Jumaat, 2 Mac 2012

MELAYAN MALAM...

'..
Jam dah menunjukkan jam 11.52 malam...nak sampai tengah malam dah ni...dan mata aku segar..sesegar segarnya. Tak de laa nak menguap ke ape..haih berat ni..mau sampai pagi  ke agaknya...

Hubby tak ada di rumah...dia balik kg petang tadi. Kesihatan mak terganggu dan dia nak menjenguk...katnya nak bawa balik kerusi roda mak yang tinggal di rumah ipar aku...dan aku iya kan sahaja. Sebenarnya sebelum sampai di rumah aku bercadang nak ambil cuti kecemasan je esok...nak jugak rasanya tengok mak...dan aku juga turut bimbang bila suami aku drive berseorangan..kot2 mengantuk ke...hujan pun sekarang ni lebat. Tapi bila ditanya..herm ...dia jawab tak jawab je..dan aku kena faham yang dia tak setuju aku ikutbalik.. faham yang aku ni perlu jenguk anak-anak aku di asrama..nanti ada pulak yang kering airmata.

So...berseoranganlah aku ...melayan malam ... menunggu siang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...