Nampak tak pelangi tu?...aku snap sambil drive kelmarin..giler punye keje..harap-harap hidup akan seindah pelangi ni kelak...
Salam Maal Hijrah buat semua...
Pagi agak dingin dari selalu..petanda baik aku kira...walaupun dah jam 7.04 minit di luar sana masih gelap. Aku fikir nak tidur semula selepas subuh tadi...rasa badan pun tak begitu stabil dari malam semalam..tapi pejam-pejamkan mata...tak mahu lelap jugak. Banyak benda yang datang melayang dalam fikiran aku ni...perkara yang sama..datang dan berulang datang..
Pertama-tamanya tentang anak-anak aku. Sekarang ni aku sedikit sibuk...berulang alik hantar Haziq ke tuisyen di Kangar. Dua kali sehari ..bermaksud ulang alik dah ambil 8 kali perjalanan...memakan masa hampir 4 jam . Hem..tapi tak pe lah sebelah malam suami yang hantar...jam 11.00 malam macamtu baru Haziq sampai..dan selagi dia tak sampai ke rumah..kalau tertidur pun.. aku tidur di ruang tamu aje..bimbang. Keadaan ni akan berlarutan sehingga 26 Disember..haaahhh!...lama lagi tu...tapi tak pe lah..sejuk hati tengokkan semangat anak terunaku itu...Apapun aku akan cuba penuhi niat sucinya nak menimba ilmu..selagi terdaya olehku untuk penuhi akan kupenuhi. Hijrahnya...memperbaiki dan menokok tambah ilmu di negeri jiran..Perlis Indera Kayangan..wei ..jauh tu...hehehe
Akak..like always..dengan dunianya. Aku fikir sempena Maal Hijrah ni..aku nak bertekad...let her free...free to make her own decision...dan biarlah dia berusaha sendiri. Aku rasa dah tiba masanya aku stop monitor dia. Mungkin selama ni aku masih anggap dia perlukan bantuan penuh dari seorang ibu untuk menguruskan segala-galanya termasuk hal-hal berkaitan dengan pelajaran...tetapi ternyata agak meleset. Aku lihat dia mahukan kebebasan untuk buat keputusan dan tindakan sendiri...jadi mungkin tak salah aku berundur setapak demi setapak...tunggu dan lihat. Agak sedih juga nak buat keputusan begitu...tapi itulah hakikat yang sepatutnya aku terima dengan hati terbuka...sejak dulu lagi mungkin.
Sipau dan Deeha like always too...adap laptop..sekarang dah pandai berblogger pulak. Blog design jauh lebih cantik dan cangih dari blog kudusku ini. Hijrah juga namanya tu kan...positively..ok...aku boleh jugak monitor sikit perkembangan fikiran dan perasaan mereka..tapi..herm..post kedua dah minta ibu belikan memacam..pandai si comei dua orang ni no..hehehe...anyway...penawar hati yang sangat mujarab
Most of all...aku dah lama fikirkan hal ni...aku nak berhijrahlah secara beransur-ansur...tukar sikit imej aku yang telah dicop suka ambil tahu hal 'orang' ni ke imej baru...stop doing this from now onwards. Sudah tiba masanya aku fikirkan hal diri sendiri. Sebelum ini...aku fikir..aku nak bantu memperbaiki jaluran hidup insan-insan yang aku kenali dan kasihi agar lebih sempurna...sesempurna kehidupan orang lain dan segalanya dapat dikongsi bersama..but..i guess not...don't u ever do this...aku peringatkan kepada semua...sangat memeritkan dan mendukacitakan rupanya...tak terdugakan hentaman hebat menghentak diri aku...Anyway..tak mengapalah..ini adalah salah satu cabaran yang membuat aku sedar bahawa sehebat mana sangatlah diri kita ni...kurangnya... seluas lautan...alhamdulillah..amaran lebih awal telah diberikan Allah s.w.t...but..hermmm...hakikatnya memaafkan bukan bererti melupakan...akan terkenang sampai bila-bila..
Kelmarin aku ronda dengan Haziq arah ke Beseri..nak beli kuih idaman Sipau. memang sedap pun..tapi sayangnya dah habis licau..tinggal bakul je..herm..kesian si gebu aku tu..teringin itu dan ini sesaja dia pun...Dalam perjalanan aku nampak lagi rumah cantik dengan pergola ..bongsai dan batu besar di lamannya tu..huhuhu..Setiap kali lalu..aku tengok, tengok dan tengok. Setiap kali juga lah hati berkata...bilalah aku nak dapat tinggal di rumah sendiri..kecik pun jadilah...entah macamana airmata ni bergenang jugak...macam selalu...aku kesat cepat..takut Haziq nampak. Well...rumah aku di kampung disewa..tak de rezeki nak duduk di sana. Selagi anak-anak masih di sini. Pujukan aku agar suami beli sebuah rumah kecil pun masih dalam pertimbangan...tak tahu berapa tahun perlu masa untuk pertimbangan ini diluluskan...So...untuk elak diri dari terus dirundung keinginan melampau ni..aku juga harus berhijrah...lupakan sahajalah niat tu mungkin. Adakalanya antara keinginan dan kemampuan terdapat jurang yang sangat dalam. Mana mungkin kite mengawal cara berfikir oranglain... agar mengikut cara kite berfikir..betul tak?..tuntasnya...lupakan sahajalah niat tuuuu...kan senang!
Haih..panjang sangat aku menulis ni...siapa nak baca pun... aku tak tahu. Ini cuma sebahagian luahan hati aku...banyak lagi yang menyarang...hijrahnya...insyaallah akan aku kotakan....ameennn...Akhir kalam...BEWARE OF DOGS...apa kena mengenanya nih?...hanya aku yang tahu...jumpa lagi ....hahaha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan