Rabu, 6 Jun 2012

RINDU...

Akak...kanan..idung Akak makin besar ibu tengok...hehehe..ibu rindu Akak

Herm....kepala aku ni rasa berat. Mata pun kelabu je. Mc hari ini. Harap aku dapat rehat sikit.

Banyak sangat perkara bermain di minda. Ada yang tersorok jauh di sudut hati. Ada yang berlegar di depan mata dan ada yang nakal mencuit ruang-ruang kosong dalam sanubari

Senyuman Akak mungkin sedikit mengubati. Aku rasa rindu sangat dengan Akak sehari dua ni...Akak akan menghadapi peperiksaaan akhir sem 2 tak lama lagi. Ibu doakan Akak sihat dan berlapang dada dan hati dalam menghadapi ujian. Walaupun ibu jauh...namun Akak sangat hampir di hati ibu. 

Akak semakin matang dari sudut pandangan aku. Aku sudah boleh berkongsi banyak perkara...termasuklah tentang masa hadapan adik-adiknya. Aku doakan segala yang terbaik buat Akak dan aku mohon maaf kerana janji aku nak ke Terengganu ambil dia pulang ke rumah tidak kesampaian...banyak sangat halangan..

Haih...aku ingat nak landing sekejap. Badan rasa tak sedap sangat ni. Digagahkan jugak menulis..mengharapkan fikiran sedikit ringan.

Buat semua yang jauh di mata..jaga kesihatan..aku doakan yang terbaik..kenang daku dalam doamu..kalian tetap tersemat manis di hatiku...wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...