Woooiittt.
Sekarang ni sedikit buntu mencari idea..kosong je fikiran..pd hal dlm hati gelodaknya terlalu tinggi...
Terlaku byk yg dilalui..sampai aku tega mengabaikan segalanya...kalau terus fikir tentu pecah kepala..
Now...aku banyak masa aku gunakan untuk berehat ...santai..macam tak ada kerja..ala-ala ada maid gitu...sampai ke rumah letak beg..buka tudung...solat..turun semula ke ruang tamu..ulang tidur...mungkin kerana usia sudah semakin senja..kesihatan juga semakin tidak mengizinkan.
Aku pn semakin jarang membelek pokok di porch..orkid dah semakin merajuk..meragan..cactus juga kecik hati agaknya..duri pun segan nk keluar..membantutkan diri je.. pokoknya..aku sekarang ni semakin beraja di hati..ikut suka hati...
Banyak faktor membantut rasa..tak payah agaknya nak dihuraikan satu persatu...cuma kebelakangan aku banyak fikir pasal nak pencen...aku semakin jemu berulang ke tempat kerja..semakin jemu memandu..semakin jemu menghadiri meeting..sebab setamatnya meting..blurrrr sepanjang..pendeknya jemu nya aku...
Entah mengapa aku lebih berminat menyusun fail-fail peribadi...agaknya kerana aku asyik fikir nak berpencen..nak balik kampung..ingin berehat..nak pergi melancong ikut group package..biar pun tak kenal sesiapa..kerana aku rasa aku perlu saat sendirian...buat apa yg aku suka..tak mahu terikat dengan sesiapa..lepas dan bebas.
Beberapa hari ni aku asyik mencari surat-surtkoperasi..nak stop keahlian..cari info..macanana nk mohon pencen..maacm esok aku nak pencen...pencen..pencen..pencen..itu je bermain dalam kepala daa mulut aku sekarang ni...
Herm...pagi ni KMK menyambut ulangtahun 1 dekadnya...aku tak dapat hadir kerana belakang aku ni tersangatlah sakitnya...penyakit yang baru hinggap..Untuk makluman entry ni aku tulis dah lama..cuma baru teringat nak update pagi ni..dan aku tamatkan di sini sahaja ye..semoga majlis berjalan lancar di sana...amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan