Khamis, 10 September 2009

DOAKU...

Ramadhan ini agak mendukacitakan buat saya...bulan mulia penuh keberkatan dan dibiarkan berlalu begitu saja mungkin. Hanya beberapa malam sahaja saya mampu bertarawikh...saya tak berdaya..tidak sihat sejak pertengahan Julai..kesakitan menyengat bila petang menjelang. Banyak kerja terbengkalai.
Di tempat kerja boleh cover..berbual n ke kelas boleh mengurangkan perhatian saya kepada kesakitan ini..tetapi di rumah..tambah dengan kesunyian..sengatan amat terasa. Selesai maghrib ..baca al quran serba sedikit saya rasa nak bangun pun dah tak mampu. Tidurpun terasa melayang sahaja...kadang-kadang terdetik juga...allah dah nak panggil aku pergi ke? Sahur tadi..bunyi handset mengejutkan dan degupan jantung saya sangat kencang sehingga terpaksa relaks dulu sampai reda sedikit..hem...saya pun dah tak tahu apa yang patut saya buat sekarang. Hanya allah yang tahu bagaimana perasaan saya.
Apapun kemungkinan...saya harap biarlah anak-anak saya tamat menghadapi peperiksaan dahulu. Saya tidak mahu tumbang lagi sebagaimana pernah saya hadapi pada tahun 2006 dulu..sebulan sebelum angah UPSR. Saya bimbangkan anak-anak saya..saya tidak mahu mereka melihat saya terbaring menanggung kesakitan lagi.saya tidak mahu melihat airmata anak-anak saya gugur kerana saya. Saya adalah ibu tempat anak-anak memaut semangat. Saya cuma mampu berdoa dan berdoa semoga saya boleh bertahan selama mungkin...apa pun... segala-segalanya di tangan allah...allah yang maha mendengar lagi mengetahui...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...