Tergeraknya hati ingin membuka semula lembaran ini setelah sekian lama tirainya tertutup. Sesungguhnya kerinduan untuk menulis ini semaraknya sudah lama... namun kesibukan duniawi yang terlalu ini menjerat kaki dan tangan... agaknye laaa... hehehe
Foto di atas adalah foto terkini yg dirakamkan pada hari raya aidilfitri 2018. Perasaan semasa itu macam berada di musim bunga... kembang je hati...semua anak berada di sisi. Cuma sebak, sedih dan pilu menghiris di pagi hari raya... kerana abah telah tiada... arwah baru sahaja meninggalkan kami pada 22 Januari 2018.
Angah pulang beraya di tanah air...membuat kejutan untuk aku, suami dan akak. Alang dan Sipau turut bersekongkol merahsiakan kepulangan itu. Terkejut bukan kepalang...berbaur rasa gembira dan sedih. Kali ini ziarah ke perkuburan menjadi suasana paling sayu dan penuh sendu. Tangisan Angah menyesakkan hati dan perasaan kami. Tak tergambarkan dek kata-kata. Mungkin Angah terkilan, kerana tidak berada di sisi abah di saat-saat akhir pemergiaannya. Kami memberi ruang untuk angah meluahkan rasa... semoga apa yang terpendam, terlerai jua hendaknya.
Kali ini kami bergerak beraya ke rumah Mak Andak selepas solat sunat hari raya. Terasa sangat janggal namun itulah yang terbaik agar kepergiaan abah kurang dirasai. Seronok rasanya...masih ada ibu saudara untuk diziarahi..menumpang kasih semasa masih ada.
Kami bergerak pulang ke Tapah Road untuk meraikan hari raya di sana. Untung suamiku punya adik beradik yang ramai...meriah dengan bbq...adik beradik daqn anak saudara sudah cukup memenuhi rumah. Semua berganding bahu menyediakan juadah...pun begitu...kekosongan tetap terasa... kedua-dua orangtua telah tiada.
Walaupun dah hampir 3 minggu hari raya berlalu... namun rasanya tetap bersisa. Benarlah kata orang... apabila kedua ibubapa kita telah tiada... ada semacam rasa sunyi yang tidak tergambarkan dek kata-kata. Teramatlah benarnya. Tiada lagi kedengaran bebelan abah seawal pagi... tiada lagi sarapan lengkap di meja sebaik bangun dari tidur... tiada terbau lagi semerbak wangian abah... tiada lagi deruman enjin kereta yang bergerak mahu ke pasar. Segala-galanya tinggal hanya kenangan. Hari raya ini sebenarnya dedikasi kenangannya teruntuk buatmu Abah... hanya untukmu...al fatihah...semoga rohmu dicucuri rahmat...aamiin.. MOHAMAD ARIF@ARIP BIN SUTAN ADIL.. IC LAMA.. 1110555...
Foto hari raya terakhir arwah Abah bersama cucu-cucunya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan