Khamis, 7 Disember 2023

SEMOGA AKU REDHA

Detik cemas bermula bila suamiku sesak nafas pada penghunjung bulan Oktober 2023. Kami ke Klinik Jantung Dr Rahim Alor Setar  utk dapatkan rawatan. Ujian ECG, Echo dan darah telah dijalankan. Keputusannya tidak begitu baik. Ke KMC pula untuk dapatkan keputusan CT scan. Pun keputusannya membimbangkan. Dua salur darah ke injab hampir tertutup.

Dr Anuar mencadangkan agar pembedahan memasukkan 2 stent, satu sebelum stent yang lama dan satu lagi dipangkal injab kiri. Tarikh pembedahan dijangkakan pada 5 atau 10 Nov. Namun Allah adalah sebaik-baik perancang, setelah dikaji Dr Anuar menundakan prosedur ke 27 Nov, memandangkan paru2 dan buah pinggang suami terjejas sedikit ditambah pula dengan simptom goutnya. 

Suami dibekalkan dengan ubat-ubatan, salah satunya ubat jantung esterto (entahlah namanya mgkn tidak tepat). Mungkin disebabkan pertukaran ubat, tekanan darah suamiku melambung naik. Timbul suasana panik...aku dan suami dibantu Angah, ke KMC dan suamiku warded dan diletakkan di bawah pengawasan doktor di KMC. Selama 6 hari di ward. aku berulang ke hospital, rumah dan kolej sebagai rutin 6 hari itu. Alhamdulillah..akhirnya bacaan tekanan darah perlahan-lahan kembali normal .

Pada 26 Nov, kami berkampung pula di hospital. Suamiku menjalani prosedur memasukkan stent pada 27 Nov.. Masa yang diambil lebih kurang 1.30 jam. Kami dibenarkan melawat sebentar  di ICU. Rupanya stent tidak sesuai digunakan dan dimasukkan 'belon' sebagai ganti.

Mengapa bukan 2 stent?. Menurut Dr Anuar..darah suamiku terlalu pekat dan bimbang akan tersumbat lagi. Belon tu lebih sesuai digunakan. Saluran sebelum stent lama pula sudah pulih dan tidak perlu penambahan stent lagi.  Sesungguhnya yang arif lebih tahu segala tindakan yang sebaiknya perlu dilakukan.  Bersangkutan dengan masalah tersebut, suamiku perlu menjalani rawatan berkaitan dengan darah pula. Sel darah merahnya berganda2 lebih dari manusia normal, begitu juga dengan sel darah putih. Kesihatan jantung, buah pinggang, paru2 dan uric asid...semuanya sudah berada pada tahap normal. Alhamdulillah.

Kami dibekalkan dengan slip jenama ubat kerana KMC tidak punya stok ubat tersebut. Puas mencari..tidak ketemu sehinggalah seorang hamba Allah, rakan kepada anak kami mampu membantu dan menyalurkan stok tersebut. 

Sesungguhnya aku percaya bahawa Allah akan selalu membantu dan mempermudahkan urusan kami. Apapun ujianMu ya Allah, ujilah kami sekadar yang termampu dan semoga aku redha menerima segala dugaanMu. Terima kasih diucapkan kepada anak2 yg sentiasa ada di sisi..bergilir2 membantu menjaga ayah yang sakit. Semoga Allah merahmati kalian semua ...aamiin ya rabb












Khamis, 10 Mac 2022

HADIAH ULANGTAHUN KE-58


ASSALAMUALAIKUM pembuka kalam. Kais2 habuk dan debu. Agak lama tidak menjengah..tidak bermakna lupa. Cuma urusan dunia yg masih tak habis2..dikelek dan dijunjung sehingga tubuh tua ini semakin tenat dan penat.

Apapun alhamdulillah, hati ini tiada henti mengucapkan kesyukuran. Akan impian yang tertunai sudah. Bagaikan mimpi disiang hari.. tidur dan bangun bagai tidak berjejak di bumi nyata. Semakin teguhlah rasa percaya bahawa ajal, maut , jodoh pertemuan dan rezeki..sememangnya aturan Allah. DIA lah sebaik-baik perancang dan kita hanya mampu melakar impian. Suami tidak semena-mena mengajak aku menunaikan umrah yang tempuhkan kurang lebih 7 minggu sebelum perjalanan. Hadiah harijadi katanya..jangan kata cheq tak terkejut naaa... hihihi

Kami menjejakkan kaki di tanah haram pada 10hb Februari setelah memulakan perjalanan pada 9 hb Februari. Transit di Taif, menikmati kenyamanan udara dan keasyikan keindahan senibina tempat penginapan yang sehingga hari ini namanya menjadi tanda tanya..hahaha..puas bertanya..jawapan masih mencurigakan..jadi rasanya tak perlu ditulis di sini.  Urusan menukar sim kad dan install aplikasi eatmarna dan tawakalna dilaksanakan di sini. Kesyukuran dipanjatkan kepada illahi kerana tergerak hati membawa anakanda Syifaa bersama. Jadi tiada kegusaran mengurusi hal berkaitan dengan aplikasi. Alhamdulillah juga sahabat sekian lama turut bersama, Tuan Fuad serta pasangan ..Nita ..hati pun terasa sangat lapang.

Pengalaman meninggalkan tanahair dalam kekalutan kerana kurang seminggu mendapat perkhabaran perjalanan kami akan diteruskan setelah sekatan dilonggarkan. Macam2  perasaan hadir.. rasa tertekan sesungguhnya. Persiapan tak sempurna fizikal dan mental. Aku cuma mampu menenangkan diri..berulangkali menyebut..ya Allah permudahkan urusan kami ini..jika benar KAU menjemputku ke rumahmu ya Allah. Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan.

Biarlah gambar berbicara..ada masa akan ditambah catatan..jari jemari tua tak berdaya nak menulis dan otak pun semakin malas berfikir. masih banyak foto kenangan masih belum dimuatnaik. Ada masa akan cuba disimpan di sini. Sekali lagi... ALHAMDULILLAH untuk segala kurniaanMU buat kami sekeluarga ya ALLAH 



Video ini mengundang sebak di dada. Disediakan oleh si bongsu dengan cita rasa Koreanya...kurelakan saja. Semakin hari semakin rindu..semakin hari semakin sebak..😥😥😥



Semoga doa suamiku dimakbulkan Allah SWT..aamiin aamiin ya rabballalamin




































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...