Sabtu, 31 Ogos 2013

countdown...


Inilah tempoh kritikal buat aku...membilang hari..membilang detik..tinggallah aku seorang diri..siang berganti malam..malam berganti siang.

Akak akan balik ke trengganu 5 September...setelah begitu lama bersamaku..makan, tidur dan ketawa bersama. Berkicauan bercerita..membuntuti aku ke ofis sekali sekala..asyik berderaian dengan senda dan gurauan.

Deeha pun bulan Oktober baru kembali...begitu juga Angah. Sipau pun balik sebulan dua kali...suami seminggu dua kali...kesunyian bakal menjemputku.

Hermmm...aduhai perasaan..silalah bertenang...ada DIA disisimu...ada kesepian yang memberi banyak ruang untukku berduaan dengan Nya...memohon keampunan akan dosa-dosa masa lalu..merayu restu..berkati anak-anakku ini semoga berjaya melayari cabaran kehidupan yang bertalu-talu datangnya...

Ya Rabb...hanya diKAU yang tahu perasaanku...yang sedang menanti dan membilang hari...berilah aku kekuatan...amin...

Ahad, 18 Ogos 2013

PELIHARALAH MEREKA...


Aidilfitri 2013 diraikan agak hambar kerana mak baru sahaja meninggalkan kami..mak dan abah mertua juga tidak sihat...nampak terlalu uzur. Kami cuma beraya di dua rumah sahaja...satu sebelah aku dan satu lagi sebelah suami.

Sejak Ramadhan ada badai melanda...membawa ke Syawal...namun aku fikir..dugaan Allah tertuju buatku yang sangat kerdil ini. Dek selalu teruji aku dah jadi mangli...sangat2 mangli.. Sesungguhnya redha lah aku...amin..

Foto kami sekeluarga dengan abah yang kini sendirian dalam usia menjelang 80. Alhamdulillah abah masih sihat..masih boleh menguruskan diri. Drive ke sana dan ke mari. Anak2 aku kasihkannya...terutama Along..Apa sahaja nasihat atok disimpan baik2 di benaknya. Ramadhan berjaya dihabiskan bersama atok yang sangat dikasihinya...alhamdulillah.

Diharap Syawal akan datang masih ada lagi foto seperti ini. Kami bernasib baik kerana Sipau sangat berusaha untuk merakamkan memori2 indah bersama keluarga. Bila aku renung foto ini..kelihatannya anak2ku sudah semakin dewasa..sebaya nampaknya...dan bila memikirkan jauhnya mereka dariku.. hati mula menangis...terbitlah kerinduan..kegelisahan naluri seorang ibu menimbuni ceruk hati.

Ya Allah..hanya padamu kuberserah..peliharalah mereka Ya Allah..sesungguhnya aku tidak mampu..sesungguhnya aku tidak berdaya..amin...

Selasa, 30 Julai 2013

TAKDIRKU....


IZINKAN AKU MEMBAWA HATI INI PERGI.....
WALAU SEPARUH DARINYA TELAH MATI...
SUDAH TAKDIRKU BARANGKALI...

Khamis, 18 Julai 2013

HANYA DIA YANG MENGERTI..d'agriosss..



















Kalam dimulakan dengan salam takzim..terasa jugak rindu bila dah lama tak menulis..

Dah seminggu berpuasa..herm..kali ini terasa sangat letihnya. Mungkin faktor umur..mungkin kerana ubat-ubat yang aku buat pencuci mulut setiap hari,..dan sekarang ni pun kepala sarat dengan kerja yang bagai tiada penamatnya. Haihhhh...terasa macam nak berpencen esok atau lusa, Tapi bila fikir jauh...kalau pencen..dah tak de duit la pulak..sedangkan anak-anak sekarang memerlukan...sangat-sangat memerlukan.

Alhamdulillah..buat masa ini..Along. Angah n Alang..tak mengadu masalah tentang pelajaran. Cuma masalah berkisar pada anak bongsu ku Sipau...entahlah... habis ayat dah..buat penat bercakap..tapi tak beranjak seinci pun..Tersangatlah sabarnya dia menerima ugutan dan cabaran daripada aku..selamba..dan semakin lama aku pun semakin malas nak bercakap..kerana Dr Fadzilah Kamsah pernah memaklumkan supaya pujukan untuk anak-anak ini perlu 200x...ini dah lebih 2000x..tak jalan jugak. Usaha terkini..cuma lah solat dan solat..mohon Allah bukakan hatinya untuk study..amin..

Oh ya..foto-foto di atas...bagai selalu..aku abadikan di sini..coretan peristiwa saban semester. Juga alhamdulillah pasukan kami D'Agrios menempa jaya yang memang tidak terduga. Perancangan Allah adalah sebaiknya untuk kami semua. Tahniah aku titipkan buat anak-anak yang berusaha siang dan malam untuk memastikan kemantapan persembahan. Apa pun berkali-kali aku ingatkan anak-anak ini..kalah dan menang di tangan tuhan..kalau tidak berjaya pun biarlah kalah  bermaruah...

Kemanisan kejayaan yang tercipta sama-sama dirasai..berkat kekuatan kepimpinan pasukan dan usaha 6 kumpulan iaitu kumpulan koir ketuhanan, pentomin penglipurlara, sorak sensasi,rekaan fesyen, citrawarna dan dendang lagenda  Aku hanya sebagai pembimbing..touch up sikit-sikit..supaya nampak cantik dan teratur. Idea asal hak masing-masing. Segalanya mendapat kerjasama di persiapan terakhir kerana anak-anak ini tidak punya banyak masa..sibuk dengan study masing-masing.

Setelah aku fikirkan dalam-dalam..sedikit penambahbaikan perlu dilakukan. Aku fikir mahu berundur sahaja dari arena ni dan bergerak solo. Buat aktiviti sedikit ringan. Markah kerja kursus on dan aku tidaklah penat berulang sehingga kesihatan aku pun turut terjejas kerananya...win-win situation kata orang..hehe.. Aku harap rakan seunit akan memahami..ye laaa..sejauhmanakah oranglain faham masalah kita...hanya allah sahaja maha mengetahui.

Akhir kalam...sesungguhnya susahnya menjaga hati insan lain...walaupun kadang-kadang alahnya banyak dari pihak kita...hanya Allah tempat terbaik kita bergantung...hanya DIA sahaja yang mengerti...amin...

Khamis, 30 Mei 2013

MAK...

Assalamualaikum..

Salam pembuka bicara hati
yang dah lama bisu dan sepi
ilham yang entah ke mana pergi
semakin hari semakin menyendiri

semenjak mak pergi meninggalkan kami
perasaan mudik bercampur baur
sesekali kesali diri
sesekali dirasuk sedih pilu
malah sesekali mengucap alhamdulillah
kerana...
dugaan ini datang bak petunjuk allah
dugaan ini datang agar muhasabah diri
dugaan ini datang bagai mengingatkan diriku yang selalu lupa
kembalilah ke jalan yang lurus
ke jalan yang diredhai

melihat wajah mak yang suci  segar cantik dan berseri
walaupun hanya bertudungkan kain kapan
terasa kecilnya diriku ini
terasa menggunungnya dosa-dosaku
terasa sangat malunya aku
terasa tiada tertanding kemuliaannya
setitis airmataku yang gugur
bak selautan khilafku di dunia

mak...
terima kasih yang tiada dapat diungkapkan dengan kata-kata ku hulurkan buatmu
kerana menjaga abah dengan penuh kasih sayang seorang isteri
kerana setiap langkahmu bersama redha seorang suami
kerana setiap tuturkatamu  penuh ikhlas jujur
kerana doa-doamu  mengiringi anak-anakku setiap kali menghadapi saat-saat genting cabaran kedewasaan dan menggapai jaya
kerana sudi menjadi tempat kami berempat beradik menumpang kasih selama 22 tahun ini..

mak..
petang tadi
abah menangis lagi
penuh sendu
hati ini sebak
kerana..
tiada lagi mak mengejutkan abah setiap subuh
tiada lagi tempat abah bergurau sambil meleteri
tiada lagi yang menemani setiap langkah abah

mak..
hati ini sedar sedari mula
keuzuran mak sebenarnya bukan menguji keimanan mak
kerana mak insan yang terlalu kuat untuk diuji
sakitnya mak sebenarnya menguji kesabaran kami
sakitnya mak bayangan masa tua kami
andainya insan mulia seperti mak diuji sedemikian rupa
sementelah pula kami...insan penuh dosa...

mak...
doa kami akan terus mengiringimu
semoga rohmu ditempatkan dalam kalangan insan-insan beriman
berehatlah sementara menanti hari
amin amin yaraballalamin...

al fatihah...

*mak...aiman kata opah cantik...ye..opah memang cantik aiman...opah memang cantik...:(

Isnin, 29 April 2013

Jangan Menangis lagi...




Sekian lamanya aku tidak mendengar tangisan itu...
hati sangat pilu
sangat sedan
beban beratnya turut terpikul olehku..

baru sebentar tadi
kedengaran tangisan Akak
sebaknya sangat pekat
hingga menusuk jauh ke naluri ibuku ini
hendak berpegang kepada apa agaknya
hendak kuhulur tangan ..tangan tak sampai
yang dapat kuhulur hanya doa dan nasihat

cabaran datang dan pergi
kali ini..bukanlah sebesar mana
namun buat anak sepertinya
yang bercita-cita besar dengan kudrat yang sangat kecil
sangatlah kecewanya
sangatlah lukanya
dan entah bagaimana dapat mengubati

kisahnya hanyalah mahu mendapatkan penyelia
setelah dalam tempuh sebulan ini ..itu sahaja yang bermain di bibirnya
siang malam menghubungi aku
dengan gelak ketawa..sampailah ke pagi tadi
dengan yakin dan ceria diri

namun takdir allah mengatasi
tewasnya dia mendapat idaman di hati
bagaikan pungguk rindukan bulan
mengharap siang dan malam
suratan takdir..terlepas juga ke tangan orang...
dan petang ini
hanya tangisan mengiringi
tangisan yang menghiris hati..

siapalah aku..untuk membantu
hanya menyuluhkan jalan yang sempit dan berliku
bina tekad supaya rendahkan hati dan diri merayu
'akak kena usaha...pergi lah jumpa dia face to face
cabaran ni kecik je akak
tentu ada hikmah di sebaliknya
mohon pertimbangan...mana tau dia terima
jangan buat andaian sendiri tentang kesibukannya
dia pun manusia...takkan tak ada pertimbangan kemanusiaan langsung
terus terang yang akak memang sangat berminat dalam bidang tu
insyaallah..hubungi dia hari ni jugak..ibu doakan..
ibu tunggu jawapannya..

itu sahajalah yang dapat aku hulurkan buatmu
andai tidak berjaya
yang aku percaya..segalanya adalah takdir
tentu ada hikmah tersembunyi
yang pastinya aku mengharapkan anakku itu
berusaha sedaya mungkin menongkah arus
kerana aku tahu dia punya kekuatan tersendiri

doaku buat anakku Nurul 'Ain Nabilah yang dikasihi
jangan menangis lagi
bangun dan buktikan hebat diri
doa ibu kan terus mengiringi....amin....

Isnin, 22 April 2013

SEKADAR RENUNGAN...

 

Scene 1
Kami ke Pandang Besar pada hari Sabtu 20hb April..huhhhh...penat aku menanggung keperitan pinggang. Terasa jauh bukan kepalang sedangkan sebelumnya dalam 35 minit boleh sampai ke sana. Kali ni memakan masa 1 jam lebih. Hermmmm...suamiku pusing satu Perlis..ikut long cut..dari Jitra ke Tunjang..sampai Beseri..direct ke Padang Besar..dalam kereta berkali-kali aku mendengus..hish...jauh laaa ikut jalan ni..en suami tu wat dek je...dan aku tak tau...Cik Madiha comei kat belakang tu perli sama en ayah...ibu..awat adik tak perasan ada kilang simen ada kat sini...hahaha..sedangkan sejak dia kecil memang kilang simen tu dah teguh berdiri di situ..dalam hati nak marah ada nak ketawa pun ada...sakit menyengat belakang aku hanya tuhan yang tahu..namun demi memenuhi harapan cik Madiha aku ikutkan juga. Dengan takdir Allah..Cik Syifaa buat panggilan..meragam suara sedih bila tahu kami ke Padang Besar...lantas melompatlah kami balik tengok dia di asrama...pandai pulak en suami bawa ikut Cuping...dalam 35 minit...sampaaaiii pun.. 

Scene 2
En suami ku suruh ke Wisma Hasil untuk uruskan kesilapan aku mengisi borang... Sejak dulu hingga kini aku yang urus. En suami tu..borang..penyata tahunan..pun tak pernah tengok. Entah macamana dengan takdir Allah..macam-macam kesilapan aku buat..bermula alamat surat menyurat hinggalah ke jumlah panggajian. Jadinya kena perbetulkan...takut kena panalti. En suami pergi jam 9.30 lebih kurang...bawa pergi penyata tahunan yang sekian kalinya aku terang dan terang..namun muka kerut tak faham-faham..

Lebih kurang jam 11.00 dia muncul di rumah semula mengatakan pihak LHDN minta salinan resit untuk potongan dan sebagainya. Aku baru lepas menyapu rumah...panas...tambahlah panas bila kena cari bil-bil yang dalam kotak entah terperuk kat mana..potongan hanya untuk broadband, zakat dan cukai berjadual je...buat aku membebel separuh pagi..kataku..hei..cakap kat depa...kami ni tambah bayaran cukai dan bukan merayu untuk kurangkan cukai tau tak....berasap aku. En, suami dengar je..aku cari mana yang ada kepilkan dan dia berlalu pergi..diam seribu bahasa..dan katanya nak minta celcom print out bayaran penuh 2012..dalam 5 minit..timbul rasa kesian pn. isteri ni..call balik..dia ada di celcom..dan minta dia balik ke rumah ambik aku. Sambil mandi dan bersiap aku dah lengkap dengan ayat hendak aku semburkan kepada mereka dan bercadang nak jumpa pegawai bertugas tanya sekali tentang potongan RM8,000 yang dikenakan kepada suamiku tahun lepas tanpa belas kasihannya..tidak fikir orang cukup makan ke tidak dan silap suamiku juga yang tidak mahu usaha minta semak semula bayaran yang rasa-rasanya memang aku dan suami tidak pernah skip membayar cukai. 

Kami mulakan perjalanan dan en suami serupa nak pergi marathon..kona sampai tol Langgar..patah balik sampai ke Kepala Batas..sebab katanya ikut depan Jenan tu jauh...ya Allah ya Rabbi..ni hati aku membentak-bentak tak tahu la nak kata..punyalah macam filem hindustan..round rata...sedangkan jalan dekat ada. Pun samapai di situ..aku urut dada je laaa...apa lah nak jadi dengan fikiran suamiku ni...masuk ke pejabat dan ambil no. Aku kata tak payah ambil no laaa...kita pergi je jumpa pn. kerani tu ..Tapi en suami buat tak tau je...nasib baik lah sekejap sahaja menunggu..dipanggil dan en suami hulur penyata tahunan yang telah siap aku print dua salinan. 

Huh..en suami baru nak buka mulut...aku explain..hermmm...pn.kerani tu tulis catatan di borang..ambil maklumat penggajian dan katanya..nanti kami hantar jumlah cukai yang baru...tanpa meminta apa-apa resit..dan paling mencurigakan aku...tergerak hati nak bertanya alamat pos dan aku tahulah aku alamat surat menyurat yang aku suruh tukar dulu pun suami aku tak buat..sedangkan dia mengaku..alamat yang silap itu sudah ditukarkan...Ntahlah..kami berlalu pergi dan en.suami..pandai pulak ikut kepala batas..cepatnya sampai ke pekan Jitra..beli lauk dan kami balik ke rumah.. 

 Moral of the story... 
Something went wrong dengan pertimbangan en suami kebelakangan ini. Banyak perkara yang dia tak boleh fikir cari jalan singkat...mudah..dan cepat. Kunci rumah tak pernah dibawa kebelakangan ini...menyebabkan tengah-tengah malam aku dan selalunya Cik Madiha terpaksa buka pintu...satu malam tu kami ingat pencuri yang masuk...kerana tak sangka dia akan balik ke rumah...nasib aku tak ketuk ngan penukul. Dia semakin tidak kisah dan tidak peduli apa yang berlaku di sekitarnya...sangat-sangat tidak kisah..dan aku ni..hendak kata sedih...tak sedih...hendak kata redha juga tidak redha kadang kala...pandai-pandai je aku memujuk hati..mungkin dia banyak kerja..ye laaa...kutip bola golf..lap kayu golf..cabut rumput di padang golf dan aku kena simpan 1 kayu golf kat dalam bilik..buat ketuk kepala pencuri..kerana pernah dia tinggalkan rumah dan pagar tak berkunci ..sedangkan kami berdua masih tidur di rumah..bila di tanya beralasan...lupa bawa kunci...haih...boleh diterima akal ke...sekurang-kurangnya jaga la keselamatan anak isteri yang ditinggalkan ini...coretan ini sekadar renungan bersama...semoga tidak terjadi dalam keluarga anda...amin..wallahualam...

Ahad, 14 April 2013

PENCEN...

Assalam...
Woooiittt.
Sekarang ni sedikit buntu mencari idea..kosong je fikiran..pd hal dlm hati gelodaknya terlalu tinggi...
Terlaku byk yg dilalui..sampai aku tega mengabaikan segalanya...kalau terus fikir tentu pecah kepala..
Now...aku banyak masa aku gunakan untuk berehat ...santai..macam tak ada kerja..ala-ala ada maid gitu...sampai ke rumah letak beg..buka tudung...solat..turun semula ke ruang tamu..ulang tidur...mungkin kerana usia sudah semakin senja..kesihatan juga semakin tidak mengizinkan.

Aku pn semakin jarang membelek pokok di porch..orkid dah semakin merajuk..meragan..cactus juga kecik hati agaknya..duri pun segan nk keluar..membantutkan diri je.. pokoknya..aku sekarang ni semakin beraja di hati..ikut suka hati...

Banyak faktor membantut rasa..tak payah agaknya nak dihuraikan satu persatu...cuma kebelakangan aku banyak fikir pasal nak pencen...aku semakin jemu berulang ke tempat kerja..semakin jemu memandu..semakin jemu menghadiri meeting..sebab setamatnya meting..blurrrr sepanjang..pendeknya jemu nya aku...

Entah mengapa aku lebih berminat menyusun fail-fail peribadi...agaknya kerana aku asyik fikir nak berpencen..nak balik kampung..ingin berehat..nak pergi melancong ikut group package..biar pun tak kenal sesiapa..kerana aku rasa aku perlu saat sendirian...buat apa yg aku suka..tak mahu terikat dengan sesiapa..lepas dan bebas.

Beberapa hari ni aku asyik mencari surat-surtkoperasi..nak stop keahlian..cari info..macanana nk mohon pencen..maacm esok aku nak pencen...pencen..pencen..pencen..itu je bermain dalam kepala daa mulut aku sekarang ni...

Herm...pagi ni KMK menyambut ulangtahun 1 dekadnya...aku tak dapat hadir kerana belakang aku ni tersangatlah sakitnya...penyakit yang baru hinggap..Untuk makluman  entry ni aku tulis dah lama..cuma baru teringat nak  update pagi ni..dan aku tamatkan di sini sahaja ye..semoga majlis berjalan lancar di sana...amin...



Jumaat, 22 Februari 2013

BerDua MungKin LebIh BaiK...


Hah..lama dah tak update..
sekarang ni sibuk semacam je..
berat mata memandang ..berat lagi bahu memikul...
aku nak bercerita lebih-lebih pun tak patut

herm..blog ni bukan setakat bersawang 
berkarat lagi ada..
lebih terasa..
bila Deeha perli aku tadi..
dia kata ingat mama dah berhenti dari menulis blog
haih..tercabar jugak aku

sekarang sebenarnya aku dah semakin banyak berubah
aku tak lagi menangis teresak2 seperti dulu bila anak pulang ke asrama
walaupun dada akan rasa sesak..tak semena-mena
aku sudah mangli dan tak mahu layan perasaan itu lagi
sampai bila nak menangis..kering airmatapun..
kenyataannya..
aku tak boleh simpan di rumah anak-anak aku itu..

pengalaman mengajar aku untuk senantiasa redha
menerima hakikat..anak-anak ini bukan semakin dekat dengan kita
semakin jauh dari hari ke hari.
namun insyaallah..allah akan dekatkan kembali
suatu hari nanti..

apapun alhamdulillah
semenjak Deeha ada
hati sedikit lega
ada teman di rumah
nak bergelak ketawa dengan lawaknya yg bersahaja
mungkin jika  berdua..hidup lebih terisi dan bahagia..

aku pun dah semakin gemuk
Deeha juga..semakin menggebu
berkat hidup berdua barangkali..hahahaha
alhamdulillah

Khamis, 10 Januari 2013

*FOXTROT*...


Nama diberi untuk kumpulan Karnival Karisma Dinamika..projek MESTI JADI unit...hehehe..
Agak menyakitkan untuk persediaan..tetapi buahnya amat manis dan terulang senantiasa dalam ingatan..
Bravo anak-anakku..kekalkan kejuaraan...yeeaahhhh....

*tidak semua acara terakam di sini..camera aku kehabisan bateri..huhuhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...