abah buat panggilan sebentar tadi
abah tanya...anak-anak ada di rumah ke
abah tanya... anak-anak sihat ke
abah tanya... aku dah sihat ke
abah tanya... Akak dah periksa ke
abah tanya... Akak pilih universiti mana
abah tanya... Akak dah dapat tahu nak ke mana ke
abah tanya... Sipau dah makan ke
abah tanya... Sipau baca buku ke
abah tanya... bila Sipau nak periksa
semuanya terjawab kecuali bila...
abah tanya... ke mana suamiku...
aku tergamam...haaaihhh
jawapannya hanya ada di dalam hati
dia sibuk ..."terlalu sibuk"
***
terima kasih abah
senantiasa teringat bertanya khabar
lebih daripada semua insan yang ada di dunia ini
walaupun aku dah berusia hampir setengah abad kini
termampukah aku...menjadi abah yang sering membuat panggilan sebegini?
termampukah aku...menjadi abah yang sering membuat panggilan sebegini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan