Selasa, 29 November 2011

TEKAD...



TEKADKU KINI....UNTUK SENANTIASA MENOLEH KEBELAKANG DENGAN SENYUMAN...

Isnin, 28 November 2011

TIADA PILIHAN...




Tidak seronoknya melayari cuti sekolah ni..sangat tidak seronok. Angah masih belum habis exam...Akak juga sedang berjuang untuk mid sem exam..cuaca pun kurang menyelesakan..sesekejap hujan...sesekejap panas..haih..sampai nak keluar pun terpaksa fikirkan risikonya...

Aku ke Alor Setar pagi tadi..dan jam 4.30 baru tiba di rumah. Deeha nak baiki PSPnya yang dah rosak hampir dua tahun tu. Aku asyik menangguhkan tujuan..kerana masalah kewangan..ye laaaa...kosnya hampir RM300.00..Akhirnya aku terpaksa mengalah kerana dia dah kumpulkan wang sebanyak RM200.00..berkat ugutannya terhadap Sipau..kerana merosakkan PSP tu... didenda RM100.00 dan dia sendiri dah kumpul RM100.00 ...dan aku ni tak pasal-pasal dipaksa menghulurkan dana sebanyak RM100.00 untuk memastikan PSP nya itu berjaya dibaiki...Sekali fikir..membazirnya...dua kali fikir..kesiannya dia..kerana sanggup tunggu bertahun-tahun lamanya ...untuk memastikan PSP itu dapat dibaiki. Penting tak penting..bukan aku yang patut menghakimi..kerana bagi Deeha..PSP itu sangat besar ertinya dalam hidupnya..hadiah UPSRnya dulu dan kalau balik dari asrama..itulah yang dikeleknya ke tepi ke tengah...aku tiada pilihan...

While Sipau..menghabiskan sedikit demi sedikit ganjaran pemberian Atoknya. Tadi Sipau membeli dan memborong  4 edisi buku Diary of a Wimpy Kid..sehari semalam habis sebuah..ni tak sampai seminggu la nampaknya. Deeha pun dok telaah novel Inggeris setebal bendul..dah beli sampai 3 buah...siap dok kirim kat Akak lagi..minta beli di Terengganu...dan jawapan Akak..mane de kedai buku kat Terengganu..ish ..ye ke?..mustahil..tapi bila Akak bagi respon macam betul je..betul lah Akak ni pandai buat cerita nak selamatkan duit dan dirinya...

By tomorrow kerja mengusung anak-anakku ke tuisyen intensif dan Spoken English akan bermula. Rasanya tugas minggu pertama ni terletak di atas batu jemala suamiku. Aku akan berkursus di IAB dan lepas tu ke Langkawi pulak. Penat aku fikirkan..bukan part hantar anak..part pergi kursus ni yang aku lemah sedikit...sebab tentu aku tak boleh nak fokus..teringat anak-anak nak makan dan tuisyen..pun aku ni tiada pilihan...

Apapun sekarang ni aku tiada pilihan..percaya tak percaya..terpaksa buat-buat percaya yang segala-segalanya akan terurus dengan baik...entahlah ye..kerana bila aku bertanya ...respon suamiku hanya lah..pergi je laaa...jawapan yang  tidak menjanjikan apa-apa yang pasti...dan seolah-olahnya aku tidak dibenarkan buat pilihan...wallahualam..

Rabu, 23 November 2011

HUJAN....





...desiran hujan yang berlagu setiap hari ini ...kuharapkan hadir bersama ilham mencurah-curah yang boleh diperturunkan oleh anak-anakku di atas kertas peperiksaan mereka...apapun jika hujan mahu terus membanjiri daerah ini...biarlah anak-anakku menamatkan tarian penanya terlebih dahulu...harapan dan doaku kini kian bersatu...makbulkanlah doaku Ya Allah...aminnn..

Ahad, 20 November 2011

TERTUNGGAK...

Mengisi kemesraan yang tertunggak
...
doakan kami berdua...

Khamis, 17 November 2011

ALHAMDULILLAH....




Alhamdulillah...satu penantian telah berakhir...

Plot pagi tadi sangat dramatis...di atas pentas Sipau dah menangis sebak..turun tangga..cikgu-cikgu kerumuni dia..minta tengok slip..aku bingkas bangun ..kononnya nak selamatkan keadaan...kerana aku tak menduga yang anak aku itu akan berjaya sedemikian rupa..sepertimana telah aku nyatakan sebelum ni. Sambil berjalan aku juga turut menangis...kenapa agaknya...dan terdengar cikgu Yadzni mengucapkan tahniah!...tahniah kak!..hampir 3 ke 4 kali...

Cikgu matematiknya..menghulurkan slip peperiksaan...tu..tunjuk kat mama tu..tahniah..5A..katanya..rasa nak luruh jantungku..Sipau berjalan laju...terus sebak dan aku biarkan dia menangis dalam pelukan..aku kesat dan terus kesat airmatanya sehingga sendunya tamat...aku sudah tidak peduli apa orang sekeliling kata..aku sudah lupa...

Dalam hati hanya mampu berkata..wahai anak...inilah hadiah sebuah perjuangan..jangan leka lagi di lain ..jangan buat ibu gusar...sakit kepala sepanjang malam..tak lena tidur memikirkan mu..Sesungguhnya inilah mungkin yang dikatakan rezeki manusia..sekiranya Allah mengizinkan segalanya mungkin...dan aku terasa bagai bermimpi di siang hari...dan Sipau tersenyum dan terus tersenyum simpul bagai tiada penamat hingga ke hujung musim..dan paling menyentuh aku ialah bila dia berkata...ibu..nanti ayah balik..adik nak peluk jugak ayah...bagai sembilu menyayat kalbu ungkapan itu....dan jam 2.30ptg lebih kurang..aku buat panggilan dan ayahnya masih di Sg Buloh..betapakah...

*betul Sipau kata...aku terasa lapar sangat selepas menangis..tapi selera ku untuk makan telah hilang..terasa semua yang disuap ke mulut tawar dan payau...entah mengapa...

MUHASABAH CINTAKU...


wahai pemilik nyawaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian darimu
kupasrahkan semua padamu


tuhan baru sadar
indah nikmat sihat itu
tak pandai aku bersyukur
kini kuharapkan cintamu


kata-kata cinta terucap indah 
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yg kurasa biar 
jadi penawar dosaku


butir-butir cinta airmataku
teringat semua yang kau beri untukku
ampuni khilaf  dan salah 
selama ini ya illahi
muhasabah cintaku


tuhan kuatkan aku
lindungiku dari putus asa
jika kuharus  mati
pertermukan aku dengan mu

*ini lirik lagu MUHASABAH CINTA..anak murid tag link lagu ni kat aku ..Syaratulain..first time dengar dah jatuh cinta..lagu dah lama..aku je baru dengar. Semakin lama semakin sebak aku dengar..sangat betepatan dengan perjalanan hidup aku ni..ada dosa..ada sakit..ada cinta..ada segala-galanya dalam lagu ni. Terasa lemahnya diri aku...dalam menghadapi dugaan hidup. 

Angah sedang hadapi peperiksaan..esok pula Sipau akan terima result UPSR. Herm entahlah...aku sangat takut sebenarnya...aku takut aku tidak mampu menerima ujian ini...bila dengar lagu ni..terasa sedikit lega. Seharusnya aku pasrah..ketentuan allah telah tersurat..dan pelbagai hikmah tersirat di sebaliknya..aku tidak terlalu mengharap..Sipau pun maklumi aku tadi..paling-paling pun dia yakin boleh dapat 3 atau 4A sahaja. Tak mengapalah Sipau...ibu redha je..tak mampu ibu menongkah arus..biarlah kita dibawa arus..mengikut rentak yang telah diatur dengan baik dan cantik oleh Allah SWT...cuma yang sedikit terkilan..Sipau berhajat nak peluk ayahnya jika dia berolah 5A..namun ayahnya masih belum pulang...tak pe lah Sipau..ibu akan terus berusaha menjadi ibu dan ayah untuk semua anak-anak ibu...insyaallah...walaupun tak mungkin  sama pada dasarnya...haaiihh...dah jam 12.09 minit nih..kepala aku rasa semacam je...

Esok aku ingat nak puasa..tapi Sipau melarang..herm..ibu jangan puasalah..nanti ibu rasa lapaq sangat..sebab esok ibu mesti nangih..power nya alasan...entahlahhh...

Ahad, 13 November 2011

PERMUDAHKANLAH URUSANNYA...



Dugaan datang dan pergi. Esok Angah akan melangkah masuk ke dewan peperiksaan...entah mengapa sejak pagi aku rasa sebak sahaja...sesangat sebak...terbayang wajah polos anakandaku itu...tak pernah meninggi suara bila berkata...bila dia bercakap aku kena pasang telinga betul-betul le...segala-galanya serba sederhana.

Esok  paper BM...dan pagi ini dia pohon belikan buku rujukan komsas...aiihhh...aku malas mengulas...sakit kepala dan perut aku kalau nak fikirkan..nanti aku pergi cari jam 10.00 pagi nanti. Rasanya hari tu dah beli lengkap semua buku rujukan...last minute begini..sempat ke nak mengulangkaji lagi...jadi tanda tanya dan jawapannya hanya ada padanya.

Yang terdetik dalam hati aku kini hanya harapan semoga dia tidak ketiduran seperti selalu...semoga Allah senantiasa mempermudahkan urusannya dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan. 

Dan...sebagai ibu..redhalah aku akan segala perbuatannya...kata-katanya dan ku ampuni segala dosa-dosanya terhadap aku andainya ada. Bersihkanlah hatinya Ya Allah..sesungguhnya dia tidak pernah mengguris persaanku ini...sesungguhnya dia anak yang soleh dari sudut pandangan mataku...dan lindungilah dia dari segala kemudaratan dalam mengharungi dugaanMU...aminnn....

Jumaat, 11 November 2011

SUNYI...




Alhamdulillah...baru sahaja dapat sms...Akak dah selamat sampai. Rumah semakin sepi..keriuhan Akak berbicara telah hilang...Deeha dan Angah dah pulang ke asrama...suami berpergiaan..tinggal aku dan Sipau. Sangat sepinya dunia ni. Esok...Sipau ada aktiviti...nak ke sekolah Kuala Muda katanya...dan aku akan tinggal keseorangan...herm...aku tak suka perasaan dan situasi begini..sangat tak suka....biar pun  orang selalu kata ...risau apa..nanti mati pun dok sorang-sorang jugak...tapi mereka harus sedar..sekarang ni kita masih hidup dan belum mati lagiii...huhuhu...

Selasa, 8 November 2011

BILA IA BERBICARA...


Ada sebuah ceritera..kisah seorang anak gadis yang hidup serba sederhana...berlakun dan menari di pentas kehidupan yang tidak sudah-sudah membawa aksi ria..duka dan adakalanya nestapa...

Remajanya diisi warna hidup...dididik penuh disiplin...bebas bertepian...bagai menarik tali lelayang...sesekali terbang jauh...ayahnya menarik tali lelayang tu..alhamdulillah tidak pernah putus..berkat ayahnya mendidik baik..

Pun gadis itu...manusia biasa...Allah menitiskan kasih ke hatinya...kasih itu kemudiannya tumpah kepada seseorang yang tidak pernah dijangkanya menjadi obor kasih...yang rupanya tidak pernah padam. Semakin lama semakin mekar...walaupun kuntumannya akhirnya lerai...namun kelopaknya tidak pernah kering sehingga kini. Aduhai hebatnya kasih itu...

Semarak hati bukan penanda jodoh. Jodoh dan ajal maut ketetapannya di tangan tuhan. Pertemuan membawa erti kesepaduan kehidupan...yang sangat subjektif sifatnya. Pelayaran kehidupan harus diteruskan walau apa jua rintangan...demi zuriat...demi keluarga..demi redha akan takdir tuhan.

Bukan senang melayari kehidupan tanpa perancangan...semuanya harus dicuba..entah mana yang betul..entah mana yang salah. Ada masa tersasar tujuan...ada masa terlajak pendirian...hati di sini bungkam..hati di sana terus mahu mencengkam. Baru-baru...tak kisah...semakin lama..wujud gelisah. Namun..tekad demi tekad dibina..hidup harus diteruskan...mungkin suatu hari...buah kesabarannya adalah kebahagian berpanjangan.

Hermmm...bukan sehari dua...sebulan dua...setahun dua...rupanya puluhan tahun menjelang... baru terbit secalit sinar..Pun...sesekali menjengah...sesekali mengintai,..sesekali terpadam terus. Ada masa rasa gembira...ada masa sakit hati...ada masa..tersangat sayu dan pilu..saling bersilih ganti..entah bila mahu berhenti.

Kekadang..teringat cinta semalam..bukan mahu kembali...sekadar mahu memberi erti dan analogi...kerana segalanya tidak mungkin lagi. Andai diputarkan waktu semula...hidupku bergandingan dengannya...entah apa pula ceritanya. Bahagiakah aku meneruskan cinta yang ada...kerana segalanya telah tertulis di loh mahfuz...dan janjiku...inilah jalan yang akan kupilih...walau ke mana lorong yang kupilih...akan sampai kepersimpangan yang sama. Andainya warna hidupnya serupa ini..sekiranya sehingga sampai kini masih bertahan..alhamdulillah..Andainya bukan...mungkinkah aku sanggup memikulnya?

Suara hati ini milik aku dan hanya aku yang mengerti BILA IA BERBICARA....

Isnin, 7 November 2011

EID ADHA & GRADUASI ANGAH...














Sebenarnya aku tidak punya banyak masa nak menulis...cuma nak update. Perasaan dan harapan terkandung dalam foto-foto di atas. Jumaat 4 November 2011..Hari Graduasi Angah ..Anugerah Khas Pengetua telah menjadi miliknya...peperiksaan SPM semakin hari semakin hampir..haaahhh...penat aku memikirkannya. Aidil adha disambut sederhana di perantauan..aku tiada pilihan..kerana angah pun baru sihat dari demam dan aku tidak mahu menganggu kesihatannya. Esok nak pulang semula ke asrama. Suamiku pula akan berpergian tiga raya ni ke Banting...tentu dia tak larat nak drive ke sana dan ke sini dalam jangkamasa yang sangat singkat. 

Yang pastinya..urat betisku rasa tegang...berdiri dan memasak berjam-jam..untuk memastikan hidangan hari raya terjamu...walaupun tak setara masakan opah mereka di kampung. Insyaallah ada rezeki aku akan pulang juga ke kampung selepas peperiksaan SPM...rindu pada mak..abah dan kampung halaman...insyaallah...herm...tengok mereka posing sakan..lega rasa di hati...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...