Khamis, 25 November 2010

SEMOGA BERSAMA SELALU...

Semua kejadian bagaimanapun parahnya ,
pasti berhubungan langsung
dengan kelapangan
pada waktu terdekat
Aku petik kata-kata di atas dan bawah ini dari buku berjudul Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.. Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al- Qarni...kerana aku rasa ianya sangat bertepatan dengan perasaan aku di kala ini..kerana kebelakangan ini terlalu banyak cubaan dan rintangan yang melanda hidup. Alhamdulillah dapat diharungi dengan penuh kesabaran dan ketabahan kerana aku amat percaya kepada besarnya hikmah kesabaran yang perlu ada pada seorang yang bernama manusia.
Memang benar...tiada siapa yang dapat membantu membahagiakan diri kita selain daripada kita sendiri. Selagi kita sebagai manusia terus-terusan melihat isi alam ini 'hitam' ...selagi itulah bayangan hitam akan terus merundung hidup kita. Terangilah dan suluhilah ia...suntikkan keceriaan dan kegirangan...walaupun sekadar menggunakan sebatang lilin yang titisan panasnya bakal memeritkan jejari kita...kerana mungkin keperitan itulah pula yang bakal menghadiahkan sekuntum kebahagiaan dan harapan indah buat setiap insan yang kita dampingi.
Semoga kitakan selalu bersama wahai suamiku ...menuai hasil ...mendidik dan membesarkan anak-anak yang sangat dikasihi...insyaallah...
Di setiap tempat,
pasti anda temui kegelapan dalam kehidupan anda.
Kewajipan anda hanyalah menyalakan lampu untuk menerangi diri anda sendiri..
....wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...