Ahad, 14 Oktober 2012

SECEBIS CORETAN...

Deeha and Sipau

Beberapa minggu ini memang menekan perasaan. Banyak kerja yang harus diselesaikan. Datang dan datang..buat aku tak lena tidur.

Akibatnya...aku rasa sangat keletihan..di luar dari kebiasaan. Kadang-kadang rasa macam nak berhenti kerja..rasa nak pencen cepat..nak tinggalkan dunia yang menyuruh aku buat itu dan ini tanpa batasan.

Kelmarin..melakar kisah pendek yang sangat mengusik jiwa..mendalam gurisnya..terkenang-kenang...

Pagi2 lagi aku dah bergerak keluar dari rumah...jemput rakanku Hajar ke kolej.  Mengejar minit larian KAKOM kononnya..jadi..sampailah kami dalam jam 7.30 gitu..makan nasi lemak sebungkus dengan air teh o secawan kecil. Tanpa menunggu acara..aku bergegas meninggalkan astaka...menyediakan 15 rangkap pantun yang ditugaskan. alhamdulillah dengan bantuan rakan...Ros dan Hajar....siap hampir jam sepulu pagi. Rentetannya aku hadiri majlis penyampaian hadiah dan penutup larian...

Pulang..hantar Hajar dan ambil baju yang telah siap dijahit. Perut rasa tak begitu lapar...maka pulanglah aku..ketiduran sebentar...mandi dan bergegas bersiap nak melawat anak2..tanpa suami di sisi kerana dia sibuk ke kem KAKOM..beri  motivasi kat anak2 orang di sana. Sudah beberapa minggu tak lekat di rumah hujung minggu. Week days dah tiada...week end pun begitu...

Aku singgah membeli nasi paprit, tomyam dan air cincau bandung...sebagaimana pesanan dalam sms si bongsu..aku beli dua set..untuk Deeha sekali. Dalam pada itu baru rasa lapar kerana bau tomyam tu..tapi aku malas nak layan kerana aku dah lewat..hampir jam 4 petang kerana dah janji dengan Sipau.

Maka bertemulah aku dengan Sipau..nampak Sipau gembira ..kerana kirimannya tertunai..namun ada satu lagi yang aku lupa..topup untuk kawannya. Lalu aku pun keluar ke u station di depan sekolah..beli dan setelah berbual sebentar meminta diri..memeluk sipau...cium dan beredar pergi..takut Deeha menunggu pulak.

Dalam perjalanan...banyak benda yg aku fikirkan..hal Angah yang nak belajar driving..Akak yang akan pulang berhari raya..pendeknya...hal anak2 je yang  bermain dlm fikiran aku..

Setibanya aku di sekolah...Deeha tiada di situ...macam biasa aku minta tolong pelajar di situ memanggil. Selang 5 minit ..kelibat Deeha kelihatan. Baru bangun tidur agaknya...itulah yang terdetik di hati.
Bila dia membuka pintu aku tersenyum lebar...herm...baru bangun tido ker..tegurku..dia mengangguk..matanya melilau mencari sesuatu...ibu..tak bawa kamera ker...adik dah msg tadi...hah?..mana de..kataku..sampai tangan buka msg di fon. Akhirnya aku bertemu msg tu..dan maklumkan bhw aku tak sedar...msa tu mmg masa penyampaian hadiah bising,,,tak payah la adik...nak buat apa...takkan adik nak suruh ibu balik ambik pulak?..hem..esok ibu tak kerja.. hantarlah...

Entah mengapa aku mula naik angin mendengar kata-kata tu...herm..macamana ibu nak hantar..esok bukan boleh masuk pun. Nanti pak guard marah ibu..dah lah..belajar jer,,,adik jangan laa suruh ibu macam2..ibu letih laaa adik..ni..adik tau tak..ibu ni makan tengahari pun tak lagi...tu adik asyik bergambar..tu belajar tu yang penting..dok bergambar jer tak sudah-sudah..

Aku pun tanpa sedar meninggikan suara. Aku ambil semua barang kirimannya termasuk nasi dan lain2..kuhulurkan kepadanya..dah..ni ambik..belajar tu..ibu nak balik..ayah dah la tak ada...ibu letih tau adik...semua ibu nak buat..ibu tak larat..nanti kalau ibu tumbang.. masuk hospital baru adik tau..ibu ni sorang2 je di rumah tu...

Deeha..menolehkan mukanya memandang ke luar tingkap. Dia tak anjakkan dirinya..tangisan mula kedengaran..herm..nape adik nangis pulak...tanyaku..dan suara sebak Deeha keluar..hermmm..nape ibu kata adik tak belajar...adik belajar la ibu...dan esakkan terus menelurusi bibirnya. Airmata deras turun..dan .buat aku tak tertahan mendengarnya dan aku peluk Deeha seeratnya...

Bukan ibu kata adik tak belajar...ibu kata jangan sibuk lah pasal kamera dan nak bergambar tu..periksa dah dekat..adik kene belajar..nanti adik nyesal..dan getaran suara mengatasi segala-galanya..Deeha tambah kuat esakkannya dan aku pun menyertainya..mencurahkan perasaan dan isi hatiku..yg sangat sepi dan sunyi akhir-akhir ini. Banyaknya kerja..buat aku penat dan merasakan bahawa tiada kehidupan lagi selain berulang pergi dan balik ke kolej..ada  kala sampai ke malam..

Aku peluk Deeha sampai tangisannya reda dan aku pun memujuknya supaya terus berusaha demi masa depan. Aku minta maaf dan dia mengangguk..aku tak sengaja mahu memarahi...tapi entahlah ye..sebenarnya banyak sangat benda yang bersarang di dalam hati.

Ibu tak marah adik kan?..ibu janganlah marah adik...tanya dan pinta Deeha..aku mengangguk..dan mengusap airmatanya..memeluknya sekali lagi dan dia tersenyum sedikit..cukuplah pengubat rasa...dia turun dari kereta setelah banyak pesanan aku tinggalkan kepadanya..dan anggukkannya cukup meyakinkan aku hatinya dah terubat...

Perjalanan pulangku  berbekalkan rasa sebak. Namun dalam sebak..rasa sedikit lapang kerana banyak yang terluahkan..entahlah ye...entah sampai bila aku boleh bertahan..hanya Allah yang menentukan segalanya. Doakan semoga Deeha dan anak-anakku yang lain akan terus dilimpahi rahmat dari Nya...amin...Ini adalah secebis coretan dalam hidupku..yang impaknya akan abadi selama-lamanya dalam hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...