Terasa amat letih menghadapi beberapa minggu yang telah berlalu dan akan mendatang ini. Perut aku asyik meragam sahaja. Aku ni memang tak boleh tertekan..dengan kerja..dengan apa-apa jua masalah...
Sejak kebelakangan ini aku balik dari kerja agak lewat dari biasa. Student datang silih berganti..menanyakan tentang projek...tugasan besar mereka yang dilaksanakan secara berpasukan. Rekacipta fantasia, pantomim retro dan tribute penyair...Malam Ahad baru ni ...pelajar aku menganjurkan Malam Gema Retro..
Aku sebenarnya tidak begitu teruja untuk bercerita...sementelah ada anggapan menyatakan ini adalah projek yang paling teruk pernah dianjurkan oleh Unit Kemahiran Dinamika. Entahlah...aku malas nak fikir itu semua. Manusia mempunyai kebebasan untuk berfikir dan membuat tanggapan...aku tak mahu menyalah sesiapa...
Namun bagi aku...student aku tu telah berusaha sedaya mungkin. Projek ini mengalami galangan yang sangat besar...AJK induk terlalu sibuk dengan kelas masing-masing sehingga menjelang 5 petang...Sebelah malam ada kelas gantian..bertembung pulak dengan pemilihan pelajar untuk KAKOM.Ada projek larian 100 langkah..program anak yatim dan entah apa-apa lagi dan masa mereka untuk berkumpul amat terhad.
Peserta pun begitu adanya...sehinggakan raptai penuh hanya boleh dilaksanakan pada petang Ahad itu sahaja. Slide show dan video clip tidak dapat dikumpul pada tarikh sebenarnya. Alasan peserta pelbagai sehingga aku pun sudah naik bosan meminta-minta...dan menyerahkan tanggungjawab pengarah membuat keputusan.
Apapun raptai dapat dijalankan dengan lancar...
Takdir tuhan tiada siapa dapat menentukan...PA sistem buat hal malam tu..buat pangacara sedikit gelabah pada awalnya. Rakaman yang dibuat para pelajar tersangkut sana sini kerana masing-masing berkeras mahu menggunakan laptop sendiri...menyebabkan video dan audio hang...sehingga menyebabkan majlis drag hingga ke tengah malam...herm...aku terpaksa menarik nafas dalam-dalam...menenangkan diri dan tunjuk muka selamba je malam tu.
Sebaik selepas persembahan kumpulan Lela Manja...masuk sms bertalu-talu...cikgu..ada yang menangis kat belakang ni...kami minta maaf ye cikgu ...dan menangis..dan menangis...dan maaf...dan maaf lagi. Aku cuma mampu memberi kata-kata perangsang...supaya mereka tidak terus down...dah lah...tak pe...saya faham...jangan nangis lah... Dalam hati hanya Allah yang tahu...aku tidak sedikitpun menyalahkan mereka..bagi aku itulah takdir buatku...Allah menduga aku bukan sedikit rupanya.
Setamatnya majlis...berderuanlah anak-anak tiu datang memeluk ku..menciumi tangan memohon maaf yang teramat. Dan aku cuma mampu memaafkan dan memeluk erat..menciumi seorang demi seorang yang semakin lama semakin lebat tangisannya. Rupanya malam itu bertukar menjadi malam tangisan retro la pulak...herm..ada ketikanya dalam kesedihan aku masih dapat merekacipta lawak bodo...huhuhuhu.
Tak pe...saya tak kisah...saya faham dan awak semua kene bersedia menghadapi apa juga kemungkinan lain kali...dah-dah...jangan nangis...jom kite bergambar...Sambil mengesat airmata...masing-masing melompat-lompat naik ke stage untuk bergambar..dan aku macam biasa...tersengih jer...mahu melupakan apa yang berlaku kerana kalau aku fikir 1000 kali pun tak akan kembali saat itu untuk ditambahbaik..Alhamdulillah...mereka tinggalkan dewan dengan sedikit senyuman di bibir dan beberapa orang AJK menghantar aku ke kereta. Masih sedih...aku peluk seorang demi seorang...menepuk dan mengusap belakang...tak pe...sudahlah...nun...fikir nak UPS tu...yang ni dah sudah...lupakan sahaja ok...saya yang akan bagi markah...jangan susah hati laaa...dan saya tahu awak semua dah berusaha dan buat yang terbaik....dan anak-anak itu kutinggalkan..
Nafas kuhela satu-satu dalam perjalanan pulang dan sampai ke rumah hampir jam 1.00 pagi..iron baju segala...dah hampir jam 2 pagi...Suamiku ..rajuknya berpanjangan...kerana sibuknya aku tidak terbatas..dan kekadang terfikir juga aku...mungkin tanpa restunya...penyebab jadi macam-macam masalah.
Apapun segalanya hampir berakhir. Sesungguhnya yang aku harap dan doakan semoga persepsi negatif terhadap student aku itu padam...sakit juga telinga aku ni...kerana seburuk mana pun tanggapan mereka...aku adalah ibu kepada anak-anak itu...Buat suamiku..cubalah memahami...kerana semua ini bukan pintaku...walllahualam...