Khamis, 30 Mei 2013

MAK...

Assalamualaikum..

Salam pembuka bicara hati
yang dah lama bisu dan sepi
ilham yang entah ke mana pergi
semakin hari semakin menyendiri

semenjak mak pergi meninggalkan kami
perasaan mudik bercampur baur
sesekali kesali diri
sesekali dirasuk sedih pilu
malah sesekali mengucap alhamdulillah
kerana...
dugaan ini datang bak petunjuk allah
dugaan ini datang agar muhasabah diri
dugaan ini datang bagai mengingatkan diriku yang selalu lupa
kembalilah ke jalan yang lurus
ke jalan yang diredhai

melihat wajah mak yang suci  segar cantik dan berseri
walaupun hanya bertudungkan kain kapan
terasa kecilnya diriku ini
terasa menggunungnya dosa-dosaku
terasa sangat malunya aku
terasa tiada tertanding kemuliaannya
setitis airmataku yang gugur
bak selautan khilafku di dunia

mak...
terima kasih yang tiada dapat diungkapkan dengan kata-kata ku hulurkan buatmu
kerana menjaga abah dengan penuh kasih sayang seorang isteri
kerana setiap langkahmu bersama redha seorang suami
kerana setiap tuturkatamu  penuh ikhlas jujur
kerana doa-doamu  mengiringi anak-anakku setiap kali menghadapi saat-saat genting cabaran kedewasaan dan menggapai jaya
kerana sudi menjadi tempat kami berempat beradik menumpang kasih selama 22 tahun ini..

mak..
petang tadi
abah menangis lagi
penuh sendu
hati ini sebak
kerana..
tiada lagi mak mengejutkan abah setiap subuh
tiada lagi tempat abah bergurau sambil meleteri
tiada lagi yang menemani setiap langkah abah

mak..
hati ini sedar sedari mula
keuzuran mak sebenarnya bukan menguji keimanan mak
kerana mak insan yang terlalu kuat untuk diuji
sakitnya mak sebenarnya menguji kesabaran kami
sakitnya mak bayangan masa tua kami
andainya insan mulia seperti mak diuji sedemikian rupa
sementelah pula kami...insan penuh dosa...

mak...
doa kami akan terus mengiringimu
semoga rohmu ditempatkan dalam kalangan insan-insan beriman
berehatlah sementara menanti hari
amin amin yaraballalamin...

al fatihah...

*mak...aiman kata opah cantik...ye..opah memang cantik aiman...opah memang cantik...:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...