Jumaat, 30 Julai 2010

WHERE DO I BEGIN...


where do i begin
to tell the story
of how much pleasure love can be
the sweet love story
that is lower than the sea
the simple truth about the love she gave to me
where do i start

with her first hello
she gave me meaning to the empty world of mine
that never be another love another time
she came into my life
and make the living fine
she fills my heart

she fills my heart
with a very special things
with angle songs with wild imaginings
she fills my soul with so much love
that every where i go
i never lonely
with her along
who could be lonely
i reach for her hand its always there

how long does it last
can love be measured
by the hours in the day

i have no answers now but this much i can say
i know i need her till the stars up and away
and she'll be there

~andy williams~

Kebelakangan ni aku asyik buang masa dengar lagu nih...menghayati liriknya dan susunan lagunya yang mengasyikkan..yang sering kedengaran dari music box. Aku tak ingat tajuk lagunya..cuma tahu yang lagu ni wujud dah lama..mungkin sebelum aku dilahirkan lagi. Entah macamana suatu hari tu aku terdengar lagu ni dalam hot fm...masa tu aku drive...tersentuhnya hati aku..terasa-rasa menyentuh jiwa aku yang sensitif ni..entahlah. Aku cuba salin liriknya di sini ..tak tau lah..mungkin ada kesilapan di mana-mana..

Lagu ni adalah OST Love Story ...aku tahu tajuk dan dari filem mana pun setelah bertanyakan sahabat aku. Dia kata lagu ni memang indah dan sedap didengar..aku ingatkan Frank Sinatra yang nyanyi..aku type masuk masuk nama frank..tak keluar lagunya pun di 4 shared.com tu. Beberapa hari aku cuba..akhirnya aku mengalah..dan aku bertanyalah...

Aku tak dapat nak mengusir keinginan aku mendengar lagu romantis macamni..sedangkan lagu-lagu mendayu ini ...seperti yang pernah saya tulis dahulu hanya boleh merosakkan jiwa..mengheret kita ke ambang kesedihan dan kekecewaan...dan aku akui..tiap kali aku dengar lagu ni ..aku terasa sedih..terasa begitu kecilnya diri aku..kerana setahu aku tiada insan yang pernah ungkapkan kata-kata seindah ini untuk aku..dan aku sesungguhnya teringin sangat mendengarnya..sesungguhnya aku teramat ingin...

Namun...aku mengerti tuhan tidak akan memberi semua yang aku citakan dalam hidup..ada yang terlebih dan akan ada yang terkurang. Cuma aku ingin mencatat setulusnya di sini...sekiranya anda seorang lelaki dan sudi pula membaca blog aku yang sedikit bodo ini...tolonglah hargailah seorang insan bernama wanita..lebih-lebih lagi jika dia adalah isteri anda. Isteri seharusnya menjadi penyeri hidup..namun jika hidupnya senantiasa diselubungi awan kelabu..jangan mengharapkan mentari yang cerah dan terang menyuluhi hidup anda kerana sebesar-besar dan sekuat manapun mentari ..ia akan kalah jika diselubungi awan mendung...

Aku sering berhasrat mahu mengelakkan diri dari menyentuh isu-isu sensitif gender...namun apakan daya aku..aku seorang manusia biasa yang terlalu ingin memperjuangkan hak seorang wanita. Kekadang aku sangat hairan dengan sikap segelintir...harap baca dua tiga kali perkataan segelintir itu..supaya anda tidak cepat melenting...yang tidak pernah mahu cuba memahami kehendak dan perasaan seorang wanita...sehingga ada isteri yang menjeruk rasa..berendam airmata...berdoa setiap detik dan saat dengan harapan suaminya akan berubah..memberi sekelumit perhatian..Sekelumit bukan banyak tuan-tuan..lebih sedikit dari secubit sahaja mungkin...namun pernahkah tertunaikan???...
Hasil pengalaman aku dan rakan-rakan ..baca sekali lagi..'pengalaman aku dan rakan-rakan yang bukan seorang dua' ...wujud bebeberapa persen...lelaki yang mempunyai dua perwatakan yang boleh mengharu birukan perasaan seorang wanita..Dirumah bertindak seperti patung tak bernyawa sedangkan di luar rumah boleh dianugerahkan gelaran ala-ala bintang popular gitu...terkenal...ikon rakan-rakan kerana kelembutan kata dan kebudibahasaan yang tiada ternilai..hahaha..aku terasa mahu ketawa namun ketahuilah bahawa aku sering ketawa sendiri...di dapur..dalam bilikm air..di ruang tamu..lebih-lebih lagi di depan laptop ini...mengetawakan diri dan kenyataan adanya wanita yang sering meminta-minta apa yang mungkin tidak layak untuknya...
Ketahuilah..bahawa kehidupan seorang wanita sangat kompleks sifatnya kerana Allah telah menciptakan wanita dengan segala kelembutan..hatinya..jiwanya dan terpancar melalui wajah dan matanya. Namun sekiranya kehidupannya dijadikan lapang sasar untuk diterjah dengan pelbagai cabaran yang sepatutnya digalas bersama oleh seorang suami..alangkah..menzalimi namanya tu...tidak kiranya sama ada ia berlaku secara terbuka..atau dalam diam.
Bersyukurlah anda sekiranya suri di rumah berupaya melakukan segalanya untuk anda..dari sekecil -kecil perkara sehingga ke sebesar-besarnya digalas di atas bahu dan batu jemalanya..pernahkah anda berterima kasih tatkala masakan enak dihidangkan..pernahkah anda memeluknya sambil mengucapkan alhamdulillah..isteriku ini sangat pandai mengurusi rumahtangga...pernahkah anda berbisik menyatakan betapa ringannya tugas anda kini kerana isteri terlalu banyak membantu mengurusi rumahtangga dan anak-anak..pernahkah?..atau anda tidak bersedia memberi sebarang jawapan selain menelan airliur anda sahaja...
Paling tidak ...sediakan lah sedikit ruang dalam diari hidup anda untuk menulis dan mengabadikan kasih sayang anda terhadapnya...kerana apalah sangat yang diharapkan oleh seorang isteri..hanya secalit penghargaan dan pengertian demi keinginan kewanitaan dan keibuannya ..dan di sini..aku ingin mengingatkan...isilah setiap ruang kosong yang terdapat dalam jiwa isteri anda..kerana aku sangat bimbang..sekiranya ruang-ruang kosong yang anda abaikan itu akan diisi oleh orang lain..dan pada ketika itu..jangan menyalahkan sesiapa ..salahnya datang dari diri sendiri..gunanya sudah tiada lagi...kerana kenyataannya ...that never be another love another time...jangan biarkan cinta seorang wanita dibawa pergi dan mekar menjadi perindu jalanan..jangan biarkan...huhuhu
*aku buatkan link lagu where do i begin ni untuk halwa telinga semua di ruangan di bawah Dengarkan..sila click sahaja..selamat mendengar dan hayatilah bersama...

Selasa, 27 Julai 2010

MAKEOVER...

Makeover bermula dengan acara pecah batu..
Aku ni nak ketuk batu ke..kepala aku???..aku sendiri confuse..

Ni arang..sama tak dengan aku..hihihi

Proses mengetuk lagi..kalau P.Ramlee..leh buat kopi dah ni..


Siap untuk digantung...ish..belum..mana dawai gantung tah..

Tengok..betapa melaranya pokok aku..huk..huk..huk

Dah siap!!!! yeah..esok aku buh baja..next week sure berbunga..haaahhhh ..legaaa..



Hari ni aku ada projek besar yang dah berbulan aku rancangkan..dan baru hari ini terlaksana...asyik jadi road runner je..boooo sana..boooo sini..tak sempat...

Aku sering dengar geng akrab aku yang 'giler' sikit tu cerita renovate rumah..cat rumah..buat kolam...nak buka bumbung buat loteng..memacam.. dan aku tolong sampuk sama bagi idea..sesama tolong fikirkan sampai ke rumah kekadang. Aku tumpang seronok..seronok sesangat. Tapi aku ni...hem..rumah sendiri pun tak de...yang dah siap di kampung jadi tukun je...nasib baik ada orang sewa..aku redha je lah..dah tak ade rezeki..harap-harap Allah memberi keizinan untuk aku merasa duduk walau seketika jua pun di rumah tu..duit aku 100%..dan abah topup sikit masa tambak tanah..kerana suami aku masih study waktu tu...

Bila dikenang-kenangkan memang sayu..kerana.. kalau tidak abah yang bagi semangat tentu rumah tu tak wujud pun... kerana suami aku melarang kerana katanya rumah tu kecik. Waktu tu abah nasihat aku..buat jelaahhh...duduk tak duduk lain cerita..harga rumah makin mahal bukan makin murah...tak duduk pun nanti boleh bagi kat anak-anak..kalau tidak pun duit habis camtu je..ape-ape jadi..balik je sini..rumah dah ada ..tak gaduh dah..begitu jauhnya abah aku berfikir...dan itulah sebabnya aku selalu fikir yang tiada siapa di dunia ini yang dapat menandingi abah aku..huhuhu..Nasib baiklah termasuk akal jugak kata abah aku tu...kalau tidak..sampai ke hari ini nama aku tak tertera dalam mana-mana geran rumah pun...habis macamtu je la duit aku tiap bulan...Nah bila siap..di laluan tengahnya saje boleh main badminton ...kihkih

Rumah kuarters ini.. ada la beranda sekangkang kera..sebagaimana yang pernah aku lakarkan dalam blog aku ..antara yang terawal..tetapi itu sahajalah yang dapat aku banggakan dan ceritakan kepada geng akrab aku tuh..Tetapi alhamdulillah..geng aku tu sangat memahami..selalu suruh aku fikir positif..puji-puji aku..padahal aku pun tau...tak de ape benda yang boleh diriakkan sangat tu..hanyalah satu hakikat nyata.. yang aku taksub tanam pokok cactus , orkid dan dedaun hijau kat ruang aras..kekadang rasa macam Belanda dapat tanah je..hehehe

Sejak kebelakangan ini aku pun tak tau kenapa..aku semakin malas..balik ..aku baring kejab..sembahyang..kalau rajin masak..kalau tidak ..aku make dono je..kain pun kekadang terbiar..tak berbasuh..tak berlipat..tak bersidai..kerana aku asyik adab laptop dan senyum sorang-sorang...kalau ada yang menggelikan hati..dan seolah-olah bahagia gitu...Maka terbiarlah pokok aku..minta nyawa..ada yang mati meragan..semakin lokek berbunga...kerana aku dah jarang membelai...siram pun jarang...cactus tu tak pe laaa...yang lain???

Makanya..aku bertekad dari kelmarin...hari ini nak makeover..pindahkan orkid yang dari belakang ke depan ...yang depan..aku tanam semula..buang ranting..akar dan tanam balik mana yang boleh diselamatkan..tak banyak pun yang boleh aku selamatkan...sedih aku..tapi salah aku la jugak...

Al kisah..berdentung berdentanglahlah blok P4 sejak jam 10.00 pagi hingga hampir jam 5.15 petang..ketuk bata merah dan arang..dengan sepenuh perasaan..Bila rasa marah..kuat sikit..bila cool layang-layang je..break jam 1.00 hingga 2.30...aku buang semua kulit kelapa yang dah reput termasuk tali temali jut yang unik tu..ada dahan pokok orkid itu yang aku tambatkan tali jut kerana dah putus ikatan..adik aku datang dan kata ..awat hang ni ..zalimnya..hang ikat tali ni kat dahan dia?..hahaha..aku cuma ketawa...sebab pokok tu maintain berbunga walau dah sekian lama dizalimi...pokok tu sayang sesangat kat aku kot..dan kalau nak tahu cactus aku tu dah bertahun tak berbaja kerana baja yang biasa aku gunakan tak jumpa-jumpa lagi ni....aku kan jenis taksub...tapi alhamdulillah..beranak pinak..dan kerapkali aku lupa..entah bila kali terakhir aku siram...fuhhh...zalimnya!

Aku sangkutkan terus pokok yang sihat tu di beranda..esok baru aku nak bubuh baja semula..sure pokok aku tu berterima kasih ya amat kepadaku dan bersyukur ..kerana aku dah kembali ke pangkal jalan..masih kekal mesra alam..ececeh..siapa nak puji lagi...

Tangan aku rasa sedikit berdenyut-denyut ni..dah lama kat pegang penukul paku dan parang beletong..pengang-pegang terus tak sedarkan diri. Doa aku..semoga pokok orkid aku tu dah tak marah kat aku..berbungalah sayang ...sesungguhnya tiada apa yang lebih indah dalam hidupku selain melihat hasil titik peluhku berbunga mekar mewarnai duniaku yang serba kelabu...dan bertasbihlah mendoakan ...semoga kesejahteraan melimpahi hidupku ini..huhuhu

Ahad, 25 Julai 2010

ALASANKU...


Malam dah menjelang jam 12.18..tapi mata aku belum nak lelap. Kepala aku rasa berpinar je...nak tidur tak boleh. Kesekian kalinya aku rasa begini..memang kalau terlampau letih aku takut nak tidur..trauma datang lagi..aku takut menghadapi diri rasa melayang tu..tak tau macamana nanti...Jadi aku menulis lah..kot2 rasa mengantuk datang..ni pun tengah dok nak panaskan air..nak bancuh susu..supaya boleh lena.

Aku sebenarnya sangat teringin bertemu kekawan di Kelantan...tadi bila baca blog Ummi..serasa diri melayang pergi ke sana dah..aku dah plan nak pergi hari Khamis lepas..tapi dah kawan baik aku ada hari keluarga ..tak jadi lah pulak.

Kenapa aku nak ke sana sangat? Hem...kerana aku sangat rindu..rindukan hilai tawa dan kenangan yang sering mencuit perasaan aku yang telah lama hilang dari hidup ni ..dan aku sangat mengerti yang segala kenangan manis itu takkan berulang kembali..sampai mati. Dalam usia begini..adakah semua manusia akan merasai kehilangan dan kerinduan seperti yang aku alami? Mungkin bukan semua ... entah-entah..aku je dok terkinja-kinja nih...

Ada seribu satu alasan aku ingin pergi...pertama-tama mungkin ingin sangat jumpa kawan-kawan lama aku yang ceria ..mulut bo bei..gegei 24 jam...ada saja cerita dan kisah yang boleh aku singkap. Dalam facebook pun dah cukup..dok singkap dan ulang sebut kisah pahit..manis dan kelat ..chatting pulak..dok kumbah segala manika masalah hidup kini..yang rupa-rupanya sangat sinonim sesama sendiri..sampaikan aku pun tertanya-tanya..logik ke..sampai masalah hidup pun hampir sama..ish..macam saudara kembar pulak..itulah konon dan kononnya alasan aku..nak bercerita..mengorek semua lubang rahsia yang sesama kami pendam...mana tahu...boleh sesama ditimbus..hasil konferensi gemilang itu nanti..hehehe

Keduanya..kerana aku rasa dunia ni teramat kosong...dan perasaan jahat aku sering sahaja menikam-nikam dari belakang. Suami pergi untuk seminggu ..dan yang terbayang di mataku adalah sorak sorai dan gelak ketawa..bersandaran di kerusi makan kekenyangan menikmati hidangan..merapu merapa kisah silam...dan tidur nyenyak dek keletihan, keriangan dan kekenyangan..Aku di rumah..resah...gelisah..mengatur perjalanan..esok pagi nak makan apa..nak hantar anak sekolah..tuisyen..lawati yg di asrama..haaaahhhh...segala-galanya. Aku mengerti kerja baik kalau diungkit-ungkit tidak akan membawa sezarah pahala pun.. tapi kerja dan tanggungjawab yang dibebankan kepada orang lain itu tidak bersalahkah?..Diringkas kata dua-dua kalahlah kan!..corak perhubungan manupulatif tu..merosakkan hidup sesama sendiri...Jadi makanya...cadangan aku untuk berpergian itu tidak salah..dengan harapan aku dapat merasai secubit kemeriahan dalam hidup seperti orang lain..supaya aku tidak rasa kecewa..tidak merasai ditindas dan tertekan..tidak merasa mahu mengungkit..Jadinya..aku mesti pergi....kalau bukan sekarang..suatu hari nanti..dan terus lagi dan lagi..menikmati hidup macam orang lain selagi nyawa dikandung badan...

Petang tadi setelah melawat anak Nora di hospital ..aku bawa Sipau dan Akak shopping..beli baju raya. Tak puasa dah nak raya dah...ape ke jadahnya ni??... Aku pun tak de pilihan..kena urus sendiri..kalau ditangguhkan.. aku jugak yang teruk nanti...tu..gambar di atas..mulanya nak beli 2 pasang sorang ..tapi dah terlebih beli dan budget lari RM10.00..hehehe...kira ok lah tu. Nak tergelak pun ada.. sedih pun ada...

Nak tergelaknya..bila aku perasan promoter asyik perhati aku..sebab kejap bunyi mama kat sana..kejap bunyi ibu kat sini...bunyi dari dalam fitting room..Anak-anak aku dah biasa..dah sebesar seladang pun masih bergantung..minta ibu tolong buat pilihan..dan kalau aku beli baju lagi parah..4 orang kena bersetuju..baru beli..tu dia..lagi teruk..kalau tidak.. ungkit mengungkit selagi aku pakai baju yang tak berkenan di mata mereka tu...

Akak memang trendy orangnya..suka kelainan tapi terbatas..akhirnya semua baju dia hampir kelabu..dalam sengih dia kata..mama..tema kelabu tahun ni..Sipau pulak..hem...nak yang funky..ish..segala yang berjumbai dan ala-ala korporat pilihan dia..jenuh aku bagi alasan..Akak sakit hati gak..bila salah satu baju yang dipilih Sipau dah termasuk dalam senarai pilihannya..tapi disambar Sipau dulu...hem..tak cantik pun..nampak..gemuk!..alaaa..biarlah gemuk pun..jeles lah tu!...hish...dah2..Akak cari lainlah..bukan elok sangat pun baju tu..tak sesuai sangat untuk Akak!..aku cepat-cepat coverline..takut perang dunia pulak..malu wei...

Anyway aku rasa puas hati sangat...satu kerja dah selesai..tinggal nak beli untuk Deeha dan Angah je lagi. Deeha senang..badan dia kecik..Angah pun ..cari corak yg sesuai je..dua orang tadi susah sikit..badan ala-ala aku...gedabak..susahlah ..sendat sini sana situ...Hem..untuk aku..chestnut dan air soya bean je..duit dah kering kontang!!!

Balik..terus ke rumah..sembahyang...hantar pulak charger laptop kat Angah. Sembahyang di Arau dan sampai di Changlun hampir jam 8.30 malam. Singgah makan di kedai dan sampai rumah jam 9.40 gitu..memang meletihkan dan aku dok menguap dan menguap dalam perjalanan. Aku sebenarnya bukan boleh drive malam..tak berapa nampak..bahaya..tapi aku dayakan jugak dan berdoa semoga tak berlaku apa-apa yang tidak diingini...

Tapi..sampai jam 1.30 ni..mata aku masih belum mahu lelap..aku sms suami..tak berjawab..mungkin dijawab dalam mimpi...Baju anak-anakku masih ada di situ..di tepi pintu bilik..dalam keseronokan berbelanja... terbayang keseronokan orang lain yang sama-sama memeriahkan Pacific Mall petang tadi..menyingkap dan membelek satu-satu pakaian anak-anak bersama pasangan masing-masing...tersenyum dan merungut sesama mereka..berpecah menunggu di fitting room..memastikan puasnya hati membeli..Sedangkan aku...tegang urat betis..ketuk sana..ketuk sini..ya sana..ya sini..melayani anak2 berdua itu...hati bukan sekali dua jadi sayu...dah berkali-kali sehingga tak terkira dengan jari lagi...
Sambil memandu aku bertanya dan bertanya dalam hati...mengapakah aku tidak diberi peluang berperilaku begitu...tidak layakkah aku... walau sekali dua cuma? Hem..dah jam 2.00 pagi..bila lagi nak menguap ni...malam semakin sunyi dan sepi..sesepi-sepinya...huhuhu
*ni dah jam 9.03 pagi..Sipau tak pergi sekolah..
jam berdering Sipau matikan...
telefon aku 'ter' set 6.15 pm...
buka biji mata..matahari menyuluh mesra..7.43 am...
hai...Sipau..untung ke rugi nih...?
dia berbaring semula..sambil menonton tv...tak pe la ibu...kerja sekolah adik ada 1 tak siap lagi..sambil menggomol dia...oooo...pandai budak tembam ni ye!!!..saje dia tekan mati jam dering tadi ..ishhhhhh...

Khamis, 22 Julai 2010

'KAKOM' DATANG LAGI....


Suamiku dalam perjalanan ke KM Johor untuk bersama-sama meraikan Karnival Kokurikulum Kolej-kolej Matrikulasi seMalaysia..KAKOM. Semoga dia selamat dalam perjalanan dan semoga hatinya terus berbunga..berkat dapat bertemu rakan-rakan seMalaysia dan bersorak sorai menyokong pasukan masing--masing yang bakal berhempas pulas ...tertonggang dan tertonggeng merebut gelaran dalam karnival tersebut..

Aku di sini..terpaksa menghela nafas sepanjang-panjangnya kerana bermakna aku akan ditinggalkan selama seminggu mengurusi rumahtangga yang bak Akak kata pagi tadi..first time aku dengar dan nak tergelak pun ade...ibu.. rumah ni dah jadi macam sarang tikus!hehehehe...sudut negatifnya ..menunjukkan bagaimana malasnya aku sekarang ..positifnya..maksudnya ..anak aku sudah pandai rupanya membezakan yang kemas dengan yang berselerak ...macam tongkang pecah tuh.

Asalnya..pagi tadi..aku mencari beg Adidas suamiku..nak pergi karnival mana sesuai seret beg tarik Polo kan?..mesti bawa beg ala-ala atlet gitu..jadi aku punggah dan punggah..tendang dan terajang sana sini..kerana tangan aku dah tak berkederat nak angkat beg-beg yang berat di bilik belakang tu..tak jumpa-jumpa dan aku tinggalkan semuanya bergelimpangan di situ..tu yg Akak terkejut beruk tengok..beg Adidas tu pulak rupanya ada di stor ..elok je terselit di tepi almari ...aku sebenarnya berniat nak mengemas segala yang bergelimpangan itu...setelah siapkan bagasi suamiku..saje ala-ala tunjuk perasaan kononnya.....padahal..suamiku itu jeling pun tidak...buat letih tunjuk perasaan je..kihkihkih

Hem...hari ni memang aku terasa sedikit tidak sihat..entahlah..trauma kot. Setiap kali tibanya KAKOM suamiku akan berpergian...dan setiap kali KAKOM serasa kenyiluan menyusuk ke sanubariku. Aku kan pernah cerita yang aku pernah collapse...tepat di pertengahan tempoh KAKOM berlangsung. Suamiku punyalah komitednya..sanggup tunggu sehingga KAKOM tamat baru pulang menjenguk aku yang terlantar di hospital...4 hari..3 malam dah..dengan alasan cermin kereta pecah. Aku fikir cermin depan...fahamlah aku kononnya..macamana nak drive balik...rupa-rupanya hanya cermin sisi di belakang sahaja dan sempat pula dia bertandang ke Kuala Lumpur dari Gambang untuk mencari ganti cermin kereta daripada berkejar pulang mencari isterinya yang berisiko untuk 'pergi' buat selama-lamanya...

Entahlah...ada rakan yang kata aku negatif..fikir yang buruk-buruk belaka dan senantiasa melihat dari sudut negatif suamiku..akupun tak tau macamana nak menerangkan kerana sebenarnya dalam hidup ini..sekiranya kita sendiri tidak mengalami walau sebesar kuman pun masalah itu.. kita tidak akan mungkin dapat menyelami dan merasai masalah orang lain...bak kata S.R Covey dalam buku 7 Tabiat Berkesan...empatinya...pakailah kasut buruk orang lain..barulah kite memahami masalah orang lain ..kerana kita sepatutnya melihat setiap masalah yang wujud di dunia ini menurut rangka rujukan mereka yang mengalami masalah itu barulah kita layak digelar manusia sejati.

Teori ini mungkin agak berat untuk difikirkan...jadi tak payah fikirlah..ada masa.. cari sahaja buku tu dan baca. Tetapi aku tak jamin semua orang memahami kerana aku yang cuba mati-matian nak memahaminya pun (kerana ianya isi silabus pengajaran)... puas duduk..baring..jenuh baring..menonggeng..puas menonggeng..tutup mata dan terlelap terus sampai esok pagi untuk cuba faham. Namun alhamdulillah... melalui pengalaman... aku dah pun faham...cuma persoalannya..sama ada aku nak aplikasi atau tidak aje...

Sudah empat tahun pengalaman pahit nan ngeri itu berlalu..tetapi serasa baru semalam ia pergi. Aku bukan tidak pernah cuba mengikis kenyiluan itu ...tetapi ia datang dan datang bagai gelombang... kerana kekecewaan yang terlampau aku kira. Rakan baik aku sering mengusulkan aku positive thinking aje. Andaikan suami aku sangat penting adanya..sehinggakan kalau ditinggalkan kontijen KMK tu..tiada siapa yang boleh mengurusi..kerana hanya dia yang tahu segalanya...tetapi logiknya....betul ke????

Herm...aku telah cuba dan cuba menerima hakikat sebagaimana yang terusul di atas..tetapi yang datang semula kepadaku adalah satu persepsi..betapa kecilnya diriku dibandingkan kontijen KMK di bawah pinpinan suamiku itu..seolah tanpa suamiku akan bergelimpanganlah isi kontijen ibaratnya kapal tanpa nakhoda..namun tidak siapa pun termasuk suamiku memikirkan jika tergelimpangnya aku jatuh tidak sedarkan diri pada waktu itu...ke mana anak-anakku yang masih kecil nak berpaut kerana tiada saudara mara yang boleh mengurusi...haihhh...terasa nyilu dan nyilu bagai sembilu menghiris nuraniku...KAKOM...jadi titik hitam yang tidak mungkin terpadam....

Jam 12.00 lebih kurang ...sebentar tadi..suamiku membuat panggilan..menyuruh aku isi angin tayar kereta di sebelah penumpang hadapan..dan yang terkeluar dari mulutku hanya gumaman..herm..ok...kerana tergerak di hatiku...itulah nilai diri aku di matanya mungkin...sekadar pengendali kehidupan serata-rata yang setia...fuhhhhh..letihnya menghadapi hari-hari mendatang ini rupanya...

Sabtu, 17 Julai 2010

NASI LEMAK...

My dearest...Deeha

Aku baru je selesai sarapan. Nasi lemak buah bidara..huhuhu..percayalah tu...Aku masak nasi lemak pagi ni..dah lama tak masak..Sipau sibuk teringin nak makan katanya..kebetulan semua anak-anak ada di rumah..kecuali Akak..tapi dah sampai pun.. dok ngadap nasi lemak tu...ibu..awat nasi lemak ni macam lain je?..hemm...tak cukup air sikit kot..masak tidak dengan sepenuh hati...tapi habis jugak dia tu sepinggan penuh..biasalah tu...

Sebelum subuh..aku terjaga..suamiku itu macam tak lelap tidur je..asyik terjaga aku tengok..dok tengok jam..dalam hati dah ada firasat..adalah tu..aku pulak teringat nak masak nasi lemak..cepat sikit sebab Deeha nak balik terus pagi ni kerana ada tuisyen kul 8.00 sampai 12.00. Aku bukan boleh ada benda nak fikir..sampai nak masak nasi lemak pun ..buat aku susah hati..tak lena tido..mengenangkan terpaksa berpisah lagi..huhu..lagilah...

Suamiku bangun jam 6.15....instinct aku..mesti dia nak pergi mana-mana ni...aku pun tanya.. nak ke mana lah tu?..nak p kangar..katanya...wat pe?...saje aku buat-buat bodo...main golf..dia turunkan volume...dan volume aku pulak naik...haaahhhh?...main golf !...dan cepat-cepat dia masuk bilik air...dalam hati aku tuhan yang tahu..sebab aku dah janji dengan Angah nak ke Alor Setar ..dia nak beli sesuatu untuk kawannya dan dia sendiri nak beli wallet...lama juga aku dok termenung kat birai katil..

Aku bangunkan Deeha yang sebenarnya sedia terjaga. Cepat-cepat aku keluarkan kelapa dan apa-apa yang patut dan masaklah aku...sambil masak hati terus berkata...terus bersuara...kelmarin dia tak cakap..mentally aku tak boleh dah terima keadaan macam ni..bukan aku tak membenarkan..pergilah ke hujung dunia pun..tapi maklumi awal..bolehlah aku rancang kerja aku ni...letih rasanya dan kepala aku mulalah rasa semacam je...

Pagi tadi juga..entah mengapa..aku rasa rice cooker aku macam ada problem...lambat sangat masak nasi tu..telur rebus pun susah nak dikupas..sambal pun rasa entah ape-ape...hish..aku makan ada la 3 sudu..buang dalam tong sampah selebihnya..haihhhhh...rasa macam telan sampah je..

Perasaan itu datang kerana pagi tadi..suamiku tak jamah pun nasi lemak tu...kelam kabut bersiap dan turun ke parkir kereta..Deeha dipaksa turun cepat...nasi baru kering..sambal masih dalam jerangan..akhirnya dah rasa macam masak sikit..aku sendukkan masuk tupperware dan masukkan air dalam botol disertai sudu..suruh Deeha makan dalam kereta je..tak sempat dah ayah tu pun. Aku bantu Deeha bawa barang turun ke parkir kereta dan dapati kereta tak de..mulalah hati aku bagai dibakar..baru dua tiga langkah nak naik semula..nampak kereta masuk dan Deeha dan ayahnya masukkan semua barang ke dalam kereta. Aku tunggu kat tiang tu sambil terus memerhati..entahlah sampai bilalah keadaan serabut ni boleh berubah...Deeha datang mencium aku sambil plastik berisi bekal nasi lemak itu masih lekat di tangannya..aku cium dan ciumi dia sambil berpesan..adik makan habis tau..nanti lapar pulak..belajar betul-betul..exam dah dekat..dan dia menganggukkan kepala. Sedihnya aku tengok anakku berlalu pergi dengan bungkusan nasi lemak tu di tangannya.

Deeha melangkah masuk kereta dan kereta bergerak pergi...aku tak berdaya menoleh untuk melihat kereta itu pergi lagi..yang terbayang..anakku makan nasi lemak yang separuh masak tu dalam kereta dengan lahapnya..kerana dia memang suka nasi lemak...ya Allah..nak jadi apa pada kehidupanku ini...capai di sini tak dapat..capai di sana tak sampai...

Akak dah nak balik dah tu sambil maklumi aku..ibu..Akak bungkus sikit ..nasi lemak ni na...hish..dia ni..jangan tertidur pulak si Akak ni nanti..makan nasi lemak banyak..dah lah nak exam tu...By the way ...terfikir jugak aku...nasi lemak tu yang mentah ke..atau hati aku yang mentah ni?????...hemmm...entahlahhhh....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...