Selamat Hari Bapa buat Abah...suamiku...dan semua yang sesungguhnya bapa di luar sana. Kepada yang kurang memainkan peranan...dedikasi ini bukanlah untuk kamu ye!...hehehe
Aku tak sempat nak belikan hadiah untuk suamiku. Sejak bertukar tempat kerja ni...agak letih berulang-alik. Projek kelas merupakan projek yang besar...seronok rasanya...kerana dah lama tak menyibukkan diri. Harapan aku...student aku tu akan came out dengan sesuatu yang outstanding...kerana tengokkan semangat...ade lah group yang nampak bernyala-nyala semangatnya...
Walaupun keletihan...perasaan agak tenteram sekarang. Entahlah...mungkin semakin sibuk...mungkin fikiran lebih terbuka...lebih positif dan tengokkan suamiku makin ok. Mungkin benar kata orang...kalau dekat bau tahi...kalau jauh bau bunga. Setiap hari ada saje smsnya yang buat aku tersenyum sendirian...ade saje lawaknya buat aku gelak di rumah..dan aku bolehlah nak manja-manja sikit.
Apapun alhamdulillah...memang benar kata Yati..Hajar dan rakan-rakan yang lain sewaktu menerima berita yang aku ditukarkan tempat bertugas...tentu ada hikmah di sebaliknya. Mungkin itulah juga sebabnya Allah memaut erat perasaanku...menutup ruang-ruang airmata semasa meninggalkan cubical KMK yang tersangat aku kasihi itu.
Buat suamiku...terima kasih kerana memberi harapan dan peluang buatku menikmati hidup seperti orang lain. Kini banyak tanggungjawab dan urusan seharian anak-anak terbeban kepadanya...Ada hari dan ketikanya rasa belas bersarang juga di hatiku..tetapi bila difikirkan semula...ada baiknya berkongsi pengalaman. Anak-anak pun semakin menunjukkan pergantungan hidup yang jelas kepada ayah mereka..
Selamat Hari Bapa sekali lagi...Tahniah buat suamiku yang senantiasa cool dalam apa keadaan sekali pun..buat rumahtangga ini berkekalan selama lebih 20 tahun...Didoakan semoga kebahagiaan ini berpanjangan buatku dan seisi keluarga...aminnn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan