Jumaat, 25 September 2009

LEBARAN

Abah gembira bersama cucu-cucunya yang empat orang ...seorang lagi belum tiba...


Lebaran datang dan pergi...sebagaimana ramadhan juga adanya...dan menantilah kita akan kehadirannya setahun lagi. Lebaran kali ini agak dingin...ramai saudara mara yang semakin uzur..datang bertongkat dan berpapah..masih berusaha meraikannya...menziarah sanak saudara. Saya memerhati dan terus memerhati dan saya sendiri pun tidak begitu sihat. Apapun demi anak-anak...muka harus dimaniskan walaupun tuhan sahaja yang tahu rasanya di dalam. Anak-anak nampak gembira bertemu mak usu dan pak usu yang dikasihi. Sempat tidur dua malam termasuk malam raya di rumah mereka dan saya dan suami berdua-duaan di rumah abah.

Seperti biasa..di rumah mak mertua saya...anak dan cucu tidur bertaburan dua malam memenuhi setiap ruang rumah. Saya tidak begitu lena tidur...sakit perut kerana makan apa sahaja yang ada. Bergantung kepada ubat sahaja. Akibatnya sampai hari ini masih belum pulih...anyway dah selamat pulang..dan saya pulang awal ke sini...tidak tahan lagi berdiri membasuh pinggan mangkuk , mengemas dan memasak seharian suntuk...sangat memenatkan. Hari ini banyak perkara dah selesai termasuk potong rambut angah..beli ration anak-anak dan raikan kehadiran adik ipar saya..thanx for visiting us Chik...siap ambil foto garden di beranda sekangkang kera itu...di bawah ini beberapa keping gambar kenangan sempena hari lebaran 2009...yang manis-manis sahaja tau...
kesian...serenaku jadi habuan menyangkut baju basah.. ampaian kain penuh daaa..

di rumah mertuaku...bersama alang...

bersama along...di R&R Sg. Perak....dalam perjalanan pulang..
baby boy..tido dn tido lagi...pipa curi snap gambar...


sedang memilih mp3..guna duit raya tu...
ambil peluang bergambar..di Jusco Ipoh..
saat akhir bersama duit raya..hahaha

angah menjamu selera ditemani ucu dan pak ucu..manjanya
chik...sedang sibuk mengedit gambar garden saya di rumah kami..
pipa, angah bersama chik beraya di rumah Fuad..mee hailam Fuad sedap ooo



hubby sempat lelapkan mata di rumah mak teh...


rumah abah...kenangan lama terus mengimbau....
pipa sempat posing di R&R Semanggol...cewah

Sabtu, 12 September 2009

KEMBARNYA....

Gambar di atas adalah gambar si bongsu dan "kembarnya"...hehehe. Teringin sangat nak saudara kembar. Akhirnya dapat dari webcam ni. Banyak lagi koleksi gambar kembar dia...ini yang paling cute buat saya.
Si bongsu sering menyatakan kesunyiannya. Kadang-kadang sayu memikirkannya..tapi apa daya saya. Saya dalam usia 46 tahun tidak terdaya untuk menghadiah seorang adik buatnya. Hahaha...jangan sebut...bahaya tu...
Hari ini adalah hari yang sangat down buat saya. Harapan saya utnuk berkemas serba sedikit menjelang hari lebaran...walaupun kami akan beraya di kampung tak kesampaian. Lutut saya cedera , terhencot-hencot dan hampir tak boleh berjalan sebaik pulang menghantar alang balik ke hostel. Si bongsu tempat saya berpaut untuk naik ke rumah.
Punca ..cuma terpijak batu dan lutut terkilas sedikit sahaja. Pagi tadi terasa sangat sakit. Pergi urut..tapi tak lega jugak. Petang bengkak..mungkin berdiri lama memasak. Alang nak bawa bekalan pulang ke asrama. Kari ayam, masak sos lala dan sup sawi. Itu sahaja yang mampu saya sediakan. Si bongsu beriya-iya sangat nak akan kari ayam. Berbuka...boleh berenang dalam kuah kari...dua pinggan nasi...bila nak kurus dik oiiiii...
Harapan saya lutut ni akan pulih secepat mungkin. Banyak kerja perlu diselesaikan terutama urusan balik ke kampung. Malang datang dan pergi buat saya. Saya redha akan kehadirannya..nak buat macamana. Kalau terjadi pada hari raya kan lebih menyedihkan lagi. esok perlu ke klinik rasanya...berdenyut-denyut ni...
Si bongsu dah tidur tu...hubby ke Kuala Perlis berbuka puasa dengan student. Berbuka tadi hanya kami berdua sahaja. Sangat sepi..terasa airmata menitis ke dalam hati..tak tergambarkan perasaan ini.......alhamdulillah masih ada si bongsu menemani.....

Khamis, 10 September 2009

DOAKU...

Ramadhan ini agak mendukacitakan buat saya...bulan mulia penuh keberkatan dan dibiarkan berlalu begitu saja mungkin. Hanya beberapa malam sahaja saya mampu bertarawikh...saya tak berdaya..tidak sihat sejak pertengahan Julai..kesakitan menyengat bila petang menjelang. Banyak kerja terbengkalai.
Di tempat kerja boleh cover..berbual n ke kelas boleh mengurangkan perhatian saya kepada kesakitan ini..tetapi di rumah..tambah dengan kesunyian..sengatan amat terasa. Selesai maghrib ..baca al quran serba sedikit saya rasa nak bangun pun dah tak mampu. Tidurpun terasa melayang sahaja...kadang-kadang terdetik juga...allah dah nak panggil aku pergi ke? Sahur tadi..bunyi handset mengejutkan dan degupan jantung saya sangat kencang sehingga terpaksa relaks dulu sampai reda sedikit..hem...saya pun dah tak tahu apa yang patut saya buat sekarang. Hanya allah yang tahu bagaimana perasaan saya.
Apapun kemungkinan...saya harap biarlah anak-anak saya tamat menghadapi peperiksaan dahulu. Saya tidak mahu tumbang lagi sebagaimana pernah saya hadapi pada tahun 2006 dulu..sebulan sebelum angah UPSR. Saya bimbangkan anak-anak saya..saya tidak mahu mereka melihat saya terbaring menanggung kesakitan lagi.saya tidak mahu melihat airmata anak-anak saya gugur kerana saya. Saya adalah ibu tempat anak-anak memaut semangat. Saya cuma mampu berdoa dan berdoa semoga saya boleh bertahan selama mungkin...apa pun... segala-segalanya di tangan allah...allah yang maha mendengar lagi mengetahui...

Jumaat, 4 September 2009

CINTA ADA..


On the way ambil alang kelmarin terdengar lagu merdu CINTA ADA..ini. Terasa menyusup ke sanubari..ada masa download kat 4 shared.com and dengar..nice words from three sweet voices..sesekali jiwa tersentuh juga...


andai aku butakan mata
dapatkah kau mendengarkan
jujurnya

andai engkau tutup telinga
dapatkah kau melihat keikhlasannya

aku cinta bukan di bayang mata
jauh dari bahasa
dekatkan ertinya

aku cinta bukannya disengaja
jauh dari wasangka
dekatkan hatinya

memang cinta ada dalam jiwa kita

andainya cinta itu buta
dapatkah kau mengubah pesonanya

andai mengalir airmata
dapatkah kau membezakan jernihnya

aku cinta bukan dibayang mata
jauh dari bahasa
dekatkan ertinya

aku cinta bukannya disengaja
jauh dari wasangka
dekatkan hatinya

memang cinta ada dalam jiwa kita...

o..mengapa ada saksi yang tak memahami
o ..mengapa ada saksi yang disalah erti

aku cinta.....
jauh dari bahasa...

aku cinta bukan dibayang mata
jauh dari bahasa
dekatkan ertinya

aku cinta bukannya di sengaja
jauh dari wasangka
dekatkan hatinya

memang cinta ada dalam jiwa kita

Selasa, 1 September 2009

BERBUKA BERTIGA...

Kelmarin...tiba sudah episod 'berbuka bertiga'...saya pulak sakit perut dan nak telan makanan pun macam nak terluah balik. Sakit satu bab...sedih satu bab yang lain pulak.
Masak asam pedas ikan siakap, udang tiram dengan kentang dan tauhu, sayur brokoli dan suami beli sedikit kuih. Sahur tadi goreng ikan bilis dengan kicap plus sedikit bawang. Hidangan bawa kenangan...alang dan asam pedas..akak dan sayurnya..angah makan semua..dan ikan bilis ni favourite dia. Akhirnya saya teguk segelas susu dan cuit kuih dan rehat di sofa dan perut saya memulas kencang.
Pipa faham dan cuba melegakan perasaan saya..ibu sedih ke?...adik pun sedih...saya cepat menyahut..taklah...ibu sakit perut...ibu tak makan ke?...nanti lah..kejap lagi..bagi perut ibu ok dulu...agak ok saya solat maghrib. Saya makan beberapa suap nasi dan meratah sayur sahaja..tak ada selera. Airmata bergenangan...terasa sangat sunyi rumah ni...kalau tidak.. riuh..pipa selalu jadi mangsa usikan.
Selepas makan saya baring cuba melegakan rasa..berehat dan hubby keluar sembahyang tarawikh..saya tak berdaya..perut terus memulas selepas makan. Ubat gastrik dah saya telan 2 biji...selang beberapa minit saya terlelap dan bila terjaga pipa masih buat kerja sekolah dan hubby baru pulang. Perut saya terus menyengat dan saya bancuh susu segelas dan makan sekeping kek...lega sedikit.
Diharapkan malam ni perut tak buat hal lagi...nak bertarawikh..dah miss beberapa malam. Anak-anak akan tetap jauh di mata...dan saya harus redha...huhuhu...ibu sangat-sangat merindui wahai anak-anakku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...