Sabtu, 10 Oktober 2009

BIMBANG..

Saya baru sahaja pulang ke rumah dengan hubby dan Pipa setelah menghantar Alang yang sedang makan asam pedas dengan roti canai pulang ke asrama..hahaha..dalam demam selsema ni saya masih boleh tersenyum lebar melihat telatah anak saya yang seorang ini. Dia makan dengan berselera sekali. Boleh lah cuba kalau teringin.
Alang sangat sukakan masakan ni. Sebenarnya kelmarin saya masakkan untuknya...dengan sambal tempe dan sedikit ulam pegaga. Pipa minta masakkan telur separuh masak..hish macam-macam. Daripada seekor ikan.. tinggal bahagian ekor dan sampai ke tengahari tadi dia makan. Saya cuma melihat sambil baring berselimut. Apabila rasa sedikit sihat setelah telan ubat..saya bangun memasak lagi..masak lemak cili padi, telur dadar , sayur sawi, sambal belacan dan ulam petai pulak ari ni. Pipa marah..time dia tidak sihat ibu buat ulam petai pulak. Ni kegemaran hubby saya..dan saya hanya makan isi ikan, telur dan sayur sahaja.
Apapun melihat anak-anak makan dengan selera sudah cukup. Walau amat memenatkan kerana tidak sihat. Kelmarin jumpa anak-anak di Perlis agak lewat kerana Angah dan Along ada kelas. Jadi saya belikan burger sahaja memikirkan masa sangat singkat dan tentu tidak sempat makan nasi bekalan seperti selalu. Angah relaks macam biasa. Saya tanya tentang PMR dan dia seperti biasa.. tersenyum. Dalam senyum boleh pulak menyahut "angah tido". Oii mak tuan..jawapan yang tak pernah saya duga keluar dari mulut anak saya yang seorang ni. Along memang tidur pun semasa paper sejarah PMR. Dia kata asyik fikir jawapan lima soalan yang memeningkan sampai terlena sekejap.
Saya bertanya..time paper yang mana satu.."semua" jawabnya ringkas dan tersenyum sambil membimbit bekalan yang saya bawa untuknya. Senangnya mereka ketiduran..dalam dewan exam boleh tidur...Saya mula meleteri dan disambut putera saya itu dengan senyuman demi senyuman sambil berlalu pergi setelah memeluk dan menciumi saya. Berleter ke tidak.. tidak pernah diendahkan..beredar awal kerana hendak bermain bola kerana jam hampir pukul 6 petang.
Terlintas diingatan saya pelajar-pelajar matrikulasi yang ketiduran tatkala menjawab soalan exam. Kadang-kadang saya kejutkan..kekadang saya biarkan..saya hairan..bagaimana boleh tidur..tidakkah mereka terfikir betapa pentingnya menyemak semula jawapan setelah siap menjawab? Tambahlah apa yang patut bila ada masa lebih..hairan bin ajaib anak-anak sekarang ni. Ambil mudah semua perkara.
Saya bimbang keadaan ini berterusan. Isnin ini paper maths dan sejarah..adakah dia akan ketiduran lagi? Aduhai anakku..tidurlah di tempat dan waktu yang sesuai dan bukan di dewan peperiksaan...ibu bimbang ...sangat-sangat bimbang.....

Jumaat, 9 Oktober 2009

FIKIR-FIKIRKAN...

Dalam melayari kehidupan... cinta datang dan pergi...adakala dengan ucapan selamat tinggal..kadang-kadang tiada sebarang isyarat dan datangnya bagai kehadiran tsunami...melanda dan hilang meninggalkan puing-puing kehancuran perasaan yang sangat sakit dan melukakan
Ada orang berkata..cinta adalah budaya hindu yang ketaksubannya tersangat..dan kita orang Melayu dan Islam terikut-ikut sehingga lena dibuai kasih yang tiada penghujung dan kadang-kadang boleh meranapkan kehidupan yang bakal mendatang...itu sejarahnya...betul atau tidak saya sendiri masih mencari bukti sahihnya.
Apapun cinta bagi saya adalah sesuatu yang sangat murni..kurniaan Allah kepada manusia. Yang perlu dipupuk kemurniaannya. Kesetiaan adalah tunggak segala-galanya dan suburlah cinta itu jika selalu dibajai . Jangan seminggu...sebulan..setahun..dibajai..selepas itu kita biarkan ianya hilang dibawa angin lalu..tanpa menoleh lagi segala usaha memupuk kasih itu..Alangkah ruginya kita membazirkan masa..membiarkan segala kenangan manis berlalu pergi..menumpahkan airmata orang yang pernah kita kasihi.
Dalam hidup ini manusia mencari-cari cinta sejati yang sempurna..impian yang tidak mungkin kita perolehi sampai ke hujung waktu. Kita akan dikurniakan 'ketawanya' tapi tanpa harta..kita akan dikurniakan 'harta ' tanpa suaranya...kita akan dikurniakan "suara' tapi mungkin tanpa sentuhannya..dan soal..'tanpa' dan 'tanpa' itulah yang sering berlari dalam hati dan perasaan kita..yang kita kejari bagai mengejar bayang-bayang yang sampai ke mati tidak dapat kita tangkap.
Aduhai..insan-insan yang saya kasihi..mengertilah..cinta ini sering memperdayakan kita..hanyut dan hanyut...cinta sejati tidak pernah punya kayu pengukur. Yang mengerti hanya hati kecil kita...sejauhmana kita 'mencintainya'...fikir-fikirkan....

Rabu, 7 Oktober 2009

PMR..

Hari ini 7 Oktober 2009..anakku yang dikasihi Haziq akan mulai menduduki peperiksaan PMR. Getarnya menusuk ke dalam jiwaku yang semakin hari semakin kecil rasanya. Malam tadi agak sukar melelapkan mata kerana asyik memikirkan dirinya..bersediakah belum...

Saya pasrah kepada ketentuannya. Ini adalah duri kehidupan yang mahu tak mahu terpaksa saya tempuhi jua demi masa depan masa depan anak-anak yang sangat saya kasihi. Hampir sebulan ini saya bekalkan bacaan surah yasin dan solat hajat jika terdaya..kerana saya tidak berupaya membantu dari sudut yang lain. Sementelah anak-anak jauh di mata ketiga-tiganya..cuma saya bermohon dan bermohon allah memelihara dan melindungi mereka dari segala kesulitan.

Hari ini paper BM dan PI. Haziq sedikit bermasalah dan ini adalah paper criticalnya..hehehe..kesian anakku itu..sejak UPSR hingga kini...masalah dengan bahasa Melayu..pelik juga. Nak menunggu tamatnya 5 hari peperiksaan tentu terasa begitu panjang ditambah break 2 hari dah jadi 7 hari...hish..menyiksakan. Lepas ni Along pulak... bermula SPM 18 Nov...itu lagi masalah...kayu pengukur masa depannya..

Seperti biasa saya cuma mampu berdoa dan berdoa semoga allah mempermudahkan segalanya untuk mereka..itulah yang mampu dilakukan oleh seorang ibu ...semoga kedua-duanya berjaya mencapai mercu kejayaan...

Ahad, 4 Oktober 2009

KASIH ITU....

Saya menghabiskan masa selepas solat magrib menghadap notebook, menyelak kenangan demi kenangan yang tercalit dalam foto-foto yang saya rakamkan menggunakan handset saya. Lutut saya sakit semula..agak menyukarkan pergerakan saya..saya berbaring sahaja bersebelah Pipa yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Dia nampak gembira hari ini..setelah tertunaikan kehendak untuk memiliki senaskah novel yang menjadi dua apabila saya menghulurkan sedikit wang..ditambah wang hari raya..berganda perbelanjaannya hari ini...biarlah asalkan dia bahagia.

Gambar di atas adalah gambar perjalanan pulang dari Felda Gunung Besout, Sungkai Perak. Lebih kurang 15km daripada jalan besar. Banyak perubahan berlaku rupanya kerana sudah lama saya tak jejakkan kaki ke sana kerana mak mertua saya telah berpindah ke Tapah Road beberapa tahun yang lalu. Sudah ada MRSM di persimpangan jalan rupanya...

Kenangan banyak tertanam di situ. Saya bertemu suami saya..membesarkan anak sehingga setahun lebih..segala yang manis dan pahit terlakar...Kami ke rumah En. Isa jiran mak..rumah mereka rupanya dah besar..bersih dan cantik..saya terharu. Saya tiba sedikit lewat kerana anak-anak tumpang sembahyang di rumah angah di Trolak. Sesampai di sana saya terus ke dapur jumpa Cik Jah. Masih seperti dulu..kalut bercakap..dia peluk saya..cium dan alangkah murninya hubungan kami...walau saya tiada tali persaudaraan..hanya menantu jirannya yang dikenali hanya lebih kurang 2 tahun setengah...Anak-anaknya mencium tangan saya..sambil senyum dan berseloroh bertanya..sihat cik ida..cikgu..? Saya juga cikgu mereka semasa di sekolah menengah.

Lama juga kami di situ..meluruskan lutut yang kepenatan dan sakit. Saya bantu Cik Jah mana yang patut..mengelap sudu dan pinggan yang sebenarnya memang bersih sambil bertanya khabar...Cik Jah terus-terusan bercerita tentang kisah silam..kisah anak saya Haziq yang menegurnya supaya bersanggul kerana katanya tidak cantik jika tak bersanggul..dia peluk Haziq dengan rasa terharu..tergambar jelas dari raut wajahnya.

Saya intai dari jendela..jelas rumah lama suami saya. Tinggal begitu sahaja tidak bertunggu lagi.Debaran datang melanda..kisah silam mengusik jiwa..rumah itu begitu meriah dan besar dan mak mertuaku telah meninggalkannya atas sebab tertentu. Terbayang wajah Chik dan Nuoi semasa kecil...berlari dan naik basikal..mak hanya perlu menyidai kain dalam rumah kerana panas haba felda sudah cukup utk mengeringkan jemuran..anakku Nabilah yang kecil..hitam melekit..ditimang opahnya..lompat dan terus melompat..tak tergambarkan perasaan saya..saya alihkan pandangan kerana hati mulai sebak..semakin kuat debaran di dada...

Kami sempat bergambar..kami keluarga terakhir bertolak. Jumpa Cik Tah..nampak agak berisi dan uzur sedikit..sangat berbesarkan hati kerana kehadiran kami..walaupun tidak singgah ke rumahnya kerana masing-masing dah kepenatan kerana perjalanan agak jauh...saya peluk Cik Jah dan Cik Tah..melambaikan tangan dengan harapan dapat bertemu lagi suatu hari nanti

Apapun..saya sangat terharu dengan pertemuan ini...pertemuan insan-insan yang tiada hubungan persaudaraan tapi penuh kasih sayang..kerana kasih itu datangnya dari hati yang ikhlas..terima kasih Cik Jah dan Cik Tah..kerana kasih itu...semoga Allah terus memberkati hidup mereka...aaaminnnn..


Khamis, 1 Oktober 2009

SEPI...


Indahnya pemandangan ini..tidak tergambarkan oleh kata-kata...alor yang menuju ke laut luas..tiada batasnya...
Dah lama tak menulis. Kesihatan saya semakin merosot..saya tidak boleh nak menulis dan idea pun semakin susut. Hari ini cuba juga update entry..rasa rindu di hati nak meluahkan apa yang terpendam di hati
Mingu ini agak menyuramkan...nasib baiklah kelas dah nak berakhir..student pun nampak letih dan kusut..study agaknya...be positive. Saya pun semakin suram..suram dan terus suram. Risaukan anak-anak yang beberapa hari sahaja lagi nak menduduki peperiksaan. Membuat saya lemas berfikir dan berfikir mengagak adakah kedua-duanya sudah bersedia? Rakan-rakan terus menasihati supaya jangan bimbang..insyaallah kedua-duanya dah bersedia...saya pun tak pasti sebenarnya
Hari ini solat hajat di sekolah. Suami janji akan menghadiri...saya tak berkesempatan kerana pelajar-pelajar minta diiringi untuk dinner malam ni. Tak sampai hati menghampakan. Namun dah jam 6.28 hubby tak muncul-muncul lagi..entah ke mana. Nak bertanya pun saya semakin malas...malas dan malas....dan hidup saya semakin malas kini...berkemas malas..masak malas..segala-galanya malas. Putus asakah saya memperbaiki kepincangan yang ada?..mungkin ye mungkin tidak..ada masa semacam saya begitu kuat menghadapi dugaan..ada masa ..saya lah orang yang tewas...tewas dengan harapan dan keinginan yang tidak mungkin tercapai sampai ke mati...
Apapun saya tidak pernah lupa berdoa mohon keampunan illahi untuk ibubapa, saudara mara, sahabat handai dan anak-anak semoga segala dosa diampunkan dan hidup mereka terus disuluhi cahaya iman dan ilmu. Ampuni saya dengan penuh keredhaan...kerana saya semakin tidak berdaya menghadapi dugaan yang mendatang....kerana hidup menjadi semakin sepi dan terus sepi.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...