Khamis, 20 Februari 2014

Buang habuk lagiiii...





2014 dah pun...

Sudah agak lama tidak menulis...sangat janggal terasa.. Jari pun rasa keras je nak menaip ni...idea tak ada..tapi memang  teringin sangat nak menurunkan perasaan di sini

Haih...lelah terasa sejak berulang alik ke tempat kerja. Kereta pun semakin semput. Masih ada dua tahun lagi untuk menjelaskan piutangnya. Mohon sesangat kepada Illahi...semoga Serena tu bertahan...berbakti kepada tuannya yang semakin kehilangan kudrat ini.

Tahun 2014 ini aku jejaki dengan seribu rasa curiga. Permulaan tahun yang menggetarkan perasaan..sedikit mengguris..tetapi aku tidak mahu dan cuba mengelak diri dari bersangka buruk akan kehendak yang Esa. Dugaan bila 4 permohonan Akak untuk praktikalnya..tidak berjawab..setelah sekian lama memohon. Deeha pulak mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam Muet. Sipau...keputusan  peperiksaannya kurang memberansangkan..

Hanya tuhan yang tahu...segala-galannya bermain deras difikiranku. Setiap hari berputar dan putarannya bagai piring hitam yang hanya melagukan lagu-lagu sendu dan pilu.

Rupanya Allah setia mendengar rintihan hatiku. Minggu ni dadaku rasa lapang selapang2nya. Alhamdulillah..Akak telah mendapat tempat praktikal di Ipharm USM ..tempat LI yang diidaminya...bebaloi sungguh menanti dan berdoa. Deeha pulak membawa perkhabaran yang menggembirakan..apabila dekan mengumumkan bahawa Muet tidak akan diambilkira dalam pemilihan kursus di peringkat ijazah dan mereka tidak dibenarkan memohon UPU..bermakna secara automatis pelajar2 asasi alam bina akan melanjutkan pelajaran  di UM di peringkat ijazah...cuma belum ditetapkan kursus dan menurut Deeha kemungkinan dalam bidang arkitektur atau quantity surveyer atau estet management. Deeha pun pernah  berkata..dia redha sahaja mana-mana kursus yang ditawarkan..

Angah pulak telah melepasi satu tahap kritikal ...speaking test german ...slip dari university of cambrige telah tiba..alhamdulillah...menanti ketibaan trial exam seminggu dua lagi dan in shaa allah ...aku akan terus berdoa

Sipau..perlu banyak usaha untuk bangkit semula...terlalai kah...atau sengaja melalaikan dirinya...hanya Allah yang tahu. Aku akan berusaha menghantarkan ke kelas tuisyen. Aku percaya Allah akan bersamaku di mana jua berada...mendengar pohonku untuk anak-anak yang dikasihi...

Suamiku..alhamdulillah..walaupun warded semalaman...dalam keadaan sihat. Cuma rutin memakan ubat harus diteruskan untuk kesinambungan kehidupan ini....

Herm...kesihatan aku..macam biasa...ada dos ubat yang harus ditambah. Aku seperti aku yang dulu...redha menerima segala cabaran mendatang. Selagi bernyawa...selagi mampu...walau harus bertongkat...akan cuba kuselamatkan kehidupan, harapan dan cita-cita anak-anak yang sangat kukasihi. 

Yang aku pohonkan semoga dibukakan semua lorong kemudahan untuk anak-anakku mengharungi kehidupan kerana KASIH SAYANGKU terbina hanya untuk mereka....amin....


Sabtu, 31 Ogos 2013

countdown...


Inilah tempoh kritikal buat aku...membilang hari..membilang detik..tinggallah aku seorang diri..siang berganti malam..malam berganti siang.

Akak akan balik ke trengganu 5 September...setelah begitu lama bersamaku..makan, tidur dan ketawa bersama. Berkicauan bercerita..membuntuti aku ke ofis sekali sekala..asyik berderaian dengan senda dan gurauan.

Deeha pun bulan Oktober baru kembali...begitu juga Angah. Sipau pun balik sebulan dua kali...suami seminggu dua kali...kesunyian bakal menjemputku.

Hermmm...aduhai perasaan..silalah bertenang...ada DIA disisimu...ada kesepian yang memberi banyak ruang untukku berduaan dengan Nya...memohon keampunan akan dosa-dosa masa lalu..merayu restu..berkati anak-anakku ini semoga berjaya melayari cabaran kehidupan yang bertalu-talu datangnya...

Ya Rabb...hanya diKAU yang tahu perasaanku...yang sedang menanti dan membilang hari...berilah aku kekuatan...amin...

Ahad, 18 Ogos 2013

PELIHARALAH MEREKA...


Aidilfitri 2013 diraikan agak hambar kerana mak baru sahaja meninggalkan kami..mak dan abah mertua juga tidak sihat...nampak terlalu uzur. Kami cuma beraya di dua rumah sahaja...satu sebelah aku dan satu lagi sebelah suami.

Sejak Ramadhan ada badai melanda...membawa ke Syawal...namun aku fikir..dugaan Allah tertuju buatku yang sangat kerdil ini. Dek selalu teruji aku dah jadi mangli...sangat2 mangli.. Sesungguhnya redha lah aku...amin..

Foto kami sekeluarga dengan abah yang kini sendirian dalam usia menjelang 80. Alhamdulillah abah masih sihat..masih boleh menguruskan diri. Drive ke sana dan ke mari. Anak2 aku kasihkannya...terutama Along..Apa sahaja nasihat atok disimpan baik2 di benaknya. Ramadhan berjaya dihabiskan bersama atok yang sangat dikasihinya...alhamdulillah.

Diharap Syawal akan datang masih ada lagi foto seperti ini. Kami bernasib baik kerana Sipau sangat berusaha untuk merakamkan memori2 indah bersama keluarga. Bila aku renung foto ini..kelihatannya anak2ku sudah semakin dewasa..sebaya nampaknya...dan bila memikirkan jauhnya mereka dariku.. hati mula menangis...terbitlah kerinduan..kegelisahan naluri seorang ibu menimbuni ceruk hati.

Ya Allah..hanya padamu kuberserah..peliharalah mereka Ya Allah..sesungguhnya aku tidak mampu..sesungguhnya aku tidak berdaya..amin...

Selasa, 30 Julai 2013

TAKDIRKU....


IZINKAN AKU MEMBAWA HATI INI PERGI.....
WALAU SEPARUH DARINYA TELAH MATI...
SUDAH TAKDIRKU BARANGKALI...

Khamis, 18 Julai 2013

HANYA DIA YANG MENGERTI..d'agriosss..



















Kalam dimulakan dengan salam takzim..terasa jugak rindu bila dah lama tak menulis..

Dah seminggu berpuasa..herm..kali ini terasa sangat letihnya. Mungkin faktor umur..mungkin kerana ubat-ubat yang aku buat pencuci mulut setiap hari,..dan sekarang ni pun kepala sarat dengan kerja yang bagai tiada penamatnya. Haihhhh...terasa macam nak berpencen esok atau lusa, Tapi bila fikir jauh...kalau pencen..dah tak de duit la pulak..sedangkan anak-anak sekarang memerlukan...sangat-sangat memerlukan.

Alhamdulillah..buat masa ini..Along. Angah n Alang..tak mengadu masalah tentang pelajaran. Cuma masalah berkisar pada anak bongsu ku Sipau...entahlah... habis ayat dah..buat penat bercakap..tapi tak beranjak seinci pun..Tersangatlah sabarnya dia menerima ugutan dan cabaran daripada aku..selamba..dan semakin lama aku pun semakin malas nak bercakap..kerana Dr Fadzilah Kamsah pernah memaklumkan supaya pujukan untuk anak-anak ini perlu 200x...ini dah lebih 2000x..tak jalan jugak. Usaha terkini..cuma lah solat dan solat..mohon Allah bukakan hatinya untuk study..amin..

Oh ya..foto-foto di atas...bagai selalu..aku abadikan di sini..coretan peristiwa saban semester. Juga alhamdulillah pasukan kami D'Agrios menempa jaya yang memang tidak terduga. Perancangan Allah adalah sebaiknya untuk kami semua. Tahniah aku titipkan buat anak-anak yang berusaha siang dan malam untuk memastikan kemantapan persembahan. Apa pun berkali-kali aku ingatkan anak-anak ini..kalah dan menang di tangan tuhan..kalau tidak berjaya pun biarlah kalah  bermaruah...

Kemanisan kejayaan yang tercipta sama-sama dirasai..berkat kekuatan kepimpinan pasukan dan usaha 6 kumpulan iaitu kumpulan koir ketuhanan, pentomin penglipurlara, sorak sensasi,rekaan fesyen, citrawarna dan dendang lagenda  Aku hanya sebagai pembimbing..touch up sikit-sikit..supaya nampak cantik dan teratur. Idea asal hak masing-masing. Segalanya mendapat kerjasama di persiapan terakhir kerana anak-anak ini tidak punya banyak masa..sibuk dengan study masing-masing.

Setelah aku fikirkan dalam-dalam..sedikit penambahbaikan perlu dilakukan. Aku fikir mahu berundur sahaja dari arena ni dan bergerak solo. Buat aktiviti sedikit ringan. Markah kerja kursus on dan aku tidaklah penat berulang sehingga kesihatan aku pun turut terjejas kerananya...win-win situation kata orang..hehe.. Aku harap rakan seunit akan memahami..ye laaa..sejauhmanakah oranglain faham masalah kita...hanya allah sahaja maha mengetahui.

Akhir kalam...sesungguhnya susahnya menjaga hati insan lain...walaupun kadang-kadang alahnya banyak dari pihak kita...hanya Allah tempat terbaik kita bergantung...hanya DIA sahaja yang mengerti...amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...