Ahad, 18 September 2011

HUJUNG MINGGU ...



Alhamdulillah...Allah terus membuka ruang untuk aku menulis. Walau secalit..mungkin sudah cukup untuk menandakan bahawa aku masih bernafas dan masih berupaya menjalani lorong-lorong kehidupan yang penuh warna warni ini...syukur ya Allah...

Sipau telah pun menamatkan adegan suspennya menjelang peperiksaan UPSR...tu..atas..dok peluk tiang..hehehe...dia tak de terjejas apapun..seperti biasa senantiasa cool dan selamba..menyebabkan perasaan aku sering huru-hara. Gelisah..merayu...menyuruh dan akhirnya memaksa dia study..bertubi-tubi...nampak responnya seperti biasa. Betullah kata orang...ala bisa tegal biasa...tak terasa apa-apapun agaknya. Alasan demi alasan diberi..hermm...lama-lama aku pun malas nak paksa...terserahlah kepada takdir..ada rezeki..adalahhhh...

Sekarang ni..fokus harus diarahkan kepada Angah. Puteraku yang juga selamba...peperiksaan makin hampir..namun semakin keraplah pulak dia keluar...baru sahaja balik dari SBP Tun Fatimah sertai simposium antarabangsa...esok nak pergi Penang pulak dah...herm...ke mana tumpahnya kuah...kalau tidak ke nasikan..

Angah aku bawa balik petang Jumaat. Dalam sms..dok kata dia sihat...rupa-rupanya sekembali dari Johor dah demam dua hari. Setibanya aku ke sekolah..aku nampak dia tak bermaya...diciumi..panas di kepala dan badan..bila aku tanya dia demam ke..barulah mengaku dan mengangguk-ngangguk..aku nak bawa dia balik..call warden..dan rasa sedih dan marah menambat hati aku hingga ke hari ini..'budak-budak memang suka bagi alasan demam la apalah hujung-hujung minggu ni..sebab banyak program diadakan..tanpa surat doktor tak boleh balik"..

Panas telinga aku...kerana aku kira aku dah cakap paling baik dan lembut dengan nya. Angah tu tak mengadu satu apa pada aku..demam ke.. batuk ke.. selsema ke..tau-tau aku sampai ..cium dia..panas badannya dan warden tu boleh kata anak aku bagi alasan nak balik. Nak bawa Angah ke Johor hari tu..kebenaran ibubapa pun tak diminta...ni aku nak bawa balik kerana demam..kena tempelak gitu...Tanpa kebenaran sesiapa..aku ajak suamiku bawa Angah keluar ke klinik dan dia diberi cuti tiga hari..dan dengan mc tu..dia dibenarkan balik.

Aku rasa anakku itu kepenatan..sampai demam. Tekaknya sakit dan aku tengok nak menelan pun seksa...Perjalanan jauh..makan..tidur entah macamana. Al maklum..dia ni tak banyak mulut..Balik..aku bagi makan ubat..roti dan teh o..suruh dia tidur..alhamdulillah berpeluh dan sampai keesokannya tidur lena..berdengkur lagi dan malam tu aku tidur di sisinya. Bimbang sangat aku...esoknya nampak semakin pulih...

Petang kelmarin kami ke Sg. Petani..seperti biasa..suami aku buat kejutan dan yang letihnya akulah...Deeha pun ada sama..ni betul...bagi alasan balik bermalam..nakal tuuu...Petang tadi baru sampai semula ke Changlun setelah hantar mereka terus ke asrama masing-masing

Yang aku doakan dan harapkan senantiasa adalah kesihatan buat anak-anakku supaya mereka dapat menumpukan perhatian pada pelajaran. Semoga Allah menyuluhkan cahaya ilmu dan iman buat mereka semua kerana bagi aku ...tiada kebahagiaan yang setara dengan kebahagiaan melihat kejayaan anak-anak terdidik dengan perintah agama dan berjaya pula dalam bidang pelajaran. Sesungguhnya kuasa Allah merentasi segala yang berkuasa di dunia ini dan semoga kehidupan mereka berempat diberkati dan di bawah lindunganNya senantiasa...aminnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...