menyulam rasa.. mengungkap cerita... di lembaran hati yang semakin kusam.. namun tetap setia meniti masa
Sabtu, 26 Oktober 2024
TAHNIAH BABY
SAYONARA - 23 FEBRUARI 2024
23 Februari 2024 adalah tarikh keramat. meninggalkan dunia pendidikan setelah 34 tahun berkhidmat. Dalam sedih ada terasa sedikit kelapqngan di dada.
Sambutan penamat perkhidmatan tidak pernah diduga meriahnya. Sesekali hati terasa malu... tetapi itu juga adalah rezeki anugerah illahi. Ada rakan-rakan sekerja ikhlas meraikan, walaupun kebanyakan mereka bercuti pada hari itu, kebetulan cuti persekolahan. ucapan terima kasih kuhulurkan kepada AJK Adhoc sesungguhnya hati ini sangat berterima kasih.
Pada 25 Februari 2024 Cik Nasyitah dan Pn Noryati pula menganjurkan sambutan harijadi dan pencen di mahligai cantik tersergam Pn Noryati. Ramai teman2 yang telah berpencen dan masih berkhidmat hadir meraikan. Terima kasih daun keladi.
Terima kasih sekali lagi atas kejutan dan terima kasih juga atas hadiah-hadiah yang amat bermakna. Alhamdulillah... syukur ke hadrat illahi kerana aku telah tiba ke garis penamat perkhidmatan dengan sempurna. Kulampirkan foto-foto di sini sebagai kenangan sepanjang usia. Setiap hari teringat menyimpan di sini tetapi ada sahaja kekangan. (bercampur aduk foto-fotonya..ada masa nanti kita susuh semula ye...hehe)