Mereka..yang tersangat kurindui...
Baru sahaja habis membaca blog Ummi. Herm..macam-macam perasaan ada...seronok ada...sedih ada..kesal pun ada..entah ye..begitulah adanya.
Seronok terasa kerana terlaksana juga tugas kawan-kawan akrabku yang susah senang bersama dulunya. Tiga vanue telah berubah rupa...walaupun aku tahu..mereka menggunakan sumber yang ada sahaja..kecuali backdropnya...satu kejayaan. Alhamdulillah..berguna juga nursery jenuh diperjuangkan dahulu..kalau tidak penat juga cari sumber. Dan aku paling suka tengok astaka..warna terang dan menarik...sangat-sangat mengalukan peserta dan hadirin yang hadir...tahniah buat semua..Thanx to Ummi..selalu update hal kolej..dan aku dapat banyak info tentangnya...
Sedih pula kerana teringat kisah dulu...Kawan-kawan yang telah ditinggalkan pergi...sangat sakit rasanya meninggalkan. Apapun itulah dugaan tuhan..rezeki aku bukan di situ..di tempat lain...dan rupanya di tempat lain pun tugas aku memang seiras saja..malah lagi penat kerana tidak lagi berteman macam dulu...banyak keputusan terpaksa dibuat sendiri..tidak ada kawan nak dibawa berbincang..aku harung je...jangan tak buat..dan terpaksa berpuas hati dengan apa yang terdaya.
Kesal pun ada kerana aku tidak cuba meluangkan masa bersama-sama menyaksikan kerja-kerja persiapan...aku minta maaf sangat-sangat kawan-kawan. Bukan tak mahu pergi...bukan nak menyombong...tapi...setelah ditapis dan difikir-fikirkan eloklah aku tak pergi. Suamiku dah ada di sana. kami sama-sama orang luar. Mungkin tak manis dipandang sesetengah orang. Hati orang kita pun tak tahu...dan sebenarnya hadirnya suamiku di sana juga sedikit membimbangkan aku. Aku .rasa mengelakkan diri adalah lebih selamat. Takut aku terover acting lagiii...kadang-kadang kita lupa...kita ni siapa sebenarnya...aku harap kawan-kawan faham kedudukan aku...
Ditambah pula...anak-anak aku semuanya berada di rumah. Aku fikir baiklah aku meluangkan masa yang sedikit ini bersama-sama mereka. Kalau masa berseorangan aku merindui...mengapa mereka ada.. aku pulak pergi meninggalkan. Inilah masa untuk aku memasak..mengemas..bermesra...dan paling penting berleter..dah lama tak meluahkan perasaan..dan..Akak dan angah pun dah balik ke UMT n INTEC kelmarin. Hermmm...penat aku..urus sendiri sampai ke malam. Suami pun dah tak peduli..aku ni selamat tidaknya memandu malam..asalkan dia dapat ikut serta malam mesra tu..entahlah..kadang-kadang rasa kecik hati pun ada..tapi bak kata orang.. buat letih merajuk hati...siapa nak peduli...
Inilah suratan dunia buat aku. Bukan nak mengeluh..cuma nak luahkan apa yang dirasa. Sekurang-kurangnya berkurangan beban di hati. Apapun segala halangan dan cabaran harus diharungi juga...sekadar rasa yang tidak ramai merasa...wallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan