Tidak pernah aku membayangkan akan tiba satu detik dan ketika...aku terbaring di atas katil dengan selamba memerhatikan suamiku menggosok pakaian untuk berpergian. Inilah pertama kalinya. Bila seluar siap digosok aku pun duduk di birai katil sambil melipat dan menyusun mana yang telah dimasukkannya dalam beg sebelum itu. Dalam keuzuran ini..tidak sampai di hati membiarkan dia mengemas sendiri ...takut ada yang tertinggal...jauh nak perginya.. ke Johor sana.
Tergerak sungguh di hati untuk menulis...entah mengapa..walaupun aku sedang berselimut litup paras pinggang ini. Terasa sendu menusuk ke dalam hati. Mungkin menulis boleh sedikit meredakan. Sepanjang perkahwinan..tidak pernah aku kira... membiarkan suamiku bersiap sendirian..maka ia jadi ganjil..jadi janggal..jadi sangat pelik..kerana kebiasaannya..dia cuma perlu angkat beg ke kereta. Namun kali ini...aku sudah tidak berdaya..tiada pilihan. Sejenak dia keluar dari bilik airmata berladung sudah...
Aku segera bersolat...terpaksa solat duduk ...menghadiahkan bacaan yasin...diniatkan utk kesihatanku..anak dan suami serta ibu bapa..yang telah pergi ...dan untuk Akak yang akan menduduki peperiksaan minggu hadapan. Namun aduhai.. terasa begitu lambatnya aku dapat menghabiskan bacaan..pandangan semakin kerap menjadi kabur berladung airmata...sesekali aku membetulkan bantal penyandal di pinggang..sakit rasanya...sambil kesat dan terus aku kesat airmata itu...
Mengapa ada tangisan?...tanyalah hati. Tanyalah hati seorang isteri dan ibu...si roadrunner yang tidak pernah gagal ke destinasinya...ibu mithali yang tidak pernah segan-segan membeli apa sahaja buat santapan permata2 hatinya...pembantu rumah yang setia dengan rutin kerja tanpa tangguh...namun bila tidak berdaya..hanya mata sahaja liar menelusuri alur sulit di sudut rumah..penuh debu..dan kelabu...
Esok suamiku akan berpergian...diri jadi semakin kecil...yang semakin membesar... hanyalah luka di dalam hati...maafkan aku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan