Khamis, 11 Mac 2010

YANG TELAH TERTULIS...

Anakandaku Nurul'Ain Nabilah (berkacamata pink)
bersama rakannya Jannah
Saya tidak berniat untuk menulis panjang. Cuma kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana
usai sudah segala tanda tanya yang bersarang di hati dan kepala. Puteri sulungku lulus dalam semua mata pelajaran peperiksaan SPM.
Walaupun sekadar 4A dan yang lainnya B+ , B dan addmathsnya C sudah sangat memadai bagi saya kerana saya amat faham kemampuannya . Cuma agak terkilan kerana dia memperolehi B+ sahaja dalam Bahasa Inggeris sedangkan dia bercita-cita untuk meneruskan pelajaran dalam bidang TESL. Bukan rezeki barangkali..walaupun sepanjang dua tahun di menengah atas dia terus-terusan skor A dalam b.Inggeris. (rezeki nak dok dekat ngan ibu kot ni..hehehehe)
Begitulah yang telah tertulis..saya redha dengan kehendakNya dan saya sangat percaya bahawa itulah laluan yang terbaik buatnya. Harapan saya semoga Allah terus mencurahkan rahmatnya ke atas kami sekeluarga. Hujung tahun ini fokus kepada PMR Deeha pula...Deeha..buktikan sesuatu! Otei la tu..hem...tomei ibu....

Rabu, 10 Mac 2010

LUPA

Ada masanya kita terlupa bahawa Allah maha mengetahui...bahawa kita cuba menyorokkan banyak rencana nakal dan bencana akal dalam hidup kita.

Ada masanya kita sengaja buat-buat lupa bahawa Allah maha mengetahui..apa yang terdorong dan terniat dalam jiwa kita

Ada masanya kita curi-curi melupakan bahawa Allah maha mengetahui...banyak onar yang terpendam dan terperap menjeruk dalam minda kita

Ada masanya kita seolah-olah lupa bahawa Allah maha mengetahui...ada kasih naif yang masih tersemai di hati kita

Ada masa kita terlalu lupa bahawa Allah maha mengetahui...ada insan yang semakin melupakan diri kita dan Allah tidak

Ada masa kita kais datang rasa lupa bahawa Allah maha mengetahui...ada rasa malu yang semakin membeku terbit dari bilik perasaan kita

Alpa dan kelupaan sering menguasai kita rupanya....dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Isnin, 8 Mac 2010

AKU YANG DUNGU...


aku jadi dungu
ketika terus menunggu
cinta yang satu
bermain kata berlagu

aku jadi haru
ketika pilu meluru
kasih membiru
kian padam kelabu

aku jadi bisu
ketika kesakitan merusuh
tubuh jadi lesu
wajah kian lasu

aku jadi kelu
ketika menuduh melulu
perasaan jadi syahdu
jiwa kian pilu

kekadang...
diri yang dunggu, haru. bisu dan kelu
bertanya malu
akukah itu??????

Sabtu, 6 Mac 2010

TUTTTTTT....

Petang ini saya ke Jitra melawat Deeha...berseorangan...Pipa dan Akak terpaksa temani mak..suami ke Johor..golfing..saya tidak terdaya nak bawa mak bersama. Kelmarin melawat Angah..Nuoi adik bongsu suami ada temankan. Lagi pun bimbang mak tak larat tunggu lama-lama menyembang. Cuaca pun panasnya terlalu. Sakit dan perit menjamah kulit.

Drive berseorangan memang membosankan. Entah mengapa hari ini perasaan agak terbalik. Rasa sedikit release..drive secara santai..sambil fikiran melayang...banyak benda yang terbuku di hati. Kuatkan volume radio dan bernyanyi sendiri...helain demi helaian masalah yang datang dan pergi saya semak kembali. Mencanai rasa selagi peluang masih ada..selagi masih bernyawa...

Sekarang dah jam 7.12 malam. Rasa sakit mula menyerang berdikit-dikit. Aduhai...hampir setiap malam saya demam..firasat yang sangat tidak menyedapkan hati. Ke klinik katanya tak ada apa..mungkin rehidrate je..tapi rasanya berbotol-botol saya minum air kosong. Mungkin perlu ke hospital kot..esok..kalau ada kesempatan.

Kebimbangan menjengah sekali lagi..result SPM akan keluar mungkin hujung minggu ini. Akak nampak relax sahaja. Katanya..ibu nak risau apa. Allah dah tentukan semuanya..dulu masa UPSR Akak ingat Akak dapat 5A tapi dapat 4A je. Masa PMR dulu Akak tak sangka Akak dapat 8A tapi Akak dapat. Risau pun buat pe...hehehe. Saya menyampuk..jadi Akak agaklah habis ok pun Akak dapat berapa?. Hahahahha..dia ketawa besar..Akak rasa macam nak dapat..tutttttttt....tapi yang peliknya tak tau kat mana nak dapat A tu..Ai..senangnya dia cakap. Kata boleh nak dapat tapi kat mana nak dapat pulak...hei..perut saya mula sakit mengenangkan. Berkali-kali pulak dia dan Pipa menyakat saya dan mengingatkan supaya tak perlu pergi tengok result..biar dia dan ayahnya sahaja yang pergi...takut berjuraian airmata saya menangis tanpa henti..pengalaman mereka melihat saya menangis semasa tengok result Angah jadi bahan ketawa ..hish..memang dia orang ni suka menyakat...saya nak pergi jugak!

Saya cuma mampu berdoa dari dahulu sehingga kini...tanpa mengharapkan suatu keajaiban akan berlaku. Sekadar harapan ...resultnya mampu membolehkannya melanjutkan pelajaran di mana-mana...sudah memadai . Saya faham dan tahu setakat mana keupayaan dan kebolehannya..saya redha insyaallah...Hurmmm...detik semakin hampir...rasanya seolah nafas menjadi semakin pendek ...dan demamku semakin menyelinap keseluruh urat dan nadi...ya Allah tenangkanlah hatiku...wei Saira...ok kot hari ini..tak kirim berita pun!

Jumaat, 5 Mac 2010

TAHAJJUD CINTA...

kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

kuhaus di tengah alur
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Kusunyi dalam gembira
perit pedih tangggung derita
sungguh aku bukan wali
nan suci dari hina dan benci

kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak cinta yang kudamba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
tuhan ampuni hambamu

kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

kurebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
kutanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga

yang tuhanku
hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahiku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Rintihan hati Saira...setulusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...