Tak salah aku ..hari Jumaat ....selepas maghrib..aku buka facebook..seperti biasa nak update..tengok ceritera kawan-kawan..buru berita sensasi..sambil cuit sana sini..gurau senda di alam siber...
Aku tak pernah menduga...sambil gelak-gelak dengan anak-anak aku..aku mula click sana dan sini dan akhirnya ke port message ..herm..ade message...terkejut besar tengok intipatinya..sangat ringkas tapi berjaya menawan dan memenjarakan aku dalam keresahan beberapa hari ni..
Entahlah ye...mungkin salah aku jugak. Ade masa gurauan tak ketahuan dalam facebook tu..bahaya rupanya...ada yang terasa hati..banyak benda boleh disalaherti.
Aku balas jugak message tu..to be professional...supaya hati tidak terguris lagi..supaya aku lebih hati-hati..jangan main belasah ikut hati..
Beberapa hari ini...bila berpeluang duduk menyendiri..fikir dan fikir sendiri..aduhai..cukup 44 orang berkata dalam hatinya menyatakan rasa bencinya kepada sikap dan tindak tanduk aku..dah jadi doa yang akan dimakbulkan..hermmm..entahlah ye..mungkin aku benar-benar bersalah kali ini dan izinkan aku mohon maaf berbanyak-banyak maaf dari si pengirim message tu.. kerana aku tahu...curiga sedang mekar dalam hatinya hanya kerana ceritera dalam facebook yang tidak ketahuan hujung pangkalnya itu...please forgive me dear...