Detik cemas bermula bila suamiku sesak nafas pada penghunjung bulan Oktober 2023. Kami ke Klinik Jantung Dr Rahim Alor Setar utk dapatkan rawatan. Ujian ECG, Echo dan darah telah dijalankan. Keputusannya tidak begitu baik. Ke KMC pula untuk dapatkan keputusan CT scan. Pun keputusannya membimbangkan. Dua salur darah ke injab hampir tertutup.
Dr Anuar mencadangkan agar pembedahan memasukkan 2 stent, satu sebelum stent yang lama dan satu lagi dipangkal injab kiri. Tarikh pembedahan dijangkakan pada 5 atau 10 Nov. Namun Allah adalah sebaik-baik perancang, setelah dikaji Dr Anuar menundakan prosedur ke 27 Nov, memandangkan paru2 dan buah pinggang suami terjejas sedikit ditambah pula dengan simptom goutnya.
Suami dibekalkan dengan ubat-ubatan, salah satunya ubat jantung esterto (entahlah namanya mgkn tidak tepat). Mungkin disebabkan pertukaran ubat, tekanan darah suamiku melambung naik. Timbul suasana panik...aku dan suami dibantu Angah, ke KMC dan suamiku warded dan diletakkan di bawah pengawasan doktor di KMC. Selama 6 hari di ward. aku berulang ke hospital, rumah dan kolej sebagai rutin 6 hari itu. Alhamdulillah..akhirnya bacaan tekanan darah perlahan-lahan kembali normal .
Pada 26 Nov, kami berkampung pula di hospital. Suamiku menjalani prosedur memasukkan stent pada 27 Nov.. Masa yang diambil lebih kurang 1.30 jam. Kami dibenarkan melawat sebentar di ICU. Rupanya stent tidak sesuai digunakan dan dimasukkan 'belon' sebagai ganti.
Mengapa bukan 2 stent?. Menurut Dr Anuar..darah suamiku terlalu pekat dan bimbang akan tersumbat lagi. Belon tu lebih sesuai digunakan. Saluran sebelum stent lama pula sudah pulih dan tidak perlu penambahan stent lagi. Sesungguhnya yang arif lebih tahu segala tindakan yang sebaiknya perlu dilakukan. Bersangkutan dengan masalah tersebut, suamiku perlu menjalani rawatan berkaitan dengan darah pula. Sel darah merahnya berganda2 lebih dari manusia normal, begitu juga dengan sel darah putih. Kesihatan jantung, buah pinggang, paru2 dan uric asid...semuanya sudah berada pada tahap normal. Alhamdulillah.
Kami dibekalkan dengan slip jenama ubat kerana KMC tidak punya stok ubat tersebut. Puas mencari..tidak ketemu sehinggalah seorang hamba Allah, rakan kepada anak kami mampu membantu dan menyalurkan stok tersebut.
Sesungguhnya aku percaya bahawa Allah akan selalu membantu dan mempermudahkan urusan kami. Apapun ujianMu ya Allah, ujilah kami sekadar yang termampu dan semoga aku redha menerima segala dugaanMu. Terima kasih diucapkan kepada anak2 yg sentiasa ada di sisi..bergilir2 membantu menjaga ayah yang sakit. Semoga Allah merahmati kalian semua ...aamiin ya rabb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan