Selasa, 20 November 2012

Astaghfirullah...

Pagi ni aku bangun dengan rasa sebal di hati..entah apa yang tak kena lagi....

Sambil menyapu rumah FB online...sambil tengok status rakan-rakan..Macam-macam..ada yang memperjuangkan Gaza..ada yang memperjuangkan PAS..ada yang memperjuangkan hak sendiri..perasaan sendiri..dan aku LIKE sana dan sini...

Pun masih ada yang tak kena...letih nak mengawal perasaan sendiri ini...yang kadang-kadang tak tentu hujung pangkal...tak kena je di mana-mana. Terus fikir sampai siap satu rumah aku sapu..

Sampailah Deeha menelefon sekejap tadi. Suara sedikit ceria...Mummy..tadi ok..tak tau nak cakap macamana leganya perasaan aku...satu-satunya paper yang dikatakan ok...Add Math paper 1 setelah 4 paper berlalu dengan pelbagai masalah. Entahlah macamana petang ni. Diharapkan juga membawa seribu harapan dan sinaran buat Deeha..aminnn.

Aku kembali ke laptop...sambil replay zikir Hafiz Hamidon..Astaghfirullah..sayu-sesayunya hatiku ini. Terimbau komen rakan-rakan FB yang mengisahkan anak-anak yang gagal..anak-anak yang berjaya..dalam UPSR..suka dukanya menghadapi dugaan tuhan yang disalurkan melalui anak-anak ini...

Aku sendiri ada banyak pengalaman...pelbagai citarasa..manis masam pedas pahit semua ada. Anak-anak ada kekuatannya yang tersendiri. Janganlah bimbang wahai ibu dan bapa muda semua. Aku pernah menangis kesedihan bersama-sama anakku Akak kerana gelincir B dalam matapelajaran Sains.pun kini percaya atau tidak Akak sedang meneruskan pengajian dalam bidang Biologi di peringkat ijazah.. alangkah agungnya kuasa tuhan..Malah aku pernah menangis kegembiraan tidak terkata kerana Deeha dan Sipau yang sangat sederhana tahap kemampuan mereka... tidak dijangka pula mencapai straight As..begitu juga tangisanku kerana  anakku Haziq telah berjaya tahap demi tahap dalam peperiksaannya.

Dalam kejayaan dan kekecewaan pasti ada hikmah di sebaliknya. Anak-anak umpama rencah dalam kehidupan..terlebih di sini kurang di sana... sudah menjadi adat. Yang penting doakan mereka supaya berjaya. Aku pun senantiasa mendoakan mereka dengan rasa rendah diri. Pohon ampuni dosa-dosaku saban waktu..pohon ampuni dosa-dosa mereka..anak-anakku. 

Dan..paling penting..wahai sahabat-sahabatku sekalian...ampunilah dosa-dosa mereka terhadap kita..yang mana jelas kelihatan mahupun tersembunyi..kerana bagiku..itulah kunci doa yang paling mustajab buat anak-anak... yang lahir dari rahim kita ini...setelah 9 bulan terbuai lena dalam kandungan kita ini...wallahualam...astaghfirullahhalazim..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...