Hujung minggu hingga hari ini mood aku tak begitu baik...whats up dear???...entahlah ..serabut fikiran aku. Banyak yang nak kena fikir.
Anak-anak nak memulakan persekolahan. Sipau terutamanya dah masuk alam menengah rendah. Hati berbelah bahagi. Entah nak biar je dia berulang ke SMJ..atau nak tempatkan dia di asrama. Rasa sayang nak lepaskan dia...al maklum..anak bongsu..manja sangat. Tentu aku kesunyian. Fikir perasaan..tak mahu lepaskan...fikir masa depan..aku terpaksa ketepikan soal perasaan...kerana Sipau sangat taksub dengan laman sosialnya...berfb dan berblogging siang dan malam..sampai makan pun bawa pinggan depan laptop...Demi masa depan dia..perasaan memang terpaksa aku korbankan. Alah bisa tegal biasa.
Angah..lepas SPM..bercadang nak kerja. Tapi aku pun serba salah nak hantar bekerja...takut terhenti di tengah jalan..kerana dia ada menggantung harapan kepada peluang yang lain. Laptop slow..so dia pun boring tak berpelung main game strategi dia. Sekarang dok mengadap PSP Deeha je...Sementara Deeha dan Sipau ada... mungkin dia terhibur..nanti ..bila mereka mula bersekolah...haih..kesian jugak memikirkan. Tengoklah..apa-apapun selepas 9 Januari nanti keputusan akan dibuat supaya masa dia lebih terisi dan bermakna sementara menunggu Mei nanti.
Deeha..my sweet little girl yang selalu bercadang nak Korea tu..hahaha...macam biasa melekat ngan cerita Koreanya...di tv..di youtube..Aku baru je ternampak kerja sekolah dia yang bertimbun atas meja makan...Haaaa...baru perasan kerja sekolah melambak tak dibuat lagi. Dia tersenyum kambing setiap kali aku perli. Dia kata..huh...lambat lagi nak sekolah mama..ade je alasan dia ye...orang Korea mana lah yang berkenan dengan si pemalas ni...
Akak akan menduduki peperiksaan mulai 1 Januari ni...aku cuma dapat berdoa dan berdoa semoga allah memudahkan perjalanan ini untuknya. Semoga dia menantiasa mendekatkan dirinya kepada Allah dan semoga Allah memelihara dia. Aku nak mengulangnya di UMT tu..al maklum..jauh teramat...Aku terus berpesan melalui telefon dan chat online..agar dia senantiasa menjaga kesihatan...
Hubby aku..macam selalu..senandung hati aku tak berapa betul 2 ke 3 hari ini. Mungkin kerana aku kurang sihat..nak meledak je perasaan aku ni. Kerja aku banyak tertangguh..kerja bercuti dan cuti umum...Apa pun aku harap dia faham bahawa hujung-hujung tahun ni memang jiwa dan pemikiran aku celaru kerana detik anak-anak pergi semakin hampir...
Pada saat genting begini...terkadang...hati jadi sebu..terkadang jiwa rasa sempit..terkadang perasaan marah meledak..penuh warna kelabu...Ada masa aku terfikir kata-kata Deeha dalam post di fb..andaikata semua jenis gas berwarna..tentu alam lebih indah dengan warna warni..dan yang kelabu itu tentu tidak ketara lagi...wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan