Ahad, 11 Julai 2010

BETAPAKAH...

Aku tak dapat menahan lagi kemarahan yang bernyala maghrib tadi. Aku hempuk handset aku ke meja makan di dining hall. Lama juga screennya paparkan 'inactive sim'..gelap dan nasib baik bernyala semula dan wall papernya kembali ke asal..kalau tidak ...beli telefon baru lagi aku!

Entahlah aku mahu mulakan kisah ini dari mana. Punca kisahnya.. cuma aku call Akak dah 3 ke 4 kali tidak berjawab. Tak pe la tu..sebaik aku tamat ironing pakaian Akak call balik..dia mandi tadi mungkin. Macam biasalah anak dara aku tu ...kalau mandi tak sejam..tak sah...Aku cuma call nak beritahu masa senggang Norienti..pensyarah Biologi supaya dia boleh pergi merujuk apa-apa yang tidak difahami. Norienti dah berapa kali tanyakan Akak. Jadi.. aku pun confirmkan petang tadi.

Bila aku nak maklumkan masa Yanti ade kelas..dia dok minta masa senggang..aku kata salin je lah masa kelas dia..kerana masa senggang dia banyak..lagi kompleks..tak.. dia bertegang urat dengan aku nak masa senggang juga untuk disalin. Suara pun macam tak berapa suka je. Suara aku semakin tinggi dan aku rasa darah aku dah naik sampai ke kepala. Tanpa sedar aku hempuk telefon aku kat meja. Aku tunggu telefon tu sampai ok..airmata aku..semakin lama semakin lebat dan aku sms akak.

Akak..ibu sangat letih mengatur hidup Akak supaya Akak boleh berjaya macam orang lain.
Tapi Akak macam tak peduli. Jadi tak pe la..Akak buatlah apa yang patut..ibu rasa ibu patut berhenti dari berusaha dan memalukan diri kerana asyik bertanya siapa saje untuk bantu Akak... sedangkan anak sendiri tidak mahu. Apapun ibu hanya boleh doakan Akak. Anakku berusahalah ..kerana kesal kemudian tiada gunanya. Fullstop..

Aku beredar secepat mungkin dari situ. Sipau perasan aku menangis..dan di dalam bilik air aku terduduk menangis dan menangis dalam percikan air yang dingin itu. Aku dah tak boleh menahan rasa lagi..aku rasa yang aku sudah sangat letih berfikir..sangat letih bercakap..sangat letih merayu kekawan..bantulah anak saya..sedangkan anak sendiri tak pernah mahu menganjak sikap dan pemikiran

Keluar..aku bersiap dan sembahyang Isyak..terus dengan solat hajat..dan aku rasa..solat hajat inilah yang paling syahdu buatku. Airmata tak dapat kuseka dalam sujud doa setelah tahyat akhir. Terdaya aku bisikkan hanyalah ungkapan-ungkapan ini:
Ya Allah hanya engkau yang maha mengetahui lagi mengasihani..sesungguhnya ya Allah ampunilah segala dosa-dosaku..dosa orangtuaku..suamiku..sahabatku..saudara maraku dan anak-anakku. Dengan setulus ikhlas hati..aku ampuni segala kesalahan anak-anakku..limpahilah cahaya iman dan ilmu buat mereka ya Allah..padamkanlah api kemarahan di hatiku kerana sesungguhnya kasihku sebagai ibu tidak selayaknya menyalakan api sedemikian rupa..Ya Allah engkau berkatilah mereka..lapangkanlah mata hati mereka semasa menghadapi peperiksaan..kerana tiada tempat sebaik-baiknya untuk aku bergantung selain darimu ya Allah...tunaikanlah hajatku ini...

Selesai memberi salam..aku menangis lagi..memekup muka..entahlah dah bengkak ketotong mata aku. Aku kemaskan telekung dan ke dapur untuk makan. Suamiku cuma memandang tanpa sepatah kata..Dia bangun dan membasuh semua pinggan yang ada dalam singki dan basuhkan kain sekali..Terima kasih aku ucapkan dalam hati..kerana fahami perasaan aku. Sipau dah datang peluk aku tadi...biasalah..ayat power..Ibu dah lah..adik tak sukalah tengok ibu nangis camni..adik sedih tau..sambil mencium tanganku..ibu..adik janji ..adik nak belajar sungguh-sungguh..ibu..maafkan adik ye..aku peluk dia seeratnya..pilu menusuk..

Aku makan sedikit..tak selera rasanya. Tapi makan jugaklah takut sakit aku menjenguk lagi.. Tamat makan..Sipau serahkan komputer ni kat aku..nak ambil hati aku barangkali..sedang menaip terdengar dentuman pintu depan..Akak balik..sambil bernyanyi kecil..sakit hati juga aku dengar..lalalalla...ibu..mai nak catat.. sambil menghulur buku catatan..tu dia..selambe badaknya anak aku..aku jawab..pergilah Akak..cari sendiri..ok lah..secepat kilat dia jawab. Aku malas nak argue lagi..geram sungguh rasanya

Dia ke hulu ke hilir angkut bajunya yang baru kering di bilik. Dah siap sume dia jalan selambe ke pintu...tapi mungkin kerana naluri aku memanggilnya...dia patah balik..Ibu..Akak nak balik dah ni...dia hulurkan tangan kepadaku...tak terdaya rasanya aku mengangkat tangan...airmata aku luruh selebat-lebatnya ...aku peluk dia..dan dia peluk aku seeratnya ...sama-sama menangis..Akak amik dalam beg ibu kertas hijau. Yang pink tu tanda dia ada kelas. Aku tak lepaskan dia lagi..cium dan ciumi dia... sepuas-puasnya... dan dia tersedu sedan menahan rasa dalam pelukan aku...Akak belajar betul-betul ye..janji ni...dia cuma mampu mengangguk-nganggukkan kepala dan aku lepaskan dia dengan penuh keikhlasan..dengan doa...dengan segala rasa kasih seorang ibu...

Anakku..sesungguhnya ibu ampuni segala yang mengguris hati ini...semoga engkau berjaya menghadapi segala rintangan..insyaallah...dan hingga kini..airmataku ini masih enggan kering..betapakah...ke mana perginya penawar pilu buat seorang ibu sepertiku?

Khamis, 8 Julai 2010

SALAH KE????


Petang tadi Sipau macam biasa... ajukan soalan cepumas kat aku dalam perjalanan pulang dari Jitra...shooping sikit...

ibu..tadi cikgu cakapkan..kelas 6 baiduri (A) tahun depan 35 orang terbaik je dapat masuk kelas tu...
cikgu kata lagi..tahun depan 35 orang tu tetap.. tak tukar-tukar dah macam tahun ni
herm..kawan-kawan adik kata..Fatin tu mesti dapat masuk kelas tu
sebab dia asyik dapat A je
dia kalau dapat B satu pun dah susah hati
awat tak tau...
kata Sipau dengan riak kehairanan...buat aku hairan ya amat..apa yang menghairankannya..ish..

tulah ibu kata..
adik kene belajar betul-betul
ni asyik kutip B je
macamana nak dapat masuk kelas baiduri tu

ibu!..adik heranlah..mengapa kite tak boleh dapat B bila periksa
mestilah adik..orang semua nak A
ish..apa salahnya dapat B adik kata!..salah ke?
eh..eh adik ni orang nak dapat A..dia nak dapat B pulak...
adik tanya ni ..salah ke?..B pun ok..adik tak pernah rasa sedih pun..

ececeh! ...senangnya dia kata..aku geram la jugak..aku terdiam sekejap..cari akal macamana nak bagi tau dia yang gred A menunjukkan yang terbaik..belum sempat aku buka mulut..dia start balik

adik heran tau ibu kenapa Fatin tu sedih sangat kalau dapat B satu pun...
adik..bagi orang yang selalu dapat A..B tu macam dah gagal tau dak

eh..ibu ni..B mana gagal..lulus dah tu
ish..geramnya aku..macamana nak cakap lagi nih?..

bukan lah gagal tapi semua orang nak dapat A
A tu tunjuk kite yang terbaik...
okay la...okay lah!! ibu tu marah adik lah tu tak dapat A sume..nak kata adik ni tak pandai la tu...
nada suaranya agak sedih...

tak lah..adik bukan tak pandai
ibu tahu adik pandai
dulu-dulu adik kan selalu dapat A
kalau adik bodoh tentu tak pernah dapat A kan?
betul tak?
ha..betul jugak kata ibu tu..dedulu masa darjah 1 adik dapat A semuakan!
tapi sekarang ni adik malas je sebenarnya..
hehehehe....haaa..betui la adik malaslah ibu!
dia terkekeh ketawa..haaa...baru faham kot..pening aku nak explain
aku ingatkan dah habis bab tu..dia sambung lagi

ibu..ibu...dulu masa ibu sekolah dulu ibu dapat semua A ke..dapat no 1 je ke?
alamak..nak jawab pe nih????
haah laaaa....
betul ke ni bu? sepanjaaaang!!!!! masa sekolah dulu terus dapat nombor 1 ke????
aaa....tak percaya tanya atok!...
cepat-cepat aku coverline..
anak-anak aku ni...memang percaya 100% cakap atok mereka....haaah..lega aku..hehehehe

adik kene percaya yang adik pun boleh dapat A
adik jangan malas lagi tau..ibu percaya kat adik..
hahahaha...ye ke bu?
ibu...ibu nak tau dak..kawan adik suke buat gini kalau adik gelak
katanya sambil mengoyang-goyangkan punggungnya...sambil ketawa..fuhhhh...lega aku..tukar topik dah...

awat? kene jawab cepat..nanti merajuk pulak
tak tau lah
hehehehe
tadi pun kawan ibu gelak bila ibu gelak masa mesyuarat...
dia kata dia suka dengar gaya ibu gelak..
hahahahaha...hehehehehehe
kami gelak terkekeh-kekeh macam nak rak dalam kereta tu..macamlah lawak sangat..sengaja aku nak elak soalan cepumas yang lain....

Tiba di parkir kereta... Sipau tolong bawa turun barang-barang ration kakak-kakak dan abangnya. Dia berjalan naik pantas..nak bersiap pergi tuisyen...aku menutup bonet kereta dan melihat dia berlalu. Sambil menaiki anak tangga..sambil membilang anak tangga tu...kepala aku pun satu-satu membayangkan masa depan nanti. Entah kenapa tersentuh sangat di hati...kalau dia tiada di rumah nanti..siapalah nak bantu aku..siapalah nak temankan aku argue isu dan bergurau senda dalam kereta lagi..hemmmm...debaran mulai terasa.

Entahlah aku ni...subuh tadi jam 4.00pagi aku terjaga..rasa sejuk sesangat..badan aku pun rasa tak berapa sihat...aku bangun dan teringat nak selimutkan Sipau..selesai selimutkan dia...aku ciumi dia..lepas tu tenung muncungnya yang panjang dekat 1 inci tu..hem...kumat kamit dan semakin panjang bila dia mula argue isu dengan aku...Aku berbaring semula dan memeluk erat suamiku..terasa panasnya airmata mengalir di ekor mataku..aku kesat perlahan-lahan...takut suamiku terjaga..betapa sayu rasa di hati...wahai permata hati ibu....

Selasa, 6 Julai 2010

KEPERCAYAAN

Malam ni entah mengapa..terasa airmata macam nak gugur saje..tak tahu sebab musabab sebenarnya...mungkin dalam minggu ini banyak perkara yang bertindan lapis berlaku..datang dan pergi...penat rasanya bila aku recall fikiran aku..masalah biasa..kalau tak de apa nak fikir..aku mula cari lubang untuk fikir...ish.....

Entah mengapa ye..aku teringat sangat kat dua beradik yang aku jumpa di masjid kat Alor Setar tu. Aku singgah sembahyang asar jam 5.00 petang..on the way nak pergi shooping kasut dan handbag aku yang dah expired tuh...selesai sembahyang aku nampak dua beradik ..si kakak dan adik lelakinya..Aku terlupa nama mereka..siapa ye?..masalah betul aku nak recall nama nih. Hati terdetik berkata..mak dia orang sembahyang ke?...percayanya dia..pandai pulak si kakak tu jaga adiknya yang baru pandai menjulur . Anak-anak aku memang tak ade kemahiran tu..kerana aku tidak pernah percaya mereka menjaga adik. Itu sebabnya kalau beranak kecik..nak ke toilet..aku letak anak aku depan toilet..sanggup buka pintu tu..bimbang akak atau abang angkat adik..takut terjatuh..ish ngerinya aku bila membayangkan

Sambil membetulkan tudung aku terus-terusan memerhati. Ada instinct juga kot...si kakak tu tak semena-mena mengangkat adiknya ke depan aku..eh..dia ni silap mak ke?...tapi si kakak tu terus tersengeh tengok aku dan dudukkan adiknya diribaan. Sambil menyapu bedak ke muka aku bertanya..

Kakak dari mana nih?
..dari Guaq
...hah..makcik tak dengar la kakak..
dari Guaq
..ohhh...Guar Cempedak ke?
.haa betui..katanya sambil tersengeh..penuh ikhlas..
mai sini buat ape?
..p kenuri..
hah kenuri kat mana?
..sik..
haaaa...sik?..

pelik juga macamana sampai ke Alor Setar..kenduri di Sik..tinggal di Guar Cempedak...aku tak mahu menyiasat lebih lanjut..kerana aku tertarik sangat tengok si adik tu terngangga mulutnya tengok aku sapukan lipliner pulak...

Kakak sekolah dah darjah berapa dah?
..tiga..
ooo..tapi nampak kecik la kakak ni..

dia tersenyum senang dan menampakkan giginya yang masih berlohong di sana sini..baru gugur gigi susu kot..aku tersenyum tengok...si adik terus-terusan melopong..terutama bila dia tengok aku sapu lipstick ke bibir..hati aku bagai di garu dan aku ketawa terkekeh tengok lopongan mulutnya ..siap bergincu..aku cecahkan lipstick tu ke mulutnya yang melopong tu
...mak!..mak!..tengok ..makcik buh mulut merah kat adik..
aku menoleh dan aku lihat ibunya baru selesai sembahyang..ibunya menjengukkan kepala sambil tersenyum melihat aku...aku cuit dagu adik dan si kakak..mereka berdua berpandangan dan tersenyum lebar...baru terdetik nak snap gambar mereka berdua..tiba-tiba datang dua remaja perempuan tersenyum dan mengangkat si adik..si kakak masih tersenyum mengadap muka aku..hati aku terasa sangat tersentuh entah kenapa...aku tarik ke sisi dan aku ciumi dahinya..
kakak belajar rajin-rajin tau..makcik doakan insyaallah.
Sama ada dia faham atau tidak terpulanglah..tapi dia mengangguk-nganggukan kepala dan aku tinggalkan dia dengan remaja berdua itu...

Sesampai di ruang legar masjid..Sipau bertanya sambil ketawa..
ibu..ibu buh gincu ke kat adik tu?
tak lah..ibu cecahkan aje..dia teringin kot..lagi pun dia lelaki...
ye ke ibu?.
..dia pakai baju lengan pink..bukan pompuan ke?
..ish..baju tak leh kire..agaknya baju kakaknya dulu..
Sipau terdiam dan mungkin terima alasan aku...

Dalam kereta aku terus terbayangkan dua beradik tu..kenapa mereka berdua selamba duduk depan aku..tertarik tengok aku berbedak kot?..budak perempuan kan..teringin bersiap..tapi yang lelaki tu ..apa yang dia tahu..melopong je tengok aku..aih..heran lah jugak ...

Semakin lama aku fikir...semakin aku memahami..mungkin Allah mahu aku membandingkan kekuatan diri dan ketawakalan aku dengan ibunya barangkali..menyuruh aku berkongsi kepercayaan...dalam hidup ini ...separuh adalah untuk aku usahakan dan separuh lagi serahkan sahaja kepada Allah menentukan. Aku yang tidak pernah percaya bahawa anak-anak boleh menjaga diri mereka sendiri mahupun adik-adik ...bahawa aku tidak boleh menyekat kehendakdan takdir Allah...bahawa Allah akan memelihara anak-anak kita insyaallah di mana jua apalagi jika berada di rumah Allah...teruskanlah beribadat..buangkan segala keraguan dan kerisauan ...kerana segala ketentuan adalah di tangannya...lihat sahaja sendiri..anak-anak berdua itu selamat sehingga ibunya tamat sembahyang..bila aku renung-renungkan...fahamlah aku kini betapa perlunya aku memberi sedikit ruang dan kepercayaan kepada anak-anakku untuk membuktikan bahawa mereka berupaya mengurus diri sendiri dan adik-adik..walaupun mungkin tanpa aku disisi..kerana apa yang penting.... bekalilah mereka dengan doa ibu yang sejati....wallahualam

Ahad, 4 Julai 2010

NASI AYAM...


Malam ni aku malas nak masak...sebenarnya ini bukan kali pertama...telah menjadi kebiasaan..kalau aku masak time anak-anak tak ade... barulah luarbiasa..masak asam pedas..ingat Deeha...masak ayam pedas..ingat angah..masak sayur..ingat Akak..Jadi tak payah masaklah..tak perlu ingat sesiapa..ingat mau kenyang saje sudah lah..hihihihi.

Dari jam 8.15 suamiku keluar... hingga jam 9.00 lebih baru pulang bawa 3 bungkus nasi ayam..aku dok meniarap dengan Sipau atas tikar Sarawak kat ruang tamu dok tengok program realiti mentor peringkat akhir..sambil tunggu ayahnya balik..dia seperti biasa dok tanya macam-macam soalan

ibu...ibu ni untungla..dulu aman tak perang macam sekarang
hem...jawab aku..ye lah..tetiba cerita pasal perang..ish..pening aku..

ibu!..ish..ibu ni hem..hem je..bila adik cakap..
yelah..ibu nak tengok tv ni..

bila adik tak cakap ibu kecik ati..ibu kata tak layan ibu la...bila adik cakap ibu tak layan pulak
ye lah...adik cakap masa tak sesuai..ibu baru nak rehat tengok tv

ibu..adik laparlah..ayah ni gi mana pulak..lambat sangat nih..
ish..ayah ni beli nasi ayam ke..buat nasi ayam?

kami berdua berdekah-dekah ketawa..menggelakkan ayahnya..aku lah yang ajar dia cakap macamtu..jahat aku nih..sambil tu..dia dok baring peluk-peluk dan kerja rutin dia gigit aku .
tu la ibu..kene pandai jaga badan..ibu ni tembam..buat adik geram je..tu nak gigit tu..
hee..nak jadi ape la adik ni...aku buat-buat marah..aku biarkan sahaja..

Sebenarnya aku dah lama tak gurau senda begitu dengan Sipau. Dia pun serius je kebelakangan ni..ye lah..dia dah semakin remaja kini. Bila ayahnya sampai kami pun mulakan aktiviti..makan!
Tengok dia berselera sekali..lapar sangat nampaknya..ye lah..dah jam sembilan. Aku ambil sebungkus bawa ke depan tv join sekali...nasi dia nak habis dah..dia cubit ayam dan nasi aku sedikit...

adik..adik nak nasi lagi ke..ambik la yang ibu ni..
tak..adik nak sikit je yang ibu
nah ambik ni..dan saya sudukan beberapa sudu ke polistrin nya
ish..ibu ni suka sangat berkorbanlah..katanya dengan nada sedih..lepas tu diikuti ketawa pulak..memacam dia nih...dan makan diteruskan

adik..nah ayam..sambil saya hulurkan seketul ayam kepadanya..
ibu..ibu..katanya berbisik
tadikan ...adik nampak..ayah..intai-intai..tengok ayam dalam bungkus mana yang ada lebih..
kecik hati adik tau..ayah pilih yang banyak ayam...geram adik tengok ayam ayah tu...berketul-ketul..
hehehe..dia bergossip dengan ekspresi mukanya sekali

ayah beli ayam lebih untuk dia kot..kata aku membela
tak baik kata ayah gitu...hehehe

lepas tu entah berapa kali pulak dia cuit nasi aku..terkebil-kebil je mata aku tengok..kesian pulak nak tegur...


laaa..awat ibu makan tulang ayam tu sekali..ibu lapar ke??..hehehe
haaaa laparla adik...

kesian ibu..kita ni macam orang kelaparan kat Afrika tu kan ibu..
dan aku turut ketawa bersama

lain kali suruh ayah beli lebih lah ibu...
haah..ok..empat..satu lagi kita kongsi
ibu..ibu bubuh sup banyak ke?
sampai tinggal sikit je ni ..tadi banyak..katanya sambil membawa mangkuk sup ke dapur

Aku tergamam..nak jawab tak sampai hati..coz aku hirup banyak tadi nak bagi kenyang..kerana nasi tinggal sikit je..dah bagi dua dengan Sipau..aku sebenarnya lapar sangat..tengahari tadi aku tak makan nasi..bihun sikit..tomyam pedas sangat..memang tak kenyang..,.malam ni Sipau bedal pulak nasi aku..aku buat-buat kenyang..tapi sampai tulang ayam aku kunyah..Sipau perasan aku lapar.. kesian kat aku...

Apapun..walaupun kelaparan..malam ni aku sangat bersyukur..kemanjaan Sipau telah kembali kepadaku..dan aku rindukan kemanjaan dan gelak tawanya itu kerana sejak kebelakangan ini dia nampak serius dan marah-marah je..malam ni dia dah kembali seperti dulu..

Anakku..janganlah terlalu cepat mematangkan diri...jom kite peluk-peluk bergomol macam dulu..sembang dan ketawa..selagi ibu masih terdaya...nafasku hela dalam...sedalam-dalamnya..dalam hati masih berkata..aku nak makan apa lagi ni?...laparlah!!!!!...

Jumaat, 2 Julai 2010

YANG TERSIMPAN...

Haih..rasa sebu di dalam dada...mengelodak kencang sejak petang tadi. Perasaan antara terkawal dengan tidak. Terkejut dan terkedu...

Suami Nur Ul Huda pula telah pulang ke rahmatullah petang tadi. Dengar kata accident dalam perjalanan ke tempat kerja. Accident pagi..dalam jam 1 lebih meninggal. ..bertalu-talu sms masuk menyampaikan berita yang sama. Cuma ramai yang tidak ketahuan punca kematian.

Aku sebenarnya bukan berniat hendak menulis sangat hari ini. Tetapi ada sesuatu yang tersimpan lama ... jauh di lubuk jiwa..yang perlu aku lahirkan di blog ini. Kisah aku dan Huda yang aku pernah aku anggap seperti adik.

Sebelum menjadi suami isteri...telah banyak rintangan melanda. Cinta terhalang..dan pada masa itu hanya aku dan Hafliza sahaja yang senior di sini. Kami berdualah tempat Huda mengadu hal..dan aku menyaksikan Huda menangis beberapa kali. Namun apakan daya kami...cuma boleh mendengar..mendengar dan mendengar..

Namun kasih terhalang itu akhirnya direstui..perkahwinan berlangsung meriah. Tak berapa lama selepas itu..aku terdengar juga berita tentang tangisan bermula semula. Namun demi tuhan..aku tak tahu banyak. Cuma kulit cerita...nak bertanya..siapalah aku. Cuma aku memerhati dari jauh..nun jauh di sudut hatiku terdetik...mungkin sesuatu telah berlaku. Aku..sebagaimana selalu...tetap aku..kalau dia tidak sudi bercerita..aku tak akan bertanya. Malah aku anggap itu kisah peribadi yang memang sepatutnya tidak diceritakan kepada semua orang. Mungkin perlu kepada mereka yang tertentu sahaja untuk mengurangkan keresahan dan kecelaruan....aku sangat memahami situasi itu...

Tibalah suatu hari..dalam perjalanan pulang..diketemukan tuhan akan aku dan dia di lobi. Dalam senyum dan penuh keramahan..seperti Huda yang aku pernah kenali dahulu dia bercerita yang dia dah baca blog aku. Sambil berseloroh dan ketawa..rupa-rupanya ada airmata di kelopak mata jernih itu..pada mulanya aku tak sedar..kerana kami terus berjalan sambil bercerita.

Sehinggalah tiba di parkir kereta pengurusan dia berkata...
K.Ida..Huda dah baca blog K.Ida..Huda rasa sayu dan menangis bila baca kisah yang K.Ida tulis...berjam-jam Huda baca tau... tentang kepayahan K.Ida membesarkan anak-anak..sampaikan Huda sedar yang Huda pun kene tabah dan berkorban demi anak Huda k.ida..betul nih...

Aku tidak dapat menahan perasaan ketika itu..kerana aku sangat kenal Huda..sangat maklum asal cerita. Aku pegang tangannya dan dia tak dapat menahan perasaan lagi dan memeluk aku seeratnya sehingga terasa olehku degup jantungnya...dan aku pun turut menangis dengan penuh keharuan..terasa perasaannya menyelinap masuk ke tubuhku...sehinggalah kami ternampak sekumpulan pelajar hadir ..baru terlerai pelukan itu. Masing-masing mengesat airmata

..eh..k.ida..nanti bebudak ni ingat ape pulak..katanya sambil cuba berseloroh.
Ok K.ida..Huda balik dulu

...dan aku menamatkan perbualan dan ekor mataku melihat dia berlalu pergi. Aku naik ke kereta dan duduk seketika menenangkan perasaan. Degupan jantungku semakin kencang...terasa tersekat nafas ini.

Itu adalah kali terakhir aku dapat meyelami perasaan Huda..kali terakhir sebelum dia berpindah ke Matrikulasi Banting. Khabar angin banyak kedengaran tapi aku abaikan sahaja kerana aku hanya akan percaya jika ia keluar dari mulut Huda sendiri. Apapun tuhan telah menentukan barangkali..tiada lagi ruang buatku berkisah dengan Huda..cuma lambaian kecil ketika bertembung ke kelas atau ke parkir kereta sebelum dia berpindah .

Suaminya telah tiada kini...situasi kehilangan yang dialaminya berbeza dengan situasi Zuraida...mungkin sedikit berbeza. Namun apapun kehilangan itu tetap mendatangkan luka yang sangat dalam. Anak masih kecil..perlukan seorang yang bergelar bapa. Tetapi terdayakah kita menentang kehendak tuhan?

Cuma doa jua dapat aku kirimkan dari kejauhan. Huda..bersabarlah..mungkin ada hikmah di sebalik kehilangan ini..percayalah bahawa ujian tuhan ini hanya untuk hambanya yang mampu sahaja. Ada masa..bila perasaan telah reda...datanglah kepadaku adikku.. jika kau perlu meluahkan rasa seperti dulu..suatu hari dulu tatkala cinta mekar disaluti madu..kakakmu ini masih berada di sini seperti selalu..bagai dahulu...hulurkanlah tanganmu kepadaku...biarku gengam tangan itu sambil erat memelukmu ...semoga semangat kembali menjadi satu...Al Fatihah jua buat dia yang telah 'pulang'...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...