Herm...lately aku dengar pelbagai cerita. Entahlah ye...memang dunia ni semakin haru biru...dengan masalah yang terlalu rencam adanya...
Sampai ke rumah tadi aku terus ke dapur. Fikirkan Sipau nak pergi tuisyen...dan ayahnya pulak 'menebas' di padang golf..jadi aku fikir..terpaksalah masak sedikit. Sikit tak sikit..ade ikan goreng lembab...sup cendawan plus sawi and sambal tumis udang...cicah kicap pun ada...wahhhh!!!...finger lickin good juga laaa...Nak beli lauk yang dah masak pun aku dah semakin tak reti nak order ape...asyik-asyik order benda yang sama..
Sambil masak sambil jawab sms...at last..aku buat panggilan..tak berjawab..tapi akhirnya ada orang buat panggilan. Haih...kesian jugak aku dengar. masalah demi masalah menganggu kawan-kawan rupanya. Tapi siapa lah aku...sekadar boleh mendengar je. Cuma mampu menasihati...jangan ambil tindakan melulu...cool down...Pernah seseorang menasihati aku suatu ketika dahulu...kalau nak buat apa-apa keputusan biarlah waktu fikiran tenang...kalau tidak..tambah celaru dunia ni...
Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul dan aku amat percaya itu. Nasihatku buat sahabatku itu...bersabarlah..Niat murni...memang selalunya didahului pelbagai galangan kerana itu akan menjadi hiasan terindah apabila ia berjaya dilaksanakan. Berdoalah...Allah tentunya sedang menduga kita..sejauhmana kita tabah menghadapi dugaan...dan sekiranya tekad kita bulat dan murni...Allah tidak akan mengecewakan kita. 'Mereka' yang mengalang perjalanan kebaikan..bersorak kegembiraan..tanpa mengetahui mereka hanya menang sorak..dan 'kampung' habis tergadai sudahnya..lagaknya bagai Pak Pandir...
Didoakan semoga sahabatku semua terus bersabar...doakan yang terbaik dan suatu hari nanti segalanya pasti akan terlerai...usai...Yang 'bertopeng' akan 'telanjang' malu..dan ketika itu..semoga semua akan mampu tersenyum tersipu-sipu...wallahualam