Hish ....sape lah yang tembam nih?...hahaha..aku lah tu...
Aku perasan sangat yang sejak aku bertukar tempat kerja ke Perlis ni...badan aku semakin berisi..Huh...cuba nak turunkan berat badan...tak jadi-jadi...semakin tembun...bagai dipam-pam...
Puncanya...mungkin aku dah tak sesibuk dulu...mengurusi Sipau yang pergi dan balik sekolah serta tuisyen. Aku letakkan semua beban tu kini di atas batu jemala hubby ku yang dikasihi ini...sehingga menyebabkan kepalanya semkain botak dan uban makin melata...hahaha..
Di sini...aku kira nak pergi dan balik kelas je...makan...sembang dengan pelajar-pelajar dan rakan-rakan seunit. Dulu..ofis terbuka dan besar...perlu naik tangga...itu pun kalau rajin laaa....Di sini ofis aras bawah...kecil dan sejuk...siap makan balik ke cubic..rehat...tak banyak pergerakan. Aku jadi semakin malas bergerak. Jadinya..lemak semakin banyak terkumpul di dagu...pinggang dan perut..hermmm...dok fikir...kalau ada duit kena pergi London Weight Management lah ni...tapi dah fulus pulak tak mengizinkan.
Kat KMK..ada kerja sampingan menanti...tengok pokok kat nursery...Ada masa dipanggil..bincang soal keceriaan kolej. Kat sini..part-part tu..totally out. Cuma aku..seperti biasa..asyik terintai-intai pokok-pokok yang ada kat sini... yang dijaga dengan baik...berbunga mekar sekian paginya...buat hati mekar dan sejuk senantiasa. Ada masa terasa nak angkut balik..atau paling tidak..bawa pemangkas atau gunting kerat mana yang boleh untuk disemai. Alhamdulillah setakat ni...aku belum cuba lagi..al maklumlah takut..penunggu kolej ikut balik...hahaha...
Rasa agak kurang selesa bila badan dah berisi begini. Pinggang kain pun rasa kecil semacam. Pipi rasa bulat..bila posing...nampak kembang aih!!!!
Seminggu dua ni lagilah...bila Sipau dah habis UPSR...rasa merdeka semacam...tak fikir nak hantar dia tuisyen atau mereka ayat-ayat tragis yang mengugutnya untuk membaca buku. Hari ni pun Sipau ikut ke tempat kerja...sedang tidur berdengkur di bawah meja tu..zzzzzzzz
Mungkin aku perlu fikirkan aktiviti supaya boleh mengawal nafsu aku untuk makan. Orang puasa kurus...aku puasa semakin gemuk..ish...susah hati juga aku dibuatnya...hermmmmm....