Kalam dimulakan dengan salam takzim..terasa jugak rindu bila dah lama tak menulis..
Dah seminggu berpuasa..herm..kali ini terasa sangat letihnya. Mungkin faktor umur..mungkin kerana ubat-ubat yang aku buat pencuci mulut setiap hari,..dan sekarang ni pun kepala sarat dengan kerja yang bagai tiada penamatnya. Haihhhh...terasa macam nak berpencen esok atau lusa, Tapi bila fikir jauh...kalau pencen..dah tak de duit la pulak..sedangkan anak-anak sekarang memerlukan...sangat-sangat memerlukan.
Alhamdulillah..buat masa ini..Along. Angah n Alang..tak mengadu masalah tentang pelajaran. Cuma masalah berkisar pada anak bongsu ku Sipau...entahlah... habis ayat dah..buat penat bercakap..tapi tak beranjak seinci pun..Tersangatlah sabarnya dia menerima ugutan dan cabaran daripada aku..selamba..dan semakin lama aku pun semakin malas nak bercakap..kerana Dr Fadzilah Kamsah pernah memaklumkan supaya pujukan untuk anak-anak ini perlu 200x...ini dah lebih 2000x..tak jalan jugak. Usaha terkini..cuma lah solat dan solat..mohon Allah bukakan hatinya untuk study..amin..
Oh ya..foto-foto di atas...bagai selalu..aku abadikan di sini..coretan peristiwa saban semester. Juga alhamdulillah pasukan kami D'Agrios menempa jaya yang memang tidak terduga. Perancangan Allah adalah sebaiknya untuk kami semua. Tahniah aku titipkan buat anak-anak yang berusaha siang dan malam untuk memastikan kemantapan persembahan. Apa pun berkali-kali aku ingatkan anak-anak ini..kalah dan menang di tangan tuhan..kalau tidak berjaya pun biarlah kalah bermaruah...
Kemanisan kejayaan yang tercipta sama-sama dirasai..berkat kekuatan kepimpinan pasukan dan usaha 6 kumpulan iaitu kumpulan koir ketuhanan, pentomin penglipurlara, sorak sensasi,rekaan fesyen, citrawarna dan dendang lagenda Aku hanya sebagai pembimbing..touch up sikit-sikit..supaya nampak cantik dan teratur. Idea asal hak masing-masing. Segalanya mendapat kerjasama di persiapan terakhir kerana anak-anak ini tidak punya banyak masa..sibuk dengan study masing-masing.
Setelah aku fikirkan dalam-dalam..sedikit penambahbaikan perlu dilakukan. Aku fikir mahu berundur sahaja dari arena ni dan bergerak solo. Buat aktiviti sedikit ringan. Markah kerja kursus on dan aku tidaklah penat berulang sehingga kesihatan aku pun turut terjejas kerananya...win-win situation kata orang..hehe.. Aku harap rakan seunit akan memahami..ye laaa..sejauhmanakah oranglain faham masalah kita...hanya allah sahaja maha mengetahui.
Akhir kalam...sesungguhnya susahnya menjaga hati insan lain...walaupun kadang-kadang alahnya banyak dari pihak kita...hanya Allah tempat terbaik kita bergantung...hanya DIA sahaja yang mengerti...amin...