Sabtu, 27 November 2010

TERLALU SAYANG KAMU...


aku dan sipau
ibarat irama dan lagu
berpaut sepanjang waktu
setiap hari ada sahaja krisis bertamu
tanpa pernah rasa jemu

tanpa henti wang ku laburi..
beli novel berlori-lori
borong tudung cantik...agar terus nampak berseri
baju baru apatah lagi
kasut..hem..lagiiiiii

mengadap facebook saban hari
tak ubah macam kerani
tahun depan aku uguti
facebook boleh dibuka cuma pada hari cuti
dia tarik muka sakit hati
part ni buat aku geli hati

sipaulah teman aku ketawa dan berkelahi saban hari
tanpa dia bagaimanalah nanti
untuk aku harungi hidup ini

ibu sayang kamu sipau
yang gebu... bagaikan kuih pau
suka pula imbas kisah zaman lampau
buat aku, abang dan akak geram terlampau

sipauku
ibu terlalu sayang kamu
"ibu..ibu..ibu kat mana!!!!!!!"
laungan yang bakal kurindu..
huhuhuhuhuhuhuhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...