Aidiladha datang dan pergi ...selagi hayat dikandung badan..detik-detik ini bakal dilalui saban tahun...dan tahun ini giliran kami beraya di rumah abah di Kalumpang. Alhamdulillah..seperti tahun-tahun sebelumnya..kami berempat beradik tidak pernah tidak pulang beraya ..berkat kami adik beradik punya rasa tanggungjawab dan paling penting punya suami yang sangat prihatin..fahami isi hati sang isteri masing-masing..terima kasih daun keladi diucapkan..hehehe
Kali ini juadah tak seperti selalu..biskut raya tak dilayan lagi...kebetulan kami balik ke kampung pada hari Selasa ..jadi pakat dengan adik bongsu nak masak nasi daging je pada pagi hari raya tu...Hem..sampai disambut dengan bubur labu dan cucur pisang ..idaman Sipau..yummy..creamy..sampai esoknya dok makan lagi ... terkenang-kenang sampai hari ini...sedaapppnyaaaa...
Pagi raya aku dan anak-anak serta adikku Ikin ke pusara mak. Selang berapa raya dah tak ke sana. Kali ini terasa aruah mak memanggil-manggil aku datang..bawa cucu-cucunya menziarahi..bersihkan pusara...bacaan yasin mengiringi...airmata menitis satu-satu...bawa perasaan dari hati yang satu..berkata dan merintih ...
Mak... Ida datang tengok mak ni..alhamdulillah anak-anak dah besar besar semuanya..mereka juga hadiahkan al fatihah dan yasin buat mak.
Mak..banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup Ida sekarang...terpaksa dilalui walaupun kekadang terasa Ida tidak setabah itu menahan kepedihan nista.
Mak...adik-adik semuanya masih sihat dan masih boleh harungi hidup ini...payah mereka..payah lah juga Ida...tapi insyaallah Ida akan bantu mana yang boleh.
Mak...abah masih macam dulu..abah dah sedikit uzur tapi kerja tak renti juga..bising macam selalu..tapi mak taukan yang hati abah baik..sangat baik dan kami semua sayangkan abah.
Mak tengoklah ni...kami tak pernah tak balik beraya..tahun lepas je terpaksa beraya haji di sana kerana Akak periksa...kerana rasanya sangat tidak patut menghampakan abah yang terlalu mengambil berat hidup kite semua dari dulu sampai sekarang.
Mak...Ida janji selagi hayat dikandung badan ...adik-adik tidak akan Ida abaikan...selagi terdaya membantu...Ida bantu...ampunilah dosa-dosa Ida ye mak..
Suara semakin serak dan airmata tak dapat diseka...Ikin juga perlahan-lahan menyertai tangisan itu...pulang ...singgah di pusara Atok Teh dan kedua-dua nenek...Abah juga tiba dan menyertai kami bersama anakku Haziq dan Aiman...
Sampai di rumah memasak...macam biasa...aku jadi manager..dok di island dapur dan potong apa sahaja yang patut disiang dan dipotong. Yang memasak adik-adikku...kerana aku tak punya kepakaran...langsung tidak...siap masak..makan..herm...sedap lagi...apa yang tak sedap ni???. Abah dan mak dijemput..alahai rumah sebelah je...makan beramai-ramai..hai terasa-rasa sedapnya sampai ke hari ini..Jam 3 lebih kurang mak-mak saudara aku tiba dengan anak-anak. Lagilah meriah..semua gile-gile bahasa..gelak ketawa..sambil makan..alangkah bahagianya hidup ini aku rasakan.
Kami berangkat pula ke Shah Alam petang tu..hari mendung..hujan gerimis. Mak dan abah sebelah suami di sana. Dapatlah bermalam dua malam...anak-anak aku jumpa sepupu mereka..bergelak ketawa dan bergotong royong sidai kain sambil aku masak..tuan rumah kerja..jadi aku ambil alih tugas tuan rumah..masak banyak jugak..suami beli ration untuk masak...kelaparan bebudak tu..petang..kami lepak tengok Sukan Asia. Esoknya kami tinggalkan Shah Alam , melawat tugu negara (posing sakan) dan sambung shopping di Sogo.
Anak-anak aku tak pernah ke SOGO..punyalah...aku buat lawak yang kami akan lalu sahaja di luar bangunan..lepas tu terus balik...anak-anak aku monyok toye je..parking kat basement dan kami makan tengahari dan lepas tu shopping...haaaaa...the best part nih...hehehe...belilah apa yang patut..sekadar duit yang ada..jadilah daripada tak de...anak-anak nampak puashati..sepanjang jalan mengomel dan bising pasal beli baju belang..aku pun sepakat beli baju belang gak..gelak ketawa memanjang ...aku rasa seronok sangat..
Esok sebelum bergerak pulang..sempat lagi bawa benih pokok balik..tu ada kat belakang rumah masih belum aku cucuk lagi..entah bila ada masanya . Sepanjang jalan kekal berposing..membebel je mulut Sipau..Angah macam biasa tido, tido dan tido...Akak selalu sampuk cakap Sipau..Deeha kekal jadi teman setia menyokong bicara Sipau...
Apapun Aidiladha ini amat bererti buat kami...terasa sangat bahagia kerana senantiasa dapat bersama..bukan senang mencari peluang sebegini..raya..posing dan shopping...3 dalam 1...indah dunia terasa...entah bila dapat bersama semula sebegini...dan aku semakin sedari kini...tiada ruginya berkorban sedikit kerana ganjaran yang Allah berikan adalah berlipat kali ganda besarnya...wallahualam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan