Ahad, 30 Mei 2010

KAKI

Kaki aku terasa semakin berdenyut petang tadi.. dalam beberapa hari ini aku terpaksa sembahyang duduk sahaja. Entah kenapa..aku pun tak tau. Dah seminggu rasa macamni..mungkin sebab kasut..haih..nak beli kasut baru pun budget tak de...

Petang tadi dalam perjalanan pulang dari hantar Deeha ...aku memikirkan kaki yang sakit ni ...macam biasa aku aku mula galak mengimbas...mengenang masa kecil dan remaja aku..sangat nakalnya..hidup bebas..berlari merentasi kampung dan kawasan perumahan murah kami. Hidup sederhana..tetapi aku tak pernah fikir ape-ape yang negatif dan buruk. Yang aku fikir seronok..ke sekolah..berkawan dan bersukan...segala jenis sukan..jatuh ...aku bangun semula. Tulang kering diketuk kayu hoki ..bengkak ketotong..aku sorok di balik kain dan seluar panjang..hem..sampai sekarang tulang kering aku berlekuk..tak siapa tahu. Dilenyek tayar kereta..aku tak pernah cerita kepada emak dan abah...sampai sekarang...emak pun dah lama meninggalkan kami....takut dimarahi kerana aku yg salah...berlari merentasi kereta. Makcik bawa kereta tu panik..aku lagi panik dan selamba berjalan pergi. Bengkak ketotong juga..sampai sekarang berdetup detap bunyi bila digerak-gerakkan. Kaki yang sama..kanan ni lah. Mungkin itulah punca sakit sekarang..dah tua..baru terasa...

Selamat melahirkan puteri sulung...dua minggu aku tak boleh berjalan...berpeluh abah melihat aku balik ke kampung kerana sepatutnya aku berpantang di rumah mertua sahaja. Tersilap urut dek bidan. Mak mertua aku risau..takut kami terlanggar pantang ape-ape..dia hantar aku pulang ke kampung...kaki aku yang sebelah kanan ni jugak tak boleh diangkat..terpaksa dipimpin ke tandas ke mana...sampaikan nak pakai underwear pun terpaksa suami aku bantu...terdetik juga di hati..akan lumpuhkah aku? Tetapi macam biasa...kebalnya perasaan aku..makcik aku menangis tengok aku...berpeluh-peluh melihat aku terbaring..tapi aku masih bertahan..."tak pe Ateh..nanti ok la tu"...redha di hati. Bidan Wan Simah dipanggil..hanya dengan doa dan sapuan di kaki dan perut..alhamdulillah aku pulih...Namun selepas peristiwa itu..setiap kali dalam pantang...aku terpaksa cari dinding untuk bertahan...kaki aku ni..tak kuat lagi...

Rupanya..segala kesakitan itu kembali lagi menjengah...tanpa menunggu aku bersalin lagi...
Wan Simah telah tiada di dunia ini..
abah tiada di sisi..
suami sibuk setiap hari...
anak-anak berpergian jauh 'mengaji'...
yang tinggal hanya aku di sini...

memikirkan seterusnya..
apa yang akan terjadi lagi..
dalam hidup yang bersegi-segi ini..
aku termanggu sendiri...
tanpa airmata lagi..
hanya sepotong pertanyaan di hati...
bagaimana seterusnya ...akan aku harungi hidup ini?

Khamis, 27 Mei 2010

M.A.K. ANGAH

Jam 8.30 kami berdua dah sampai ke Sek. Men. Sains Syed Putra Kangar...menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Angah. Sesampainya di sana kami mengambil seat di tepi dewan..supaya lebih jelas nampak nanti. Beberapa minit kemudian Angah datang dan menciumi aku dan ayahnya. Ini kali kedua dia menerima anugerah sejak berada di sana...alhamdulillah.

Majlis berjalan lancar...ringkas tetapi menarik...terutama part koir dalam pelbagai bahasa yang disertai oleh pelajar menengah rendah. Aku ambil gambar..tetapi kelabu la pulak. Sebab aku zoom dari awal...tak teringat nak crop je...gambar lebih ok kot..

Foto yang ini pun agak kelabu...kawan Angah snap kan...apapun jadilah sebagai kenangan. Ish..Angah dapat RM100.00 ...dia nak beli ape tu? Anakku ini sangat berjimat orangnya...sampai tak tau nak buat ape duit orang bagi...sampai boleh belikan adik kasut lagi...

Apapun ..alhamdulillah..dah tamat satu fasa lagi galangan dalam hidupnya..aku bermohon kepadamu ya Allah ..peliharalah anakku ini...semoga terus berjaya dan sejahtera... semoga dapat menyumbang bakti kepada agama, nusa dan bangsa....

Selasa, 25 Mei 2010

TIDUR PUNYA PASAL...

Inilah anakku..satu-satunya puteraku...ketiduran di mana-mana jua...menjadi masalah besar buat aku dan hari ini terbukti...tekanan darah aku naik akibat tabiatnya yang asyik tidur dan tidur...hahaha..

Pagi-pagi lagi..lebih kurang 8.45 pagi aku dah sampai ke KMC untuk check-up..sejuknya aircond di KMC hanya Allah yang tahu. Kebiasaannya doktor akan tiba jam 9.30 pg. Giliran aku yang keenam...jadi aku asyik berulang ke toilet dan sebelum pergi aku terus berpesan...Angah..tolong dengar kot nurse panggil ibu..aku berpesan setiap kali pergi dan setiap kali aku pulang ke seat aku dapati dia tertidur...oh..ya..aku bawa dia kerana aku aku ambil balik dari asrama kerana disyaki kena kayap..jadi aku nak bawa ke klinik Hj Aiyaz..memang terkenal di Alor Setar.

Nak diJadikan cerita aku tunggu sampai dekat jam 11.30 pg..tak panggil-panggil..aku fikir dr Riduan kot ada kes..akhirnya aku bangun dan masuk tanya nurse...ya Allah...rupanya dia dah cari dan panggil aku tapi tak jumpa. Kesimpulannya...memang Angah tak sedar kerana dia asyik tidooo...ishishish..nak marah pun ada...gelihati pun ada..dr. pun kata dia heran aku ke mana kerana giliran aku no.6..tak masuk pun...check tekanan darah naiklah sikit dari biasa dan dr pun share ketawa kisah anak aku ni sambil dia bercerita kisah anaknya yang masuk ke matrikulasi di Penang.

Akibat dah jam 12.00..aku minta kaunter ubat hold ubat aku kerana terlalu ramai orang menunggu dan aku bawa Angah ke klinik dulu. Nasib baik tak ramai orang...masuk dan jumpa drnya..dah berumur..janggut putih pendek..wajah..pakistan..sangat friendly..jemput duduk dan tanya apa masalah dan suruh Angah buka baju...dia mula bicara..(seat satu..jadi aku berdiri je la)

ye...kenapa ni?

anak saya ni kena kayap kot..

ok..buka baju...dan dia tengok semua tempat tu..
hem...mana kiri mana kanan?

sini kiri..sini kanan

sambil mengangguk dia terus bertanya dua kali..

kayap akan jadi sebelah tempat sahaja..tapi adik jadi dua-dua belah..betul?

haa..(aku Angah sambil mengangguk)

kayap kalau jadi dua-dua belah mati tau...sekarang beritahu saya..adik mati ke hidup?

hidup..jawab Angah sambil senyum simpul

jadi ini bukan kayaplah..dia ketawa...

ok...pakai naju dik..tak makan ke ...nak tunjuk ape?..kurus je nih...
nama adik..Haziq ye..nama anak saya pun Haziq tapi Hazik.
mana yang betul dr? tanya aku...
sepatutnya Hazique...baru sebutannya betul...anak saya dulu dia orang tulis k dihujungnya...maksudnya baik ni dik...
adik sekolah kat mana?

sekolah sains syed putra

kat mana tu?

kat Kangar

darjah berapa sekarang?

form 4

saya tanya darjah berapa?

tingkatan 4

saya tanya darjah berapa?

darjah sepuluh..

haaa...baru betul
baguslah tu ...dua kali tanya dah boleh jawab..ada yang sampai sudah tak boleh jawab
PMR..adik dapat berapa A ?

8A

bagus...adik boleh baca tulisan jawi tak?

boleh! (Angah jawab dengan yakin)

cuba baca ni..

Angah merenung potongan ayat tulisan jawi di atas mejanya..lama jugak..tapi tak dapat-dapat..aku tumpang baca..make no sense...dalam arabpun tak bawa makna..hanya dihujungnya ada perkataan doa'..dia terkekeh ketawa.

tak boleh ke dik?...ni bahasa urdu..hehehe..doa ni untuk mereka yang selalu susah hati dan orang yang banyak berhutang...

laaa..patutlah tak dapat aku nak agak cara menyebutnya tapi yang menyentuh hatiku...macam dia tau aku ni selalu je susah hati..masa tu macam aku nak minta je doa tu..tapi malu pulak...

adik...nabi kita yang pertama siapa?

nabi adam..

bukan adik...nabi muhammad..kita orang Islam betul tak dan nabi kita nabi muhammad..
nabi kita yang terakhir?

Nabi Muhammad SAW

sembahyang subuh berapa rakaat dik?

dua rakaat

haaa...betul...dan Nabi Muhammad SAW sembahyang subuh dua rakaat dan Allah menyuruh umat manusia ini mengikut suruhan Nabi Muhammad SAW... dia sembahyang subuh dua rakaat dan kita kena ikut...
hahahaha...ok lah dik...adik akan berjaya insyaallah...ish...nanti orang kat luar marah pulak..ok..la...nak cuti ke?

Angah menggelengkan kepala...

Ok..thats good...dia tersenyum lebar

sebenarnya badan dia kene apa ni? teringat pulak aku bertanya

kene binatang...(ulat la maksudnya)

Terima kasih dr...kata aku sambil ketawa kecil

Dah ambil ubat aku bergegas pulak ke KMC semula nak ambil ubat aku...Angah mengeluh kecil...letih menunggu di sana dan di sini...nasib baik...ubat dah sedia di kauter dan kami pulang. Sipau aku minta hubby yang ambil...tak sempat.

Dalam perjalanan aku tersenyum sendirian..tak pernah aku jumpa dr macam ni...rupanya ...lebih banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu daripada yang kita tahu di dunia ni...walaupun benda yang ditanyanya mudah..tapi tricky jugak...Aku dok tazkirah kat Angah dalam kereta...suruh dia berusaha dan belajar bersungguh-sungguh dan tegaskan bahawa banyak ilmu di dunia ni yang perlu kita pelajari untuk menjadi insan yang pandai dan berguna...aku terus bercakap dan bercakap sampai ke Jitra...dan Angah berdiam diri je...aku fikir tentu dia sedang memikirkan apa yang aku cakap...

Sampai kat trafic light hampir di Jenan ..aku toleh ke kiri...rupa-rupanya aku bercakap sorang tak tau dah berapa lama...kerana dia tidur dan terus tidur...alahai...penat je bercakap...hanya Allah yang tahu....

Ahad, 23 Mei 2010

DEKAT SERASA JAUH


Tersentuh hati baca blog Ummi beberapa minit yang lalu...terasa menyelinap ke segala pelusuk dan ruang sanubari aku..anaknya dah mendaftar masuk ke UIA mengikuti kursus Asasi Kejuruteraan. Aku doakan semoga berjaya.

Aku renung-renung dalam diri sendiri...Ummi dah ada dua anak yang berjauhan darinya..aku..tiga..dan Akak dah kembali ke pangkuan..namun dekat serasa jauh...entah kenapa aku terasa sangat hari ini. Mungkin Akak tidak jengok muka kat cubic hari ni kot ..minggu lepas..tiap-tiap hari dia jengokkan muka. Rasa kehilangan pulak...tak nampak senyuman dia hari ni...

Aku tengah mengadap laptop ni..rasa airmata nak luruh sahaja...aku sebenarnya sangat takut...mengalahkan Akak. Takut...mempertaruhkan harapan...kerana aku sendiri tak dapat mengagak setakat mana kemampuannya menghadapi pelajaran di sini..setakat mana dia boleh bersaing dengan pelajar-pelajar lain...hem..entahlah..macam-macam aku fikir setiap hari... sampai termimpi-mimpi.

Jumaat lepas kami dah shopping buku rujukan ..bolehlah nak ganti bantal kalau bantal tak de...hahaha....kami sama-sama pilih dan aku bincang dan sembang pulak dengan tuan punya kedai secara terperinci kandungan buku ... pro dan kontra pilihan buku-buku tu. Macam aku yang nak study...sampai hari ini aku terbayang ion negatif yang berwarna hijau dalam buku chemy tuh...hehehe..hem...seronok pulak rasanya.

Apapun...aku terasa semakin hari hati aku semakin dekat dengan Akak...dia pun semakin hari semakin manja...asyik..mama! ...sana sini (memang anak-anak aku ada masa panggil mama ada masa panggil ibu).... Cuma bak aku kata tadi... hati aku semakin hari semakin dekat dengannya..tapi terpaksa pulak berasingan tempat tinggal...dekat serasa jauh je lah..huhuhu

Sabtu, 22 Mei 2010

INBOX....

Salam.interviewed 7 candidates
from matrik kedah.knows and love
dinamika lecturer pn. noorlida.congrats

20 may 2010 11:12

Still in my INBOX..bila dibaca hati tersentuh...thanx untuk anak-anak itu dan tidak lupa untuk pengirimnya juga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...