Ahad, 18 November 2012

..tidak ramai merasa..

Mereka..yang tersangat kurindui...

Baru sahaja habis membaca blog Ummi. Herm..macam-macam perasaan ada...seronok ada...sedih ada..kesal pun ada..entah ye..begitulah adanya.

Seronok  terasa kerana terlaksana juga tugas kawan-kawan akrabku yang susah senang bersama dulunya. Tiga vanue telah berubah rupa...walaupun aku tahu..mereka menggunakan sumber yang ada sahaja..kecuali backdropnya...satu kejayaan. Alhamdulillah..berguna juga nursery jenuh diperjuangkan dahulu..kalau tidak penat juga cari sumber. Dan aku paling suka tengok astaka..warna terang dan menarik...sangat-sangat mengalukan peserta dan hadirin yang hadir...tahniah buat semua..Thanx to Ummi..selalu update hal kolej..dan aku dapat banyak info tentangnya...

Sedih pula kerana teringat kisah dulu...Kawan-kawan yang telah ditinggalkan pergi...sangat sakit rasanya meninggalkan. Apapun itulah dugaan tuhan..rezeki aku bukan di situ..di tempat lain...dan rupanya di tempat lain pun tugas aku memang seiras saja..malah lagi penat kerana tidak lagi berteman macam dulu...banyak keputusan terpaksa dibuat sendiri..tidak ada kawan nak dibawa berbincang..aku harung je...jangan tak buat..dan terpaksa berpuas hati dengan apa yang terdaya.

Kesal pun ada kerana aku tidak cuba meluangkan masa bersama-sama menyaksikan kerja-kerja persiapan...aku minta maaf sangat-sangat kawan-kawan. Bukan tak mahu pergi...bukan nak menyombong...tapi...setelah ditapis dan difikir-fikirkan eloklah aku tak pergi. Suamiku dah ada di sana. kami sama-sama orang luar. Mungkin tak manis dipandang sesetengah orang. Hati orang kita pun tak tahu...dan sebenarnya hadirnya suamiku di sana juga sedikit membimbangkan aku.   Aku .rasa mengelakkan diri adalah lebih selamat. Takut aku terover acting lagiii...kadang-kadang kita lupa...kita ni siapa sebenarnya...aku harap kawan-kawan faham kedudukan aku...

Ditambah pula...anak-anak aku semuanya berada di rumah. Aku fikir baiklah aku meluangkan masa yang sedikit ini bersama-sama mereka. Kalau masa berseorangan aku merindui...mengapa mereka ada.. aku pulak pergi meninggalkan. Inilah masa untuk aku memasak..mengemas..bermesra...dan paling penting berleter..dah lama tak meluahkan perasaan..dan..Akak dan angah pun dah balik ke UMT n INTEC kelmarin. Hermmm...penat aku..urus sendiri sampai ke malam. Suami pun dah tak peduli..aku ni selamat tidaknya memandu malam..asalkan dia dapat ikut serta malam mesra tu..entahlah..kadang-kadang rasa kecik hati pun ada..tapi bak kata orang.. buat letih merajuk hati...siapa nak peduli...

Inilah suratan dunia buat aku. Bukan nak mengeluh..cuma nak luahkan apa yang dirasa. Sekurang-kurangnya berkurangan beban di hati. Apapun segala halangan dan cabaran harus diharungi juga...sekadar rasa yang tidak ramai merasa...wallahualam..

Ahad, 4 November 2012

DOAKU UNTUK DEEHA...



betapa lemahnya hati seorang ibu sepertiku
sayu sesayu-sayunya...

Deeha akan menduduki  SPM mulai esok
entah mengapa..hatiku kerap kecut dan takut
setiap kali Deeha nak menghadapi peperiksaan
sedangkan ianya sama sahaja dengan adik beradik yang lain

sejarahnya ada
mungkin tiada ada yang tahu
setiap kali peperiksaan besar
penyakit asmanya datang menyerang
dua hari yang lalu pun
sudah  meminta dibelikan pil asma
katanya..tak tau la ibu...adik rasa adik macam penat jer...
berdetak jantung hati mendengar
dan telah aku bekali ubatnya petang kelmarin..

mungkin tak siapa tahu
setiap kali aku memeluknya
terasa bagai memeluk dia sewaktu kecil
yang terus-terusan sakit dan sakit
dengan tubuh yang kurus dan kecil

yang ada padaku hanyalah harapan
semoga kesihatannya dipelihara allah
semoga lorong fikirannya terbuka luas
semoga hatinya cekal
jangan takut-takut menghadapi cabaran ini
cabaran masa depan yang mahu tidak mahu harus ditempuhi

anakku Deeha..
semoga dikau kuat dengan iringan doaku
semoga dikau kuat dengan sentuhan dan pelukanku sejak dilahirkan
semoga dikau kuat dengan dugaan-dugaan besar yang pernah kau lalui
semoga doaku ini dimakbulkan Allah...yang telah menciptakanmu untukku...
amin... amin.. yarabbalalamin..





Isnin, 29 Oktober 2012

USAHA..

Sipau..memang gemar berposing macam ni..dan bercita-cita nak jadi fotografer..herm..tercapaikah?

Letih kelmarin masih terasa...namun hati puas...jumpa anak-anak semuanya..mak dan abah kedua-dua belah pihak dan sebahagian ahli keluarga.

Aidil Adha kali ini agak dingin. Keluarga belah abah tidak menjenguk...belah mak tiri aku pun begitu..sebelah mak pun tak ada...belah mak mertua pun sedingin itu nampaknya. Namun aku masih bersyukur..adik beradik sebelah aku dan suami masih bersama...seorang dua tidak ada tu adatlah...kerana beraya di rumah mak mertua masing-masing..tambahan pula cuti pun singkat..Aku tidak ada masalah sangat kerana kampung kami cuma 2 jam perjalanan...jadi...macamana pun pasti sampai...Cuma..kami pun nampaknya...sama - sama..ikut arus perdana...tak jenguk sesiapa ..beraya di rumah sahaja...

Entahlah ye..dalam tidak menziarah tu..aku tengok..kereta penuh di jalan..jam sana dan jam sini. Anakku yang nak balik ke Terengganu...terpaksa menunggu bas hampir jam 10 malam..sedangkan sepatutnya bas bertolak jam 8.00 malam. Jam di highway Tapah..dan dia tiba di Kuala Terengganu jam 7.15 pagi..dan terpaksa ponteng kelas jam 8 kerana tidak sempat sampai ke kampus. Haih...fikir-fikir kesian ..tapi nak buat macamana ye..Apapun alhamdulillah kerana Akak selamat sampai dan paling penting usahanya untuk balik beraya bersama keluarga walaupun perjalanan sangat jauh..dari Kuala Terengganu ke Tanjung Malim dan sebaliknya..sampai pun pagi raya jam 4.45 pagi..

Badan aku hari ni sakit-sakit,..penat usung beg ke sana dan ke mari...Walaupun anak dah besar-besar..masih kena pantau jugak..nanti bertinggalan macam2 benda. Angah yang balik ke Shah Alam..di pesani macam-macam..kerana dia ni sangat cuai..ada saja yang bertinggalan..Pun alhamdulillah kerana adik bongsuku uruskan kepulangannya ke hostel...

Tambah menyakitkan badan kerana raya ni aku main hentam makan apa yang ada. Dah tak berpantang-pantang lagi..dan badan aku pun memang dah naik macam MAKAN BAKING POWDER lagi...disahkan pula bila adik aku yang ketiga menegur mengatakan aku dah gemuk sikit..aku menambah pulak...bukan gemuk sikit tapi dah gemuk berganda-ganda..Entahlah... selera sekarang semakin mengancam...sedap je tengok semua benda..apa lagi makan beramai-ramai tu..kena pulak dengan ikan lampam bakar..kerang rebus..sambal belacan...tempoyak..petai...aih..mouth watering semua tu....

Dalam kegembiraan terselit juga kesedihan...mungkin silap aku juga..meleteri Sipau kerana tidak berusaha dan belajar bersungguh-sungguh. .pelajarannya sangat merosot..meyebabkan aku seringkali naik angin bila berkisah tentang peperiksaan. Ye lah bila tengok dia tidak ada kesungguhan..tidak ada rasa malu kerana keputusan peperiksaan semakin teruk..membengangkan kepala aku. Apa yang sering kedengaran dari mulutnya adalah belikan dia kamera DSLR..Aku tidak larat nak dengar...pertama-tamanya kerana aku tak mampu dan keduanya kerana hanya itu yg bermain difikirannya..Tangisan kedengaran dalam kereta dan aku bertahan tidak mahu memujuk dan sesampainya di Bukit Gantang bagai selalu dia akan meminta maaf..aku maafkan dan aku kini mengabaikan janji-janjinya..kerana tidak pernah tertunai..masih di takuk lama..

Entahlah ye..dalam apa jua cara dan keadaan...yang penting bagi aku adalah kejayaan mereka dalam pelajaran dan jangan meninggalkan suruhan allah. Terkucil di mana-mana..jadi semacam je kepala aku ni..runsing memikirkan. Herm..petang ni Angah dah mula paper Math..Sipau pun ada exam...Alang pulak semakin hari semakin hampir ke garis penamat perjuangannya untuk SPM...sejauhmanalah dapat ibu membantumu anak-anakku...yang ada di tangan seorang ibu hanyalah DOA semata-mata...hanya doa...usaha itu di tangan kamu masing-masing...jadi berusahalah...amin...

Ahad, 14 Oktober 2012

SECEBIS CORETAN...

Deeha and Sipau

Beberapa minggu ini memang menekan perasaan. Banyak kerja yang harus diselesaikan. Datang dan datang..buat aku tak lena tidur.

Akibatnya...aku rasa sangat keletihan..di luar dari kebiasaan. Kadang-kadang rasa macam nak berhenti kerja..rasa nak pencen cepat..nak tinggalkan dunia yang menyuruh aku buat itu dan ini tanpa batasan.

Kelmarin..melakar kisah pendek yang sangat mengusik jiwa..mendalam gurisnya..terkenang-kenang...

Pagi2 lagi aku dah bergerak keluar dari rumah...jemput rakanku Hajar ke kolej.  Mengejar minit larian KAKOM kononnya..jadi..sampailah kami dalam jam 7.30 gitu..makan nasi lemak sebungkus dengan air teh o secawan kecil. Tanpa menunggu acara..aku bergegas meninggalkan astaka...menyediakan 15 rangkap pantun yang ditugaskan. alhamdulillah dengan bantuan rakan...Ros dan Hajar....siap hampir jam sepulu pagi. Rentetannya aku hadiri majlis penyampaian hadiah dan penutup larian...

Pulang..hantar Hajar dan ambil baju yang telah siap dijahit. Perut rasa tak begitu lapar...maka pulanglah aku..ketiduran sebentar...mandi dan bergegas bersiap nak melawat anak2..tanpa suami di sisi kerana dia sibuk ke kem KAKOM..beri  motivasi kat anak2 orang di sana. Sudah beberapa minggu tak lekat di rumah hujung minggu. Week days dah tiada...week end pun begitu...

Aku singgah membeli nasi paprit, tomyam dan air cincau bandung...sebagaimana pesanan dalam sms si bongsu..aku beli dua set..untuk Deeha sekali. Dalam pada itu baru rasa lapar kerana bau tomyam tu..tapi aku malas nak layan kerana aku dah lewat..hampir jam 4 petang kerana dah janji dengan Sipau.

Maka bertemulah aku dengan Sipau..nampak Sipau gembira ..kerana kirimannya tertunai..namun ada satu lagi yang aku lupa..topup untuk kawannya. Lalu aku pun keluar ke u station di depan sekolah..beli dan setelah berbual sebentar meminta diri..memeluk sipau...cium dan beredar pergi..takut Deeha menunggu pulak.

Dalam perjalanan...banyak benda yg aku fikirkan..hal Angah yang nak belajar driving..Akak yang akan pulang berhari raya..pendeknya...hal anak2 je yang  bermain dlm fikiran aku..

Setibanya aku di sekolah...Deeha tiada di situ...macam biasa aku minta tolong pelajar di situ memanggil. Selang 5 minit ..kelibat Deeha kelihatan. Baru bangun tidur agaknya...itulah yang terdetik di hati.
Bila dia membuka pintu aku tersenyum lebar...herm...baru bangun tido ker..tegurku..dia mengangguk..matanya melilau mencari sesuatu...ibu..tak bawa kamera ker...adik dah msg tadi...hah?..mana de..kataku..sampai tangan buka msg di fon. Akhirnya aku bertemu msg tu..dan maklumkan bhw aku tak sedar...msa tu mmg masa penyampaian hadiah bising,,,tak payah la adik...nak buat apa...takkan adik nak suruh ibu balik ambik pulak?..hem..esok ibu tak kerja.. hantarlah...

Entah mengapa aku mula naik angin mendengar kata-kata tu...herm..macamana ibu nak hantar..esok bukan boleh masuk pun. Nanti pak guard marah ibu..dah lah..belajar jer,,,adik jangan laa suruh ibu macam2..ibu letih laaa adik..ni..adik tau tak..ibu ni makan tengahari pun tak lagi...tu adik asyik bergambar..tu belajar tu yang penting..dok bergambar jer tak sudah-sudah..

Aku pun tanpa sedar meninggikan suara. Aku ambil semua barang kirimannya termasuk nasi dan lain2..kuhulurkan kepadanya..dah..ni ambik..belajar tu..ibu nak balik..ayah dah la tak ada...ibu letih tau adik...semua ibu nak buat..ibu tak larat..nanti kalau ibu tumbang.. masuk hospital baru adik tau..ibu ni sorang2 je di rumah tu...

Deeha..menolehkan mukanya memandang ke luar tingkap. Dia tak anjakkan dirinya..tangisan mula kedengaran..herm..nape adik nangis pulak...tanyaku..dan suara sebak Deeha keluar..hermmm..nape ibu kata adik tak belajar...adik belajar la ibu...dan esakkan terus menelurusi bibirnya. Airmata deras turun..dan .buat aku tak tertahan mendengarnya dan aku peluk Deeha seeratnya...

Bukan ibu kata adik tak belajar...ibu kata jangan sibuk lah pasal kamera dan nak bergambar tu..periksa dah dekat..adik kene belajar..nanti adik nyesal..dan getaran suara mengatasi segala-galanya..Deeha tambah kuat esakkannya dan aku pun menyertainya..mencurahkan perasaan dan isi hatiku..yg sangat sepi dan sunyi akhir-akhir ini. Banyaknya kerja..buat aku penat dan merasakan bahawa tiada kehidupan lagi selain berulang pergi dan balik ke kolej..ada  kala sampai ke malam..

Aku peluk Deeha sampai tangisannya reda dan aku pun memujuknya supaya terus berusaha demi masa depan. Aku minta maaf dan dia mengangguk..aku tak sengaja mahu memarahi...tapi entahlah ye..sebenarnya banyak sangat benda yang bersarang di dalam hati.

Ibu tak marah adik kan?..ibu janganlah marah adik...tanya dan pinta Deeha..aku mengangguk..dan mengusap airmatanya..memeluknya sekali lagi dan dia tersenyum sedikit..cukuplah pengubat rasa...dia turun dari kereta setelah banyak pesanan aku tinggalkan kepadanya..dan anggukkannya cukup meyakinkan aku hatinya dah terubat...

Perjalanan pulangku  berbekalkan rasa sebak. Namun dalam sebak..rasa sedikit lapang kerana banyak yang terluahkan..entahlah ye...entah sampai bila aku boleh bertahan..hanya Allah yang menentukan segalanya. Doakan semoga Deeha dan anak-anakku yang lain akan terus dilimpahi rahmat dari Nya...amin...Ini adalah secebis coretan dalam hidupku..yang impaknya akan abadi selama-lamanya dalam hati...

Rabu, 3 Oktober 2012

nikmat dan rahmatNya..

herm,..sekarang ni sangat kurang prolifik menulis
banyak kekangan
kekangan masa
kekangan perasaan
hahaha...

aku ketawa bukan kerana seronok
kerana terpaksa mencintai keadaan dan halangan hidup
yang semakin hari semakin membenam perasaan
letih berusaha memperbaiki corak dan lakaran kehidupan
tapi keadaan tetap sama..akhirnya tiba semula ke titik yang asal

tidak bersyukurkah aku
sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada aku
nikmat dan rahmatNya yang melimpah ruah
anak-anak dan kejayaan yang berganda-ganda
kelapangan rezeki..walaupun tidak kaya mana
alhamdulillah..
cukup lah untuk melangsaikan keperluan kehidupan

entah la ye
nama pun manusia
sengaja mencari alasan
mendahulukan kegelisahan hati
sedangkan
jika direnung  yang positif itu akan lebih mendamaikan
tapi fitrahnya suka merenung kedaifan kehidupan
membuahkan hasil yang tidak boleh dipanggil hasil lagi

jadi..
di mana harus aku meletakkan diri aku ini sebenarnya...
supaya menjadi insan yang senantiasa bersyukur....
di atas nikmat dan rahmatNya...


wallahualam....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...