Jumaat, 13 April 2012

YANG BERNAMA IBU...



Malam semakin larut...macam susah je nak tidur...dan aku rasa baik aku menulis..kerana ada yang terbuku di hati...

Dua tiga hari ini adalah hari yang agak memeritkan buat aku. Namun...mungkin bagi aku sahaja...tidak bagi orang lain. Orang lain mungkin merasakan ianya perkara remeh yang perihalnya diperbesarkan oleh ibu seperti aku.

Kekadang aku hairan melihat manusia. Sikap manusia walaupun pelbagai adanya...namun kalau terkadangnya amat menjengkelkan.. perlunya berubah sedikit. Manusia begini hanya mementingkan dirinya sendiri...tidak pernah kenal jerih perih orang lain...hanya mahu menuai hasil...tetapi tidak pernah mahu menyemai...apalagi bekerja menjaga...membesar dan membajainya.

Kelmarin duniaku diisi airmata..kuusap dan kuusap..kering dipipi namun terus basah dan berdarah di hati. Herm...entahlah ya..sukarnya mahu mengajak oranglain mengerti erti pengorbanan..tanpa mengharapkan balasan. Mereka takut barangkali..tidak berbaloinya berhempas pulas membantu anak-anak ...yang baru belajar meneroka hidup sendiri.

Bagi aku..alangkah dangkalnya fikiran kita jika kita sering membandingkan perjalanan dan alur hidup kita dulu dan cuba menyamakan dengan zaman ini. Anak-anak kita adalah anak zaman millinium yang sangat cetek gambaran dan cabaran hidupnya.celik-celik mata...segala-galanya sudah tertonggok di depan mata..dan kita pula mahu membandingkan mereka dengan kita yang celik-celik airmata yang ada cuma dinding kayu bercat metalik perak (rumah murah rakyat)

Bukan aku berniat mengatakan hidup kita senang. Aku juga mengalami kegetiran membesarkan anak-anak di rumah kelamin..berbilik satu dan ruang tamunya bersekali dengan dapur. Namun fitrahnya anak-anak sekarang sangat tidak mesra alamnya seperti kita. Mereka tidak jelas tentang kesempitan dan kesusahan...dan sesusah mana pun aku ketika itu..keluhan aku akan kesempitan hidup tidak pernah aku luahkan.

Oleh itu mana mungkin mereka tiba2 mengerti terma kesusahan itu. Semuanya tentu ada dan ada cara...dan mungkin benarlah..ada juga kelibat kesilapan cara aku membesarkan mereka..semuanya aku adakan kerana aku mengharapkan mereka jangan bimbang akan kesediaan aku menyediakan yang terbaik untuk masa depan mereka..terutama dalam bidang pelajaran.

Entahlah ye...bukan salah sesiapa..ini adalah kebiasaan bagi manusia normal berfikir. Mungkin kelihatannya aku ni bagai amah yang berlari ke sana dan ke sini melayani kerenah anak-anakku...buat orang lain sangat rimas memandang.Namun adakalanya kita cubalah berada di tempatnya...mungkin kita juga akan berbuat demikian jika keadaan memaksa..demi masa depan...demi peluang..demi kasih sayang....

Apalah yang mahu kita harapkan? ..balasan?..tidak pernah terdetik di hati aku yang sangat kecil adanya ini. Salahkah aku menghabiskan sisa hidup yang bila akan padamnya..memberi sedikit saham kebahagiaan buat anakku pada masa depan...Aku tidak pernah menolak kuasa tuhan..malah  aku sangat percaya yang Allah tidak akan mengubah nasib kami sekeluarga tanpa aku berusaha..meletakkan semua kepoentingan aku ke tepi demi anak-anakku.

Ya Allah Ya Rabbi..penanggunganku yang besar ini sahajalah penyambung nyawaku...demi anak-anak..ke mana lagi kasih mahu kutumpahkan..mengisi kekosongan jiwa.....kerana tidak siapa yang mahu mengerti..aku dan kamu semua tidak sama..Hidupku ini penuh lompang adanya...

Sandaranku pada Allah amat besar. Jangan sesekali memandang serong ke arah aku tentang itu. Mungkin aku dilihat tidak percaya kepada qada qadar penentuan Allah kerana gerakku sangat aggresif. Kejayaan anak-anakku adalah berkat pohon restuku...siang berganti malam...malam berganti siang...silih berganti tak henti-henti...tanpa perlu aku war-warkan kepada orang lain. Malah pohonku.. Allah peliharalah senantiasa anak-anakku itu kerana ianya diluar kemampuan aku...kerana jauhnya mereka dari sisiku sejak berusia 13 tahun. Andainya benar aku ini tidak berpegang kepada tali Allah..mana mungkin aku letakkan mereka di asrama buruk..kusam..lasam ..serba kurang segala untuk menjalani hidup sebagai seorang pelajar.

Letihnya aku membina tembok kemengertian...sesungguhnya hanya Allah jua yang mengerti jiwa insan yang bernama IBU seperti aku..wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...