Akak dan Angah...Kolej Cendana Seksyen 6 Shah Alam
uishhhh...lamanya tak update blog ni...banyak cerita yang terbentang di ruang hati...namun kesibukan aku kebelakangan ni banyak menghalang...
ada yang manis..ada yang pahit..ada yang kelat..masam,..masin...kesimpulannya..lebih dari tiga rasa laaa..
20hb Jun hari tu..aku dikejutkan dengan panggilan bermesyuarat di Putrajaya. Herm...terkejut beruk juga aku ni...al maklum..rasanya kali terakhir aku ke KL berkursus adalah pada tahun 2007. Lama dah tu...Tuhan yang tahu gedebak gedebuknya degupan jantung aku...al maklum...TP kami menyarankan aku ni naik flight saje...
Keputusan pun dibuat di saat akhir...apabila suami aku ni beria-ia menggesa aku naik flight..sedangkan aku ni tak pernah sekali pun naik flight sendirian. Aku ni mengekori kawan2 aje..sampai tak pernah ambil tahu mana kaunter nak check in..pintu mana nak masuk..aras mana...macam2 lagi laaa...sampai nak pasang seatbelt pun aku risau...entah macamana....
Namun akhirnya..berkat ketidakmaluan aku bertanya kekawan dan insan-insan di airport tu..akhirnya aku selamat pergi dan selamat kembali sendirian..hahaha..walaupun pengalaman sebelum pergi tu amat menjeruk rasa dan minda aku...seolah2 orang nak mempermainkan dan memperbodohkan aku je...Ye laaa...ada choice lain tapi dipaksa ikut cara lain yang menyesakkan fikiran aku je...dan sebenarnya..itupun aku dah merge sana sini...kalau tidak lagi haru biru perjalanan aku tu...
Tamat satu episod...datang pula episod yang lain...sekembalinya aku dari bermesyuarat...memperlengkapkan urusan Angah. Segala urusan yang memerlukan tanda tangan saksi, majistret, penjamin..dan pelbagai hal dari sebesar-besarnya ke sekecil-kecilnya terpaksa aku cerakinkan satu persatu. Banyak dokumen yang belum lengkap..buat aku ni menarik nafas dalam-dalam...kerana kadang-kadang timbul persoalan..perlukah aku buat segalanya seorang diri..mengheret anak ke sana ke sini berseorangan supaya urusan berjalan lancar,...sedangkan yang seorang lagi berlabun dengan kawan-kawan minum teh tarik..menyembang dari pagi sampai petang dan sampai ke malam adakalanya...
Memang aku rasa sangat tertekan..menyiapkan urusan Angah . Dan Angah pun nampak simpati sangat kat aku...hari-hari dia bertanya..ibu nak buat apa lagi..Namun apa yang dapat dia lakukan..sekadar mengisi borang-borang yang berkenaan sahaja dan urusan lain terpaksa aku uruskan untuk kesekian kalinya..
Alhamdulillah..segalanya sudah selesai. Angah pun dah tamat minggu oriantasi...dan hari ini briefing MARA katanya. Herm...sesekali bila aku teringatkan Angah..aku akan menarik nafas panjang. Perjalanan hidupnya semakin jauh..dan aku dengar khabar..bahawa antara kursus yang paling mencabar adalah kursus yang diambilnya. Aku dah maklumkan padanya sebelum dia keluar dari PASUM. Sanggupkah dia menghadapi kesukaran-kesukaran itu...atau kekal sahaja di PASUM. Dan seperti biasa...jawapannya dalam sms.."ibu janganlah negatif sangat...Insyaallah Angah boleh buat...ibu janganlah risau"
Aku cuma boleh mendoakan. Semangat anakku itu harus diberi sokongan yang padu. Minggu yang mendatang ini..ada Along menemani..dan semakin hari aku tengok..Along semakin matang serta banyak membantu aku berfikir dengan lebih rasional. Aku mengharapkan semoga Allah senantiasa memelihara keselamatan , kesihatan dan mempermudahkan segala urusan anak-anakku...serta membekalkan keimanan yang tinggi buat mereka.
Tahun depan Alang pulak..haih..Korea destinasinya..konon-konon lah tu...hehehe..wallahualam...:)))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan