Jumaat, 26 Jun 2009

MARATHON...FIZIKAL DAN MENTAL..

Hari ini serasa menjadi juara marathon. Seawal 8.50 pagi sudah berada di dewan banquet. Pertandingan koir antara kelas. 6 kelas. Saya sebenarnya tak prepare mental dan fizikal menghadapi tugas ini. Banyak yang tak prepare...borang penghakiman...borang kehadiran dan setting tempat...APA sistem...kononnya saya nak sedekah hadiah kat bebudak ni...kerana fikiran saya berkecamuk dengan tenaga yang sangat minima adanya..Gambar sebelah ni semasa anak-anak didik saya sedang menunggu APA sistem dibaiki...kesian..dan saya mengambil peluang mengambil gambar mereka...kebetulan...group nakal ni yang jadi johannya...

Hari Rabu yang lalu bapa saudara saya telah kembali ke rahmatullah. Saya pernah berkisah tentangnya yang kesedihan di hospital dengan anak-anak tak datang-datang menjenguk sampai ke petang. Akhirnya dia telah pergi... dan kelihatan anak-anaknya yang berdua tu menangis sakan. Yang sulung tu memang sayang pada ayah...yang bongsu tu...hanya allah yang tahu.
Kami bertolak dari rumah selepas subuh dan tiba jam 11.30. Jenazah dah siap dikafan dan disembahyangkan...cuma menunggu kehadiran kami sahaja. Saya sempat juga bisikkan di telinga arwah walaupun saya tahu dia tidak mendengar lagi..atok...berehatlah...dan saya tak dapat menahan airmata lagi mengenangkan kesepian yang ditanggungnya selama ini...sungguh...saya tidak tertahan. Di kuburan saya sempat juga bisikkan pada anak bongsunya...ayah dah pergi...sudahlah ..jangan menangis lagi..tak ada gunanya...ayah dah tak ada lagi...Kami tiba ke rumah semula hampir jam 1.00 pagi..huh...letih ...tapi saya teramat bersyukur...allah memberi kemudahan kepada kami dan sempat saya bertemu dengannya buat kali terakhir..

Kelmarin tiba pula sms Aunty Pozi juga dah nazak. Kedua-dua buah pinggangnya dah tak berfungsi. Saya benar-benar terkedu dan masa tu tengah drive balik dari Alor Setar.. baiki setting telefon baru saya...masih pending lagi sampai ari ni...geram jugak. Alahai...menggigil tangan saya..hari pun dah senja masa tu. Tengahari tadi biras saya call kata...memang dah kritikal dan aunty tak kenal siapa lagi...saya pun tak tahu mengapa...apa hubungan saya dengan dia sebenarnya...perasaankah...minatkah...kasih sayangkah??? dan saya menangis di singki dapur sambil memasak. Badan pun sangat letih mungkin... setamatnya koir saya shopping ration anak-anak dan balik terus memasak. Hubby beli durian dan teringat akak teringin
makan bubur durian.. masak...dan dia nampak tersangat seronok...saya???...macam nak pengsan rushing sana sini. Balik... terus ke Jitra jumpa Alang pulak..
What a day...marathon mental dan fizikal...

Sabtu, 20 Jun 2009

BUAT SI MANJA ....

Esok 21 JUN 2009 adalah Hari Bapa...selamat menyambut hari bapa buat semua semua yang bergelar bapa...tak kiralah ...sama ada yang telah lama menyedari atau baru menyedari dia adalah bapa...hahaha

Bukan nak perli sesiapa tetapi banyak juga contoh sang bapa yang anaknya berbinti dan berbinkannya tapi ketokohan dan komitmen sebagai bapa tu tiada langsung. Tumpang nama je.. kata orang. Diharapkan segeralah sedar bahawa tanggungjawab sebagai bapa sangatlah besar dan amanah allah paling besar di dunia mahupun di akhirat kelak.

Si bongsu dan saya ajak hubby ke Alor Setar kelmarin. Sempena hari bapa kami berdua belikan hubby sepasang kasut...Clarks ooo...tapi setelah discount le...kahkahkah. Kesian kat hubby saya. Dia bukan pandai beli berpasang-pasang kasut macam orang lain. Kasut ke..sandal ke..baju seluar ke...kalau tak paksa beli dan ganti ...tidaklah...dan kadang-kadang saya belikan siap jahit kaki seluar lagi...

Kelmarin kami ajak pergi beli kasut. Nasib baiklah dia nak ikut kami..tapi macam biasa...sepatah dua je perkataan dari mulut dia. Bila pergi beli kasut..saya rasa macam bawa anak ke kedai kasut..kena tolong belekkan..bila pakai dia asyik kata nampak panjang kaki dia padahal kasut tu dah semuat kaki....siap dia beli stokin lagi..takut tak padan. Mana tak nampak panjang...dia pakai jeans...kaki seluar jeans kan kecil sedikit...hem...pening gak. At last setelah survey beberapa kedai dapatlah kasut tu..saya dan si bongsu puas hati..ishh...susah betul jaga bapa manja yang lebih manja daripada anak-anak ni...

Apapun dah tertunai niat saya nak belikan sesuatu buatnya dengan duit tunggakkan saya dan sesuatu sempena hari bapa. Saya beli apa? Seutas jam tangan dan teringat nak beli handset baru kerana LCD handset lama ni dah rosak (nampak tak garisan halus kat foto tu...buat foto macam terpotong..spoil betul..). Nak baiki... seratus lebih...baik beli baru..hahaha. Alasan je tu....Anyway SELAMAT HARI BAPA buat hubby saya dan semua yang bergelar bapa di luar sana....hei...tak sabar nak beli handset baru ni!...sempena hari bapa gak...tatitu...

Rabu, 17 Jun 2009

AMPUNILAH...



Hati terasa sayu...tersangat sayu...tak terbendung lagi. Tiba-tiba teringin nak dengar semula Alunan Zikir dan Doa oleh Munif Ahmad yang saya download tahun 2006...Doa Taubat yang panjang tapi saya tak pandai nak menulisnya...cuma terdaya buat petikan pada akhirnya sahaja..

....
Tuhanku aku tidak layak...
untuk syurgamu...
tetapi aku tidak pula mampu menanggung...
siksa nerakamu...
oleh itu kurniakanlah...
ampunan kepadaku...
ampunkanlah dosaku..
sesungguhnya...
engkaulah pengampun
dosa-dosa besar.

Sepanjang hidup banyak berbuat dosa kepada kedua orang tua, suami, anak-anak dan mereka yang sangat saya kasihi. Sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang tidak sunyi daripada berbuat dosa dan Allah terus menduga saya tanpa henti. Ampunkanlah ya allah ...ampunkanlah dosaku....

Jumaat, 12 Jun 2009

TANDA MATA, HATI DAN JIWA...

Salam dari Tanah Suci ...96659182741..19.11pm... 11 JUN 2009
...13.33pm...12 JUN 2009

Diterima daripada rakan saya yang mengerjakan umrah di Mekah. Tanda mata dan hati...yang alurnya menuruni lembah keharuan di jiwa...akan disimpan dan takkan saya lupakan sampai bila-bila...entah bila saya dapat menjejakkan kaki ke sana...entah bila...

Rabu, 10 Jun 2009

PUTERAKU SAYANG...

Newly inserted....happy birthday sayang...
Alang dan Angah bagaikan saudara kembar...

Sweet memories like strawberries....

Bukan senang nak tengok Angah ketawa besar begini tau...

Angah yang dikasihi...

Esok ulangtahun angah yang ke 15. Serasa baru semalam ibu melahirkan seorang putera yang terlalu ibu idamkan...kerana ibu sendiri tiada saudara lelaki. Perempuan keempat-empatnya.

Melahirkan angah sempena Maal Hijrah...11 Jun 1994 pada jam 4.25 minit pagi... lewat daripada tarikh jangkaan adalah saat-saat yang sangat mendebarkan. Lahir tanpa tangisan dengan jururawat yang ketiduran di labour room amat menakutkan...Angah ibu lahirkan masih 'bersarung' dengan uri yang sangat besar...seberat 3.75kg...kulit hitam seperti lumpur di sawah..kekadang teringatkan peristiwa itu ...gelihati...kekadang terasa sayu...

Menjagai angah tiada masalah. Menangis jarang sekali...sehingga jiran bertanya...dia tak pernah menangis ke?. Kalau kembung perut pun sekadar mengilas kaki...sering membuat ibu bimbang..ye lah..tak menangis...sakit ke apa? Hairan juga. Tiada angin tiada ribut..tiada apa tanda...tiba-tiba keluar dari walker terus berjalan dalam usia 9 bulan...

Paling menyayukan ibu ialah angah memang tak kenal susu formula. Ibu bukan tidak mencuba...puas pelbagai jenis susu formula. Masih tak tertelan...asyik buang ke tong sampah...sedangkan pada masa itu keadaan kewangan sangat terhad kerana ayah masih belajar. Menanti kepulangan ibu untuk menyusui jam 10 pagi dan menanti sehingga ibu pulang jam 2 petang setiap hari. Ibu peluk erat setiap hari...seerat-eratnya.

Paling memeritkan ialah apabila ibu disahkan mengandungkan Alang pada usia Angah baru berusia lapan bulan. Tetapi rezeki , ajal dan maut di tangan tuhan dan ibu amat percaya yang allah akan memberi jalan penyelesaian masalah sebaik mungkin. Ye lah...ayah masih belajar...anak makin bertambah.

Angah demam seminggu tatkala Alang dilahirkan. Takut mendekati adik.. dan merenung adik bagai melihat makhluk asing... Berkerut di dahi dan selalu sahaja jadi bahan usikan rakan-rakan ayah. Anak hang ini pagi-pagi dah berkerut dahi dok pikiq masalah negara ka? Tetapi ibu tetap berbangga dengan anak ibu yang asyik berkerut dahinya itu kerana hingga kini tidak pernah mendatangkan masalah.

Anakku...
Terima kasih ibu ucapkan kerana menyinari dan menyuluh semangat buat ibu, ayah, akak dan adik-adik. Angah memberi semangat besar buat ibu untuk terus hidup...walaupun pada awal Angah di asrama ibu kerap menangis mengenangkan angah yang jauh di mata. Terasa amat rindu..rindu yang tidak terucapkan.

Harapan ibu ...anakku yang dikasihi...belajarlah bersuara...meluahkan perasaan... kerana membalas kata-kata dengan senyuman boleh menimbulkan pelbagai spekulasi. Suka..tidak ...perli atau apa?. Ibu pun kekadang keliru.

Sempena ulang tahun Angah yang ke 15 ini...ibu titipkan kasih buatmu..belajarlah bersungguh-sungguh..kerana untuk hidup sempurna .. ilmu harus dijadikan landasan. Sesungguhnya ibu sangat-sangat berbangga dikurniai putera sepertimu yang senantiasa mengerti perasaan ibu...masih sudi menciumi dan memeluk ibu walaupun di mana berada...terima kasih sekali lagi buat anakku yang dikasihi..Tough time will never end...hahaha...jaga baik-baik jam tangan odm tu tau !..Luv u my dear....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...