Sabtu, 4 Jun 2011

SEPASANG BAHU...


Beberapa minit lalu aku buka fb dan Pian ..student aku tulis di postnya tentang sepasang bahu...baca artikel tu rasa sayu pulaknye...Kebetulan hari ni..aku sedikit moody. Entah apa sebabnya. Mungkin sebab letih berleter dan berkemas..dari pagi santak tengahari..memasak lagi. Perasaan rasa terganggu je..tak tau hujung pangkal..

Apabila rasa gundah begini..mungkin menangis lah ubat yang paling mujarab. Tangisan pelega hati yang lipur dan lara...kerana tangisan terbit dari hati..setulusnya. Namun kebelakangan ini..aku sudah semakin kurang menangis...hati aku jadi keras semacam je. Mungkin tangisan aku tak terbit lagi di mata..tapi sudah belajar pula turun ke hati. Sedikit bahaya ...

Pereda tangisan adalah pujukan. Namun bergantung pula kepada siapa kita mengadu rasa. Pujukan paling bermakna datang dari insan yang paling kita kasihi dan percayai..ibu...ayah..suami ..isteri..kekasih..dan yang setara dengannya. 

Pujukan pula bukan bermakna sepenuhnya dengan kata-kata. Kerana ada masanya kata-kata akan menambahkan derita..sayu...dan sakit hati. Maka berperananlah bahagian tubuh yang paling berharga pada diri manusia iaitu sepasang bahu. Apabila kesedihan ...alangkah leganya perasaan sekiranya dapat kita bersandar dan meletakkan kepala di bahu seseorang ..menangis sepuas-puasnya di situ. Sedarlah betapa setia dan utuhnya  sepasang bahu menanti titik hentinya sebuah tangisan.

Entah mengapa...aku kini terbayang dan terus terbayang...mencari seseorang yang sangat aku kasihi..untuk meletakkan kepala di bahunya...melepaskan rasa duka dan laraku yang sekian lama terpendam dan terperam dalam dada. Apakan daya...sangat jauhnya  dia dari pandangan mataku ini..tak tergapai dek tangan ...Haih..perasaan terus membenam ke dalam jiwa rupanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...