Apapun alhamdulillah, hati ini tiada henti mengucapkan kesyukuran. Akan impian yang tertunai sudah. Bagaikan mimpi disiang hari.. tidur dan bangun bagai tidak berjejak di bumi nyata. Semakin teguhlah rasa percaya bahawa ajal, maut , jodoh pertemuan dan rezeki..sememangnya aturan Allah. DIA lah sebaik-baik perancang dan kita hanya mampu melakar impian. Suami tidak semena-mena mengajak aku menunaikan umrah yang tempuhkan kurang lebih 7 minggu sebelum perjalanan. Hadiah harijadi katanya..jangan kata cheq tak terkejut naaa... hihihi
Kami menjejakkan kaki di tanah haram pada 10hb Februari setelah memulakan perjalanan pada 9 hb Februari. Transit di Taif, menikmati kenyamanan udara dan keasyikan keindahan senibina tempat penginapan yang sehingga hari ini namanya menjadi tanda tanya..hahaha..puas bertanya..jawapan masih mencurigakan..jadi rasanya tak perlu ditulis di sini. Urusan menukar sim kad dan install aplikasi eatmarna dan tawakalna dilaksanakan di sini. Kesyukuran dipanjatkan kepada illahi kerana tergerak hati membawa anakanda Syifaa bersama. Jadi tiada kegusaran mengurusi hal berkaitan dengan aplikasi. Alhamdulillah juga sahabat sekian lama turut bersama, Tuan Fuad serta pasangan ..Nita ..hati pun terasa sangat lapang.
Pengalaman meninggalkan tanahair dalam kekalutan kerana kurang seminggu mendapat perkhabaran perjalanan kami akan diteruskan setelah sekatan dilonggarkan. Macam2 perasaan hadir.. rasa tertekan sesungguhnya. Persiapan tak sempurna fizikal dan mental. Aku cuma mampu menenangkan diri..berulangkali menyebut..ya Allah permudahkan urusan kami ini..jika benar KAU menjemputku ke rumahmu ya Allah. Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan.
Biarlah gambar berbicara..ada masa akan ditambah catatan..jari jemari tua tak berdaya nak menulis dan otak pun semakin malas berfikir. masih banyak foto kenangan masih belum dimuatnaik. Ada masa akan cuba disimpan di sini. Sekali lagi... ALHAMDULILLAH untuk segala kurniaanMU buat kami sekeluarga ya ALLAH
Video ini mengundang sebak di dada. Disediakan oleh si bongsu dengan cita rasa Koreanya...kurelakan saja. Semakin hari semakin rindu..semakin hari semakin sebak..😥😥😥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan