Lusa..Deeha akan memulakan sebuah episod baru dalam hidupnya..herm..rasa risau jugak ni..tapi bak kata orang..manusia punya visi dan misi hidupnya masing-masing dan aku tidak boleh menolak hakikat itu. Aku cuma boleh doakan yang terbaik buatnya...
Seminggu ini..rumah meriah dengan anak-anak. Sangat meriah..boleh bergomol...bergossip...dan most of all..BERLETER...Ye lah..dah semuanya balik ke asrama..siapa yang boleh aku leteri lagi...selain Sipau..anak yang sangat bijak..bijak memintas kata-kata.
Seminggu ini kebetulannya aku sangat sibuk...berurusan dengan rakan-rakan unit keceriaan..menggeledah jabatan itu dan ini..cari pokok FREE...hish..ade ke pokok free dalam era ada fulus semua boleh jadi ni? ..alhamdulillah ADA..misi berjaya hampir 75%...tinggal nak pergi angkut pokok balik ke kolej dan tanam je..untuk ape?..apa lah lagi..TPM nak rasmikan Program KMK Bersama Masyarakat dan Pelancaran Green Education..so..everything should be GREEN...intonasi kene betul semasa menyebut ayat ni..takut disalahtafsirkan...hehehe
Letihnya..hanya allah yang tahu..ade dua tugas besar yang terpaksa dilaksanakan sekaligus. Bab fikir tu yang aku tak larat..buat kerja tak pe..siang malam pagi petang dok ligat berfikir...Apapun aku doakan Allah akan membuka jalan termudah bagi kami menyelesaikan tugasan ini...
Hari Isnin ni..aku terpaksalah bercuti..nak hantar buah hatiku Deeha mendaftar...Hubby ade mesyuarat..entahlah kami berdua ni nak putar ikut mana...Kesian aku tengok anak-anak terperuk dalam rumah..ngan tv dan laptop je setiap hari berlalu...nak balik kg pun tak berkesempatan..padahalnya..aku sangat rindukan abah dan mak.. sesangat..dan mereka pun tentu rindukan cucu-cucu mereka ni...harap..selepas majlis ni..kami boleh mencari ruang dan peluang untuk itu..
Dunia akan terasa kosong mulai esok..aku mesti bersedia menghadapinya..MESTI!..kerana mereka akan beransur pulang..haaaaaiiiiihhhhh...dalam hati..hanya Allah yang tahu...ish..mana tisu ni???...
kejayaan selalu perlukan pengorbanan...insyaallah sama-sama kita doakan yang terbaik buat deeha
BalasPadam