Jumaat, 27 Januari 2012

BERMAKNA.....




















Sempena cuti Tahun Baru Cina ni...aku dan anak-anak balik bercuti di kampung. Walaupun percutian ini sangat pendek tapi aku dan anak-anak amat berpuashati.

Kita menggunakan pengangkutan awam sepenuhnya ibu!!!...itu lah pernyataan Akak. Pergi naik bas...balik naik tren.. seronok pulak rasanya..sesekali...dan terimbau kenangan semasa zaman remaja dulu..aku berulang dari Bangi ke Kota Bharu Kelantan..setiap cuti semester.

Hala balik ke kampung...amat menerujakan..rasa nak bantu pemandu bas tu drive..agar cepat sampai. Bila menjelang waktu balik...jam 10.00 malam...huhuhu...rasa sesak nafas...semacam je perasaan menerjah. Sementelah...abah dan mak kurang sihat. Abah sejak berhenti kerja ni nampak uzur..dan aku tak menyangka akan melihat keadaan fizikal dan emosi abah berubah 100% berbanding semasa kerja dulu. Dalam pada itu abah macam biasa menasihat aku dan anak-anak macam-macam...semua yang positif dan baik-baik belaka untuk dijadikan panduan hidup.

Sebelum balik...sempat pulak jengah mak Andak aku yang dimasukkan ke wad...dah berusia semuanya di sana...dan asyik membilang klinik dan hospital serta bekalan ubat. Heerrmm...bila dikenang-kenangkan amat menusuk perasaan...baru terasa betapa jauhnya aku dari mereka selama ini sehingga tak sedar betapa lama masa berlalu dan mereka semakin uzur...sedangkan aku tak pernah cuba mencuri peluang untuk balik...atas alasan suami sibuk..aku sibuk..lain kali..pandailah aku balik sendiri..MESTI!...

Abah sempat juga aku bawa menjenguk kampus Angah..bergambar bersama..tolong pasangkan basikal baru Angah..buat aku amat terharu...sangat terharu. Abah berjalan berpegangan tangan dengan angah...barulah aku  sedar betapa rindunya abah pada cucu-cucunya...dan pabila abah memeluk dan mencium cucu-cucu perempuannya...tambah menyakinkan aku betapa sepinya abah apabila kami beransur pulang.. Dan seperti tertera di foto atas...kami sempat shopping di Subang Parade...untuk anak-anak aje...budget tak cukup...huhuhu

Apapun aku hanya mampu berdoa..buat abah..buat anak-anakku..buat suamiku...buat adinda2 aku semoga Allah melimpahkan rahmatnya..semoga kesihatan senantiasa mengiringi dan semoga kita berjumpa lagi dalam situasi yang lebih membahagiakan...wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...