Selasa, 7 Februari 2012

TERIMA KASIH ABAH...


Pagi ini merupakan pagi yang  suram dalam hidupku...setelah 3 hari diisi kemeriahan..kerana adik bongsuku Elly..abah...mak dan angah datang bercuti di rumah.

Sebenarnya bukan mudah nak mengajak abah datang bertandang...ada sahaja alasan..kerja..tak de cuti..pokoknya seribu alasan. Kini ..dia dah pun berhenti kerja..dalam usia 76 tahun...dan tak sepatutnya pun bekerja lagi.

Abah sekarang tak selera nak makan...itulah kata-kata yang sangat menyentuh hati aku. Tapi aku kagumi sikap abah dalam menghadapi masalah sendiri. Tak lalu makan...bukan alasan untuk tidak ke meja makan. Abah akan duduk bersama kami semua...dia senduk nasi dulu...alahai hujung senduk aje. Kemudian...sendukkan ke pinggan mak...juga masalahnya tak selera makan...dan terus pujuk mak makan. Tak makan banyak pun kene makan sikit...nanti lemah tak bertenaga...ungkapan yang berulang kali disebut. Aku dan Elly...selalu ugut mak...tmak kene makan sikit...tak makan nanti masuk hospital siapa nak tunggu mak..kami jauh..abah tak larat nak tunggu mak...dan mak terkebil-kebil..tengok kami ...ye laaa...ye laaa... dia suap la nasi sesuap dua...Aku jeling je pinggan abah...alih ke pinggan mak...walau pun hujung senduk je nasi tu..abah akan makan lauk dan sayur...sambil sudukan kuah ..isi ikan..ayam dan sebagainya dalam pinggan mak..hermm...buat aku rasa sangat sayu..kekadang nak menitis airmata..tapi aku elakkan melayan perasaan berat macamni.

Walaupun mak sekadar ibu tiri...tapi aku adik beradik dan anggap bagai ibu sendiri. ..dan dia menumpang kasih hanya pada kami..dan setakat ni setelah 21 tahun mengahwini abah..antara mak dengan kami tidak pernah ada masalah...alhamdulillah..berkat redhanya kami menerima kehadirannya dalam keluarga kami. Kini mak memang sangat uzur..kakinya semakin sakit apabila dibawa berjalan. Nak bangun pun susah...tapi yang aku pasti ada abah yang senantiasa memberi dorongan dan semangat buat mak...sesekali buat lawak..sesekali mengugut mak...seolah abah memindahkan banyak aura dan tenaga hidupnya buat mak.

Dalam pada tak larat tu ...kami bawa mak dan abah ke TESCO..Padang Besar pulak kelmarin...dan shopping jugak lah sedikit. Kelmarin..aku nampak abah dah berselera makan..habislah dua senduk nasi..sup tulang dan malamnya bihun sup..jagung cup..pendek kata..abah perasan dia dah berselera untuk makan..lega aku melihatnya.

Pagi ini...aku peluk mak...aku peluk abah..erat..dan mak dan abah membalasnya sebegitu juga. Mak ucap berbanyak-banyak terima kasih dan minta maaf kerana menyusahkan aku..dan aku kata..tak de apa yang menyusahkan..malah mengisi hujung minggu aku dengan kegembiraan...dan paling puas...bila aku dapatlah mengurut kaki mak dan abah..walaupun aku tak lah sepandai mana....sekurang-kurangnya dapatlah sapu minyak angin tu di kaki mereka yang dah lama sakit ..dan aku tidak punya kesempatan untuk berbuat demikian selama  ini.

Sebelum aku keluar bekerja pagi tadi...bersalaman semula dengan abah..mak dan adikku...dan seperti biasa..peringatan abah buat aku...kau jangan risau-risau sangat Ida...Ajid tu pandailah kami nasihat...Elly dan Sabri ada tuk tengok-tengokkan dia...aku hanya berupaya menganggukkan kepala..berjalan terus menuju tangga tanpa menoleh lagi..kerana airmata mulai berderaian. Tidak ada kata-kata yang dapat diungkapkan untuk mengenang jasa dan kasih sayang abah buat aku yang serba kekurangan ini...tak terbalas hingga akhir hayat...terima kasih ABAH...semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmatnya untukmu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...