Isnin, 27 Disember 2010

SUNYI MENYAPA...

Deeha..Sipau dan Angah..tiga serangkai yang sangat akrab..

Hermm...beberapa hari lagi penggal persekolahan akan bermula. Aku ni memang sensitif sangat part ni. Bila tengok anak-anakku mula berkemas..hati pun berkecamuk sama seperti barang-barang yang bertaburan belum dikemas tu.

Dua tiga hari ini aku tengok..anak-anak mula basuh cadar dan selimut asrama..buka sahaja pintu nampak mereka sidai di ruang makan...herm...berderau darah aku..haahhhh...anak-anak nak tinggalkan aku untuk kesekian kalinya. Kekadang aku terus ke dapur..intai  anak-anak orkid...kekonon je tu kerana airmata dah nak bergenang..kekadang terus masuk bilik..kesat yang dah jatuh..kekadang buat-buat bebel yang rumah tak berkemas nak cover apa yang terguris dan terdetik di hati..Kekadang aku heran jugak...tak redha kah aku??? anak bukan ke mana..nak belajar jer. Sampai ke hari ini aku sendiri tak boleh menjawab persoalan yg bermain dalam benak dan fikiran aku ni.

Malam kelmarin aku ketiduran di ruang tamu..biasalah tu..sejak mereka ada di rumah..aku terpaksa bagi warning pada Angah..tidur cepat...jangan dok main game sampai ke pagi...mundar mandir sana sini..minum segelas susu dan tidur semula. Sampah..pinggan di singki selalunya Angah akan settlekan sebelum dia main game. Malam tadi bila terpandang Angah balik dari masjid selepas isyak...nampak pula buang sampah selepas makan malam...sayunya hati aku...beberapa hari lagi buah hatiku ini tak akan nampak kelibatnya sehinggalah sebulan selepas itu. Tentu rindunya membara..tentu aku sedih tengok sampah yang ada...tentu aku terpandang-pandang susuk tubuh anakku berbaju melayu mengetuk pintu sambil memberi salam masuk ke rumah...segala-galanya tentu...

Beberapa malam yang lalu..aku sengaja berbaring di antara Sipau dan Deeha..sambil cuba bergurau senda dengan mereka berdua...selagi ada ruang dan masa yang hampir ke penghujungnya ini...

Alang...nantikan... bila alang balik asrama tau tak ape jadi?
Herm...ape?
Baby ni wat macam2 alasan nak tido ngan ibu
hehehe.awat
nantikan dia katakan...
mama...leh tak adik tido ngan ibu...hermmm...adik takut laaa.
hehehe
esoknya pulak..
mama...hehehe...adik tido ngan mama laaa yeee...
haaaaaahaaaahaaa
esoknya lagi..
mama...adik rasa tak sedap badan laaa..cuba mama rasa ni..adik macam demam je..
kahkahkahkah
lepas tu esok tu...
mama..perut adik macam sakit je..tak tau sebab ape...leh adik tido ngan mama tak..tak leh tak pa laaa...
hikhikhikhik
ibu..pun kata..ok laaa...jom
lepas..lepas tu pulak..dia buat lakonan lak...buat-buat tido...ibu pun pimpin dia..masuk bilik ibu laaa...mesti dia tergelak dalam hati
hermm...mama nih...hahahahahaha
peh tu kan...dia pun mulalah tido awai...sebab dia takut ibu tido dulu
ya kaaaa.
ha laaa
dah tu,...ibu selalu ajak dia tido ngan ibu...dia buat-buat marah laaa pulak
palah mama ni...p lah tido kat bilik mama tu..kacau orang jer...
dia tutup muka dia dengan bantai...
hehehe..
Deeha...terus terkekeh ketawa dan Sipau..turut tergelak sakan..sambil aku ambil peluang memeluknya..

Aku bangun dan tinggalkan mereka yang masih terkekeh kecil...herm entahlah...itulah sahaja masa luang yang ada. Gurauan sejenak yang meninggalkan kesan mendalam dalam jiwaku. Selepas aku peluk Sipau aku peluk Deeha...Deeha yang berbadan kecil...meronjong je tingginya. Tak lama lagi nak berpisah..rindu tentunya...tersangatlah rindu..Sipau lagilah..Angah dan Deeha kawan bergomol siang dan malam. Sampai terkeluar kaca cermin matanya..bergomol sakan...

Aduhai ...masa berlalu terlalu pantas rasanya. Tak terasa ...yang terkesan hanyalah apabila detik mendatang untuk anak-anak  pulang semula ke asrama..tersangat pilu dan nyilu di dalam hati..kesunyiaan bakal menyapa...sendu datang menyeru.....mohon berundur dahulu..luruh sudah airmataku....

Khamis, 23 Disember 2010

MILIK BERSAMA...

Rakan-rakan seangkatan...bersama meraikan kejayaan bermakna...
Amboi..hang dok tengah nooo...
Ngape kelabu nih...
Ayah ni...tak nak senyum pun..buang je laa kemachoan tu..hehehe
Bersama pengetua...
Tergambarkah dengan kata-kata ...perasaan anakku yang ketiga ini..Deeha...kegembiraan yang teramat..kegembiraan yang tidak tersangkakan olehnya...Sebaik dimaklumi anakku yang 8A itu miliknya ..aku dicengkam sebak dan menitis airmataku sepanjang perjalanan menjemput Angah dari kelas tuisyen di Kangar..betapa aku terlalu ingin memeluknya...mengucapkan tahniah berkongsi kegembiraan..namun harus membahagi tugas sama rata buat anak-anak yang setapak demi setapak membina harapan ..mengembangkan sayap hidup. 

Apapun...tamat sudah suatu penantian..tiba pula yang lain...untuk Angah dan Sipau pula tahun hadapan. Aku semakin yakin dan sedar...betapa hebatnya perasaan meniti kejayaan anak-anak...lebih daripada segala-galanya di dunia ini...Buat keempat-empat anakku dan suami...tahniah...kejayaan ini adalah hasil pengorbanan dan ianya milik kita bersama...

* penghargaan teramat juga ditujukan buat adik-adikku terutama Suhaili dan Sabri..abah dan mak..yang senantiasa mendoakan kejayaan Deeha..hanya mereka yang mengerti betapa sulitnya aku menghadapi perjalanan dan rintangan sepanjang minggu peperiksaan tersebut...terima kasih sekali lagi...

Rabu, 15 Disember 2010

ANJING...



Huh..apasal pulak aku ni teruja sangat menulis tentang anjing ini...aku cuma mahu kita sama-sama renungkan bidalan orang tua-tua ni..supaya jadi pengajaran kepada kita ni...terutama buat si tua seperti aku ni...
Bagai melepas anjing tersepit..terlepas..kite pulak digigitnya balik
Bagai anjing menyalak bukit...letih menyalak..bukit tak runtuh-runtuh jua..sikit ke punya sia-sia kerja tu!
dan yang paling aku suka...bila...ada OrANG kATa....JanGan TAkut AkAN AnJinG YaNg kUAT MenYaLAK ..Ia tiDAK AkaN MEnggiGIT...TAPI...BerHAtI-HaTiLah DenGaN AnjiNG YaNG seDang DIam...BiLa BiLa maSA sahaJa IA bOLEh MenYErang AnDa!!!
agaknya mungkin kerana seminggu ni aku asyik terserempak dengan anjing je kat bawah blok ni..teringat pulak akan 'anjing kurap ' yang sedang berkeliaran di luar sana...benarlah bahawa isi alam ini punya impak yang sangat besar kepada minda dan hati nurani kite....wallahualam

Jumaat, 10 Disember 2010

MAYONIS LAAA...

Macam gigi Sipau...kahkahkah
Aku terlelap panjang petang tadi..selesai solat zohor..keletihan sangat. Apa yg aku buat sampai flat camtu?

Pagi bangun dah berkira menyiram pokok bunga aku...hah letih..dari beranda ke beranda...belakang dan sisi rumah...sambil tu..fb on..sambil menyelam minum air kata orang...Lepas tu masak nasi lemak seperiuk..Sipau teringin makan nasi lemak katanya. Ibu dah lama tak masak nasi lemak..masaklah aku..call akak suruh balik makan. Angah jam 9.00 dah keluar ke tuisyen..dihantar suami. Jam 10.00 baru Akak sampai. Mengeroh lah tu..ape ke lagi..ish.ish..ish..

Deeha bangun lewat hari ni..buat aku naik hantu..bebel suruh bangun..kemaskan rumah. Al maklum..sampai jam 11.30 pagi..sejuk je dalam rumah tu..macam baru jam 7.oo pagi. Lalu depan beranda..ternampak pulaklah kat pokok ros jepun aku..tak berbunga lagi..pokok dah nampak segar..tak kena cahaya matahari kot..sambil kemas sikit rumah..aku buat pulak para untuk ros jepun tu..para dengan ape?..besalah..aku ni kan suka recycle barang terpakai. Adelah rak baju mana entah..aku ikat dengan dawai dan ...taraaa...dah siap para aku. Aku pun bubuh dua pasu bunga kotak tu...ok gak laaaa...harap-harap berbunga lah ...hujan gerimis..tentu segar pokok tu nanti..

Siap je..bersilat lak aku masak...minta tolong Sipau siang udang..membebel-bebel mulut dia sambil siang udang depan tv.. Deeha tolong sapu rumah...herm..cara dia lah..kuis sana sikit..kais sini sikit...aku terpaksa berpuas hati. Hari ni menu..udang masak cili padi...goreng lembab ikan terubuk...ulam raja plus sambal kelapa dan penyicah kicap ikan...Akibat keletihan aku makan sesenduk nasi..ulam dan kepala ikan. Sipau cukup tak suka aku makan kepala ikan tu..dia bebel lagi..aku kata...herm..isi nanti tak cukup untuk alang dan angah..jadi ibu makan kepala dia je lah...hish..tu la ibu...suka sangat berkorban..ayat ni memang sinonim dengan Sipau...aku teringat lak aku kenapa orang tua suka sangat makan kepala ikan...mungkin kerana tak cukup lauklah tu kan!!!...kesian...tapi aku ni..memang suka makan kepala ikan..tu sebab aku ni lembab semacam kot..bukan sebab tak cukup lauk..saje suka...

Aku ketiduran lepas makan..sebaik lepas solat..mula-mula tertidur di sofa..bangun sambung pulak kat carpet..weh..aku mimpi memacam..ingatkan tido malam..hehehe..Terjaga sebab Sipau asyik hinggut badan aku minta kebenaran ...nak masak fries...dah dekat kul 6.00 rupanya..waduh..berpinau mata aku..aku ke dapur lagi...nak rebus jagung....tapi dua anak dara tu macam tak setuju je...aku buat-buat tak paham...ajak depa siat kulit jagung tu...sambil kata ..masak fries esok je la..hari ni makan jagung dulu
Sambil siat..sambil bebel..dan aku dengan Deeha asyik tergelakkan Sipau..kerana jagung yang disiatnya tak ubah macam giginya yang tak teratur...bertindan lapis..tak cantik..Macam besa...Sipau memang pencetus idea yang sangat berkesan...

Ibu...jagung ni kannnn..leh makan dengan apeee?
Deeha menjawab dengan selamber, lembut dan nada yang menyayukan
...dengan mayonis laaaaa...

Haaaahhhhh...sakit perut kami bertiga tergelak sakan. Tak de orang yang makan dengan mayonis pun...Selama ni tak pernah pun mereka tanya nak makan dengan ape...saje nak buat aku simpati. Tak sampai di hati...aku pun jerangkan jagung tu..solat sebentar dan goreng pulak fries sikit. Rupanya Angah..betul-betul sadur mayonis kat jagung tu dan makan dengan seleranya. Nak tergelak aku tengok...Sipau dan Deeha pulun makan fries... bebel lagi sebab aku goreng sikit jer...ish...Angah join dan aku makan jagung je..habis fries ...yang berdua tu makan jagung dengan butter pulak...
Sambil makan... hati aku terus menggeletek..teringat scene rayuan dalam sindiran sebentar tadi..herm...aku akan rindui senyum..tawa..bebelan tu sampai bila-bila...haih...sampai bila-bila....

Selasa, 7 Disember 2010

AKU PERLU BERHIJRAH...

Nampak tak pelangi tu?...aku snap sambil drive kelmarin..giler punye keje..harap-harap hidup akan seindah pelangi ni kelak...
Salam Maal Hijrah buat semua...

Pagi agak dingin dari selalu..petanda baik aku kira...walaupun dah jam 7.04 minit di luar sana masih gelap. Aku fikir nak tidur semula selepas subuh tadi...rasa badan pun tak begitu stabil dari malam semalam..tapi pejam-pejamkan mata...tak mahu lelap jugak. Banyak benda yang datang melayang dalam fikiran aku ni...perkara yang sama..datang dan berulang datang..

Pertama-tamanya tentang anak-anak aku. Sekarang ni aku sedikit sibuk...berulang alik hantar Haziq ke tuisyen di Kangar. Dua kali sehari ..bermaksud ulang alik dah ambil 8 kali perjalanan...memakan masa hampir 4 jam . Hem..tapi tak pe lah sebelah malam suami yang hantar...jam 11.00 malam macamtu baru Haziq sampai..dan selagi dia tak sampai ke rumah..kalau tertidur pun.. aku tidur di ruang tamu aje..bimbang. Keadaan ni akan berlarutan sehingga 26 Disember..haaahhh!...lama lagi tu...tapi tak pe lah..sejuk hati tengokkan semangat anak terunaku itu...Apapun aku akan cuba penuhi niat sucinya nak menimba ilmu..selagi terdaya olehku untuk penuhi akan kupenuhi. Hijrahnya...memperbaiki dan menokok tambah ilmu di negeri jiran..Perlis Indera Kayangan..wei ..jauh tu...hehehe

Akak..like always..dengan dunianya. Aku fikir sempena Maal Hijrah ni..aku nak bertekad...let her free...free to make her own decision...dan biarlah dia berusaha sendiri. Aku rasa dah tiba masanya aku stop monitor dia. Mungkin selama ni aku masih anggap dia perlukan bantuan penuh dari seorang ibu untuk menguruskan segala-galanya termasuk hal-hal berkaitan dengan pelajaran...tetapi ternyata agak meleset. Aku lihat dia mahukan kebebasan untuk buat keputusan dan tindakan sendiri...jadi mungkin tak salah aku berundur setapak demi setapak...tunggu dan lihat. Agak sedih juga nak buat keputusan begitu...tapi itulah hakikat yang sepatutnya aku terima dengan hati terbuka...sejak dulu lagi mungkin.

Sipau dan Deeha like always too...adap laptop..sekarang dah pandai berblogger pulak. Blog design jauh lebih cantik dan cangih dari blog kudusku ini. Hijrah juga namanya tu kan...positively..ok...aku boleh jugak monitor sikit perkembangan fikiran dan perasaan mereka..tapi..herm..post kedua dah minta ibu belikan memacam..pandai si comei dua orang ni no..hehehe...anyway...penawar hati yang sangat mujarab

Most of all...aku dah lama fikirkan hal ni...aku nak berhijrahlah secara beransur-ansur...tukar sikit imej aku yang telah dicop suka ambil tahu hal 'orang' ni ke imej baru...stop doing this from now onwards. Sudah tiba masanya aku fikirkan hal diri sendiri. Sebelum ini...aku fikir..aku nak bantu memperbaiki jaluran hidup insan-insan yang aku kenali dan kasihi agar lebih sempurna...sesempurna kehidupan orang lain dan segalanya dapat dikongsi bersama..but..i guess not...don't u ever do this...aku peringatkan kepada semua...sangat memeritkan dan mendukacitakan rupanya...tak terdugakan hentaman hebat menghentak diri aku...Anyway..tak mengapalah..ini adalah salah satu cabaran yang membuat aku sedar bahawa sehebat mana sangatlah diri kita ni...kurangnya... seluas lautan...alhamdulillah..amaran lebih awal telah diberikan Allah s.w.t...but..hermmm...hakikatnya memaafkan bukan bererti melupakan...akan terkenang sampai bila-bila..

Kelmarin aku ronda dengan Haziq arah ke Beseri..nak beli kuih idaman Sipau. memang sedap pun..tapi sayangnya dah habis licau..tinggal bakul je..herm..kesian si gebu aku tu..teringin itu dan ini sesaja dia pun...Dalam perjalanan aku nampak lagi rumah cantik dengan pergola ..bongsai dan batu besar di lamannya tu..huhuhu..Setiap kali lalu..aku tengok, tengok dan tengok. Setiap kali juga lah hati berkata...bilalah aku nak dapat tinggal di rumah sendiri..kecik pun jadilah...entah macamana airmata ni bergenang jugak...macam selalu...aku kesat cepat..takut Haziq nampak. Well...rumah aku di kampung disewa..tak de rezeki nak duduk di sana. Selagi anak-anak masih di sini. Pujukan aku agar suami beli sebuah rumah kecil pun masih dalam pertimbangan...tak tahu berapa tahun perlu masa untuk pertimbangan ini diluluskan...So...untuk elak diri dari terus dirundung keinginan melampau ni..aku juga harus berhijrah...lupakan sahajalah niat tu mungkin. Adakalanya antara keinginan dan kemampuan terdapat jurang yang sangat dalam. Mana mungkin kite mengawal cara berfikir oranglain... agar mengikut cara kite berfikir..betul tak?..tuntasnya...lupakan sahajalah niat tuuuu...kan senang!

Haih..panjang sangat aku menulis ni...siapa nak baca pun... aku tak tahu. Ini cuma sebahagian luahan hati aku...banyak lagi yang menyarang...hijrahnya...insyaallah akan aku kotakan....ameennn...Akhir kalam...BEWARE OF DOGS...apa kena mengenanya nih?...hanya aku yang tahu...jumpa lagi ....hahaha...

Ahad, 5 Disember 2010

"SEPI"

Dongak ke langit...apa yang dapat anda lihat?

Sepi hati
Terjadi lagi
Mungkin sampai mati
Aku sepi
Biar senyum hadir di hari ku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja
Aku ini
Yang biasa mengerti
Walaupun yang lain mahu mengerti
Namun berat beban dihidup ku
biarkan saja
biar saja hanya ku yang tau
sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh

Untuk tetap ku berdiri
Ada saatnya kubicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku aku tetap diam
Lagu ni aku petik dari filem 'sepi'. Lama dah aku dengar...sayu rasanya..ingin aku kongsi bersama...sinonimnya dengan perasaanku selama ini...nanti aku buat link dengan 4shared ye...

Rabu, 1 Disember 2010

PASTI..


Berlalu sudah sebuah perjalanan nan sangat luas dan jauh namun pendek dan singkat jangkamasanya buat anakku Nurul 'Ain Nabilah yang tersayang. Alhamdulillah... layar..sauh dan kemudi..semuanya masih dalam keadaan selamat dan baik.

Kini..perjalanan baru perlu dimulakan . Jangan lupa ...tebarkan layar lebih luas...ikat kemas sang sauh...supaya tidak terlurut jatuh di tengah lautan. Kemudi biar lebih tangkas membelah arus ...kerana perjalanan kali ini akan lebih mencabar..ombak dan gelombangnya bakal jauh lebih ganas duhai anakku

Titis airmata ibu dan dikau hari ini ...biarlah membeku menjadi cahaya nan segar dan indah..umpama kejora di langit luas...menyuluh dan menghiasi pekat malam yang bakal mendatang

Jika hari ini...lakaran sudah menunjukkan ada tanda akan ketibaan hari esok yang lebih cerah...usah sedih dan ditangisi lagi..kentalkan semangat..cambahkan usaha...tidak mungkin tidak...Allah akan senantiasa memelihara insannya yang senantiasa redha...sujud menyembahnya..memohon berkat dan restu...sementelah lagi ...mengharungi dugaan hidup yang baru secebis cuma ini...berbekalkan doa dan kasih sayang ...ayah...ibu... dan adik-adik tercinta..

Percayalah yang kecemerlangan bakal menjadi milikmu suatu hari nanti...ibu sangat PASTI itu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...