Sabtu, 12 September 2009

KEMBARNYA....

Gambar di atas adalah gambar si bongsu dan "kembarnya"...hehehe. Teringin sangat nak saudara kembar. Akhirnya dapat dari webcam ni. Banyak lagi koleksi gambar kembar dia...ini yang paling cute buat saya.
Si bongsu sering menyatakan kesunyiannya. Kadang-kadang sayu memikirkannya..tapi apa daya saya. Saya dalam usia 46 tahun tidak terdaya untuk menghadiah seorang adik buatnya. Hahaha...jangan sebut...bahaya tu...
Hari ini adalah hari yang sangat down buat saya. Harapan saya utnuk berkemas serba sedikit menjelang hari lebaran...walaupun kami akan beraya di kampung tak kesampaian. Lutut saya cedera , terhencot-hencot dan hampir tak boleh berjalan sebaik pulang menghantar alang balik ke hostel. Si bongsu tempat saya berpaut untuk naik ke rumah.
Punca ..cuma terpijak batu dan lutut terkilas sedikit sahaja. Pagi tadi terasa sangat sakit. Pergi urut..tapi tak lega jugak. Petang bengkak..mungkin berdiri lama memasak. Alang nak bawa bekalan pulang ke asrama. Kari ayam, masak sos lala dan sup sawi. Itu sahaja yang mampu saya sediakan. Si bongsu beriya-iya sangat nak akan kari ayam. Berbuka...boleh berenang dalam kuah kari...dua pinggan nasi...bila nak kurus dik oiiiii...
Harapan saya lutut ni akan pulih secepat mungkin. Banyak kerja perlu diselesaikan terutama urusan balik ke kampung. Malang datang dan pergi buat saya. Saya redha akan kehadirannya..nak buat macamana. Kalau terjadi pada hari raya kan lebih menyedihkan lagi. esok perlu ke klinik rasanya...berdenyut-denyut ni...
Si bongsu dah tidur tu...hubby ke Kuala Perlis berbuka puasa dengan student. Berbuka tadi hanya kami berdua sahaja. Sangat sepi..terasa airmata menitis ke dalam hati..tak tergambarkan perasaan ini.......alhamdulillah masih ada si bongsu menemani.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...