Segalanya di tangan Illahi. Allah maha mendengar dan mengetahui apa yang terkandung di ceruk sanubariku kebelakangan ini. Semoga ada ruang untuk aku...semoga ada kesempatan dan semoga pohonku diperkenankan Ya Rabb...

Sesungguhnya sifat manusia adanya pelbagai rupa...tidak terduga oleh kita..dan tanpa duga juga sifat mereka menghantui kita yang inginkan segala kesempurnaan...doaku semoga allah menyedarkan mereka..aminnnn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...