Entahlah..bagaimana nak digambarkan dengan kata-kata apabila tiba di persimpangan jalan yang sangat mengelirukan. ..yang mana perlu di selusuri..yang kanan atau yang kiri...
Sejak tengahari asyik memikiri...terasa kenyang sekenyang-kenyangnya..tak selera nak menghabiskan sesenduk nasi pun... Sipau naik marah...ibu tu dah jadi macam demam dulu la tu...herm tak sedaplah ibu masak arini adik..ish sedap jer...Sipau dah habiskan dua pinggan nasi...lemak ketam..tumis belacan asparagus..siakap goreng kunyit dan penyicah kicap...nampak berselera dia makan..Aku???..nasi ditelan tak berasa ape pun...
Dah rezeki Deeha...dapat tawaran ke SM Sains Kubang Pasu..bukan masalah jauh..tetapi aku fobia betul dengan situasi anakku bertukar sekolah di tingkatan 4 ni. Sejarah Akak..membimbangkan aku...takut Deeha tak boleh sesuaikan diri dengan sistem...kerana pada pandangan aku..anakku ini pelajar paling sederhana...sbp pula adalah tempat pelajar yang speednya jauh lebih pantas..terkejarkah dia nanti?..dan aku lebih selesa dia menamatkan pengajian di sekolah premier..sekolahnya sekarang ni...hermmmmm....
Apapun aku bersyukur akan rahmat dan nikmat Allah ini...sepatutnya disambut dengan gembira... Sebenar-benarnya aku tidak pernah bermimpi dan menyangka Deeha akan ke tahap ini...sehingga aku jadi serba salah..lebih-lebih lagi ini adalah kali kedua tawaran tiba selepas 3 tahun dahulu..dulu alasanku ..jauh...sekarang ni..entah apa alasan nak kuutarakan..
Sesungguhnya..dugaan Allah datang dalam pelbagai rupa...aku tak daya untuk berfikir terus-terusan..terasa sangat berat. Esok Deeha dibenarkan pulang bermalam..dan aku serahkan kepadanya untuk membuat keputusan..Sampul putih terletak di atas meja. Setiap kali lalu..setiap kali pula terpandang. Ya allah...berilah aku kekuatan...dan suluhkanlah lorong yang terbaik untuk anakku ini...huhuhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan