Sabtu, 17 Mac 2012

DUA RASA...


herm...

gembira rasanya... kerana...hubby tak jadi berpindah ke KMPP...kesilapan mata...bertukar menjadi silap mata...haha

gembira...kerana Angah akan pulang untuk menerima keputusan SPM..rindu aku padanya akan terubat kiranya....

Namun...

sedih...kerana impian aku untuk beredar keluar dari kuarters ini akan terus jadi mimpi di siang hari...

sedih dan takut ...kerana ...bimbang akan keputusan pepriksaan Angah..kalaulah masa dapat kutahan  atau diputarkan semula...dah tentu akan aku gunakan kuasa itu..

sedih...kerana..sunyi dan sepinya rumah ini...leteran tenggelam di kerongkong...intai dan jengok di setiap sudut...tiada siapa di situ...dan ciuman Sipau setiap malam akan terus terasakan...huhuhu...

antara sedih dan gembira..buat aku termenung dan merenung jauh ke dalam tasik hati...duhai hati bersabarlah menempuh dugaan yang datang dan pergi..kerana itulah hakikat kehidupan yang hakiki...wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...